Saturday, August 22, 2009

CINTA DAN KASIH SAYANG

Banyak orang kata cinta itu buta, cinta itu amat menyakitkan, cinta itu membuang masa, dan sebagainya. Tidak kurang pula yang menyatakan cinta itu indah, cinta itu kekal selamanya, cinta itu amat mengembirakan dan seumpamanya. Tetapi apabila diajukan tentang erti ataupun definisi cinta sebenar, mereka tidak dapat menjawabnya. Ramai yang mengatakan bahawa cinta itu adalah kasih sayang yang diberikan pada pasangan kekasih masing-masing.

Adakah benar semua jawapan mereka..??? Betulkah cinta itu kasih sayang..??? Benarkah cinta boleh membutakan mata seseorang..??? Dan banyak lagi persoalan yang sentiasa berputar di skrin minda kita apabila berbicara soal cinta.

Pada hakikatnya cinta dan kasih sayang adalah dua perkara yang berbeza baik dari segi maksud mahupun dari segi perkataan itu sendiri. Cinta ini sebenarnya ialah ungkapan atau kata-kata yang diucapkan atau diluahkan seseorang kepada pasangannya untuk melambangkan perasaan suka dan sayang seseorang itu terhadap pasangannya. Manakala kasih sayang pula ialah suatu perasaan yang lahir dari hati dan juga satu bukti kepada ungkapan cinta yang telah diucapkan terhadap pasangan masing-masing. Kita sering dengar ungkapan cinta seperti 'I Love You', 'Saya Cinta Awak', dan seumpamanya tetapi adakah ungkapan itu cukup untuk membuktikan cinta seseorang itu pada pasangannya tanpa pemberian kasih sayang..??? Lu fikir la sendiri beb.

Cinta itu sebenarnya indah jika kita pandai menerokai keindahan di sebaliknya. Penerokaan ini melibatkan banyak aspek yang kadangkala amat mengelirukan dan memeningkan kepala kita. Contoh mudah, kita nak beli baju, kita mesti melihat pada corak ataupun pattern terlebih dahulu bukan..??? Contoh lain, jika kita hendak membeli sebuah kereta, kita mesti melihat pada jenama atau rekabentuk model kereta tersebut terlebih dahulu bukan..??? Anda juga pernah tak melihat tanda harga dan kualitinya terlebih dahulu pada baju tersebut, dan adakah anda melihat ciri-ciri keselamatan dan seluruh bahagian enjin sebelum membeli kereta tersebut..??? Ada yang jawab ya, tidak kurang juga yang jawab tidak.

Begitu juga dengan cinta, ramai orang yang melihat dari sudut corak atau pattern terlebih dahulu sebelum melihat kualitinya. Corak boleh diumpamakan dengan paras rupa manakala kualitinya pula ialah agamanya, sopan santun, hati budi, dan juga sifat-sifatnya yang lain. Memang tidak salah kita buat begitu, namun dari pemerhatian pakar mendapati bahawa hubungan pasangan yang sebegini tidak kekal lama dan tidak akan kekal selamanya. Apa tidaknya, kalau kita bercinta kerana paras rupa, kita semestinya belum memahami hati budi masing-masing. Bila dah berpacaran, masing-masing masih kacak dan lawa namun mereka masih belum menunjukkan sikap mereka yang sebenar kerana takut akan berpisah kelak jika menunjukkan sikap sebenar mereka. Bak kata Cat Farish dalam lagunya "ayuh kita bab kedua dan seterusnya" lalu setelah mengikat tali pertunangan dan berkahwin, di situ la bermulanya sikap-sikap negatif yang selama ini dipendam. Sudah tidak ada persefahaman antara mereka lagi. Penceraian pasti akan berlaku. Hal ini lah yang sentiasa berlaku jika kita memilih pasangan kerana paras rupa. Ermmm.. Entahlah...!!!

Apapun, sesiapa yang ingin berbicara soal cinta boleh la berbicara dengan saya. Cerita anda akan dirahsiakan daripada pengetahuan umum.


© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disiarkan kepada umum tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

0 ulasan: