Monday, August 24, 2009

DETIK PERKENALAN KU DENGAN SI DIA..

2007
Kisahnya bermula ketika aku menemuninya di jejantas Bandar Klang (skrg da dirobohkan) sewaktu aku pulang dari sekolah..Pada kali pertama ku bertentangan mata dengan si dia, dia tersenyum kepada ku lantas ku membalas senyumannya..Lalu kami pun berlalu mengikut haluan masing-masing..Aku menghala ke centerpoint dan dia menghala ke perhentian bas untuk pulang ke rumahnya..Pada mulanya aku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya..Lalu aku berjalan-jalan di centerpoint sampai la pukul 5 baru aku menuju pulang ke rumah..

Selang beberapa hari kemudian, aku terserempak lagi dengan si dia di lokasi yang sama dan waktu yang agak sama..Kali ini dia nampak letih namun dia tetap tersenyum kala melihat diriku..Aku mulai rasa hairan mengapa dia tersenyum padaku..Adakah aku mengenalinya??? Adakah dia antara saudara-saudaraku yang aku tak berapa kenal??? Siapakah perempuan ini yang selalu tersenyum tatkala melihat diriku??? Pelbagai aneka soalan yang sentiasa berputar di skrin mindaku..Tak senang hati aku dibuatnya kerana memikirkan soal ini..Aku pun seperti selalu terus menuju ke centerpoint tetapi kali ini aku balik agak awal kul 3..

Sesampainya di rumah aku terus makan dan solat..Setelah itu, aku pun landing atas katil..Sambil memikirkan siapakah gerangannya perempuan ini..Senyumannya yang manis telah memerangkap seluruh jiwa ragaku..Tanpa ku sedari, aku mulai jatuh hati padanya..Setelah lama berfikir aku pun tertidur..Dalam tidurku, aku bermimpi bertemu dengannya dan melihatnya senyumannya itu lagi..Alangkah indah jika dia dapat memberikan senyuman itu setiap hari kepadaku..Setelah agak lama aku menatap wajah dan senyumannya tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu tepukan di bahagian kaki ku..Aku tersentak lalu terjaga dari tidurku..Rupanya mama ku yang tepuk supaya aku bangun solat asar kerana waktu dah menunjukkan pukul 6.30..Lantas aku bersiap ke bilik mandi..Kemudian, aku terus solat..

Keesokannya aku melalui jambatan itu lagi..Kali ini aku berniat ingin menegurnya..Namun pada hari itu dia tidak muncul seperti selalu..Walaupun begitu aku tidak berputus asa..Hari demi hari aku menunggunya di jejantas itu..Namun, aku pulang dengan hampa kerana dia tidak muncul juga..Kini, aku mulai merindui senyumnnya..Tak dapat tertahan rinduku untuk bertemu dengannya..Hanya tuhan saja yang tahu perasaanku di kala itu..Aku hanya berkata pada diriku, biar la Allah menentukan segalanya..Jika aku bertemu dengannya mungkin dia jodohku..Sampai ke situ fikiran ku melayang..Huhu..

Selang beberapa bulan kemudian, aku terserempak lagi dengannya..Kali ini lokasiya di cyber cafe di dalam centerpoint..Dia bersama rakannya ketika itu..Niat di hati ingin menegur, tetapi perasaan malu ku mengatasi segalanya kerana ada kawannya di sebelah..Aku terus teridiam dan kaku, lidahku kelu tak mampu untuk meluahkan kata-kata..Namun, kali ini aku teruskan usaha ku mengekorinya ketika dia ingin pulang..Aku ekori hingga la dia menuju ke perhentian bas dan berhenti ketika si dia menaiki bas pulang ke rumah..Kini aku agak berpuas hati dapat tahu kemana arah tujunya..Haha..Wajah dan senyumannya sentiasa di ingatanku..

2008
Sejak cuti sekolah hingga kini melangkah ke tahun baru aku tidak pernah melihat batang hidung nya lagi..Rinduku semakin menebal..Namun azamku untuk belajar membuatkan aku terlupa sejenak mengenai dirinya..Pada suatu hari(lupa tarikh), aku terserempak sekali lagi dgn dirinya tetapi hanya sekelip mata(da lupe katner) dan tidak sempat untuk menegurnya..Ketika itu, ingatanku padanya kembali semula..Tidak semena-mena timbul satu persolan dalam diriku yang bertanyakan adakah ini yang dinamakan cinta??? Kerana aku tidak pernah mempunyai perasaan yang begitu mendalam terhadap perempuan sebelum ini..Ku tinggalkan persoalan itu dengan penuh tanda tanya..Argghhhhh..Pening kepala aku di buatnya..

Begitu lama aku tidak bertemu dengannya..Sehingga lah aku tamat menduduki peperiksaan SPM..Dirinya telah agak lama aku lupakan..Namun, senyuman dan wajah nya sentiasa di ingatan(camner tu, aku pn x tau) dan harapan ku untuk bertemu dengannya sentiasa menjadi matlamat ku..Tanpa ku sangka, aku telah terpilih untuk menyertai PLKN di Kem Similajau, Bintulu, Sarawak..Arghhhh..Bagaimana aku hendak bertemu dengannya lagi??? Tanpa ku duga, air mata ku berlinangan bagai sungai yang mengalir menyusuri laluannya dan mula menitis jatuh ke bumi..Aku hanya mampu berdoa agar aku kembali bertemu dengannya semula..

PLKN
Hari pertamaku di PLKN sangat membosankan kerana belum mempunyai ramai kenalan dan berjumpa dengan rakan-rakan dari Sarawak..Seminggu kemudian, sesi kelas Pembangunan Karakter pun bermula..Pada hari pertama aku berasa agak kekok dan malu untuk melakukan aktiviti di dalam kelas tersebut..Tambahan pula ada rakan-rakan dari Sarawak..Bukan apa, aku takut mereka tidak memahami bahasa ku..Haha..Rupanya mereka ni pandai juga bertutur dalam Bahasa Malaysia..Maklum la da lama duk semenanjung, mana tau orang sarawak pandai cakap melayu..Haha..Berbalik kepada cerita, aku telah dilantik menjadi ketua dalam kumpulan tersebut..Pada ketika itu, ada la seorang perempuan melayu ni macam anti aku..Coz dia menolak cadangan ku bagi membrikan nama kumpulan..Kemudian, aku terigat la satu kartun ni 'wonder pet'..Lalu aku terus memberikan cadangan tu kepada seluruh ahli kumpulan..Dia seolah-olah tidak setuju, namun akur dek kerana semua ahli lain bersetuju..Lantas aku memberikan nama kumpulan 'wonder pet' kepada guru yang bertugas..Selama berada di dalam kelas itu, aku mulai sesuai dan tau perangainya camner..Aku berada di kelas PK7 dan gurunya ialah Cikgu Ila dan Cikgu Ima..Group aku plak terdiri daripada aku, si dia, fellicia, lin, rina christie, n ader lagi la(maaf, aku da lupa nama korang)..(rndu gler kat korang sumer)..

Selama seminggu berada di kelas, aku mula berkenalan dengannya secara lebih dekat..Namanya tidak perlulah aku sebutkan di sini kelak anda semua akan tau sendiri apabila ke myspace atau facebook saya..Dia turut menyatakan yang dia juga tinggal di Klang..Tempat tinggalnya agak dekat dengan tempat tinggalku..Lebih kurang 20-30 minit perjalanan dengan menaiki kereta..Lantas aku perhatikan semula wajahnya dan senyumannya..Seperti aku pernah melihat senyuman ini sebelum ni..Aku mula membayangkan si dia yang sentiasa di ingatan..Ah, x mungkin kata hatiku meragui dirinya..Namun hatiku berharap bahawa itu adalah si dia yang ku cari..
Aku semakin bersemangat ke kelas bukan untuk belajar, tapi untuk bertemu dengannya lagi..Aku semakin berani, aku menyuruh salah seorang ahli kumpulan ku duduk tempat lain dan menyuruh si dia duduk di sebelahku, aku juga meminta nombor telefonnya bagi memudahkan aku berhubung dengannya..

Kali pertama aku mesej dengannya pada waktu malam..Hampir kesemua orang masih belum tidur walaupun lampu dorm telah dipadamkan..Banyak soalan yang aku tanya pada dia (tak leh la nak papar dlm ni) hingga la larut malam..Pada malam itu banyak juga aku tahu pasal dirinya..Lantaran itu, hampir setiap malam aku sms dengannya hingga la aku dapat merasakan dia adalah perempuan yang selama ini aku cari..Selepas itu, setiap hari aku memandang wajahnya, ku amati senyumannya..Yaaa..Memang sah..Dialah gerangannya perempuan yang ku cari selama ini..Selama itu jugalah aku tidak henti-henti bersyukur pada Allah kerana memberikan aku peluang untuk berjumpa dengannya kembali..Sungguh tidak ku sangka..Alhamdulillah..Rinduku yang selama ini menetap di dalam perasaan ku bagaikan pelarian kini telah beransur-ansur berpindah keluar mencari hala tuju masing-masing..Jiwa raga ku yang luka kini telah terubat..

Dipendekkan cerita aku dan dia telah menjadi skandal di dalam kem itu..Ramai orang beranggapan kami berdua berpacaran walaupun pada hakikatnya aku masih belum meluahkan isi hatiku yang terpendam kepadanya..Lantas aku berfkir apa lah kiranya aku berterus terang dengannya alang-alang ia sudah menjadi buah mulut orang..Alangkah untungnya jika dia menjadi milikku..Huhu..Pada suatu malam aku nekad untuk meluahkan isi hatiku..Jawapan yang diberikan cukup ringkas dan padat..Namun ia agak menghampakan aku dan juga pada laki lain jika mereka mendengar jawapan itu..Aku tidak berputus asa.."usaha tangga kejayaan"..Sering aku bertanyakan lagi soal itu, jawapan nya masih sama..Lalu aku putuskan untuk berhenti bertanya..Sejak itu aku tidak pernah berbicara mengenai hal itu lagi..Hingga la tamat PLKN..Berakhirnya pertemuan kami adalah di lapangan terbang sarawak(lupa nama) hingga la di lapangan terbang KLIA..Aku sengaja beborak dengannya lama-lama kerana aku ingin melihat wajahnya puas-puas dan aku sentiasa membuat dia tersenyum agar aku boleh menatap senyumannya dan dapat disimpan dalam memori ku yang sebesar 1Terrabyte ini..Setelah tiba di pickuppoint di sah alam, aku melihat wajahnya buat kali yang terakhir..Sambil tu aku mencari family ku..Ayahku diminta untuk sign sesuatu dan kemudiannya boleh beredar..Ketika ingin pulang, aku melihat dirinya buat kali yang penghabisan..Dia diiringi keluarganya sedang menuju ke kereta untuk pulang..Kini aku hanya mampu berdoa agar aku dapat berjumpanya semula..

KINI
Aku telah menjadi sebahagian dari hidupnya..Dirinya juga telah menjadi sebahagian dari hidupku..Aku telah meluahkan perasaan ku, walaupun jawapan yang diberikan masih sama seperti dulu namun aku dapat merasakan perhubungan kami lebih dari sekadar kawan baik..Dan aku semakin yakin bahawa dia telah menerima diriku dan aku telah menerima dirinya seadanya..Walaupun semenjak keluar dari PLKN hingga sekarang aku tidak berjumpa dengan dirinya, aku masih sayang padanya..Hanya bermodalkan sms dan panggilan sahaja sebagai penawar rindu di kala sendu menyelubungi jiwa ragaku..Sebenarnya itulah rahsia di sebalik keutuhan dan keakraban dalam perhubungan kami berdua..Bak kata orang 'sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan'..

TAMAT
Begitulah al-kisahnya detik perkenalan kami berdua..Tangan aku pun dah penat menulis blog ni..Hope anda semua rajin-rajin la membaca..Beribu kemaafan dipinta sekiranya ada salah dan silap..Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri..
Sekian Terima Kasih..

Selamat Membaca..!!!

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

0 ulasan: