Wednesday, August 26, 2009

PENGALAMAN BERLAKON..

Pada penghujung tahun 2008 adalah tahun yang sangat bermakna untukku..Selepas beberapa hari aku tamat menduduki final exam, aku dan rakan2 sekelasku dikejutkan dengan satu pengumuman oleh guru kaunseling di sekolahku iaitu Puan Bathma..

P.Bathma: Esok ada shooting drama di skola kita..

Murid2: Hah..!!! Betul ke cikgu..?? Drama apa cikgu..??

P.Bathma: Ya..Betul, buat apa cikgu nak tipu kamu pulak..Drama melayu, ckgu tak ingt tajuknya..Dia memerlukan beberapa orang pelakon tambahan..

Murid2: Saya nak..!!!!(msing2 angkt tgn)

P.Bathma: Boleh je..Datang la awal esok..Berpakaian kemas siap bertali leher..Kira smart2 la dtg esok k..

Murid2: Baik cikgu..(dlm nada lemah sbb x ske pkai "tali leher" tu hahahaha)

P.Bathma: Kalau boleh saya tak mahu hanya kaum Melayu saja yang masuk utk shooting nih..Saya nak semua kaum involve boleh..

Murid2: Boleh jer kowt..

P.Bathma: Baik la..Ada apa2 soalan?

Murid 1: Cikgu, esk datang kul bape? Tv brapa ckgu?

P.Bathma: As usual la..Sblm kul 7.30..Drama tu untuk NTV7..

Murid 2: Cikgu, esok tak blajar la yer?

P.Bathma: Laaa..Kamu dah amik final exam pun kan..Nak stdy apa lagi?

Murid 1: Ntah ko ni..Bongok jer soalan..Hahaha..

Murid2: Hahahahha..(mentertawakan si murid 2)

Murid 2: (geram)

P.Bathma: Sudah2, x elok gelakkan org..Ok baiklah, cikgu gerak dulu ya..Apa2 hal kita jmpa lg esk ya..

Murid 3: Jgn gerak dlu cikgu..

P.Bathma: Kenapa? Kamu ada soalan?

Murid 3: Tak ada lah..Gerak sekarang cikgu, bukan gerak dulu..Hehe..

P.Bathma: Bertuah pnya budak..

Murid2: Haha..(mentertawakan gelagat ckgu dan murid 3)

P.Bathma: Ok, ckgu grak skrg..

Murid2: Bye2 ckgu..

P.Bathma: Bye2..

Aku dan rakan2 kelas ku terus kecoh di dalam kelas..Kami berborak mengenai hal tadi..Ada yang nak datang pukul 6.30..Ada yang nak beli baju baru la..Ada yang bermimpi nak jadi popular..Dan bermacam lagi gelagat murid2 dlm kelas aku tu..Aku hanya tergelak melihat karenah rakan2 ku..Namun, aku berharap aku dapat menjadi pelakon dlm drama tu walaupun hanya sekadar pelakon tambahan..At least muka aku tersiar juga di kaca televisyen..Hahaha..

Keesokan Pagi
Ramai antara rakan2 ku yang datang awal tatkala itu..Aku macam biasa la bertolak pkul 6 dari rumah untuk ke bas stop then dari bas stop aku gerak kul 6.30..Arround pkul 6.50 sampai la aku ke sekolah..Pakaian semua memang tip-top..Tidak kurang juga yang pakaiannya sempoi2 jer(actlly ckgu x kesa pn, yg pntg tali leher n brg2 kebanggaan skola tu ada haha)..

Perhimpunan pada pagi itu berjalan lancar seperti biasa..Pngetua skola memberikan peringatan supaya jgn buat masalah ketika sesi shooting diadakan..Tamat sahaja perhimpunan, semua murid diarahkan supaya masuk ke kelas masing2..Aku dan semua rakan2 ku tidak sabar menunggu kdatangan para krew pngambaran..Beberapa minit kemudian, Puan Bathma masuk ke kelas..

P.Bathma: Ok, krew datang dalam pukul 9pg..Mereka akan mengadakan pngambaran di Block C di kelas Form 6 ok..Dapat saja arahan saya, trus gerak ke sana..

Murid2: Baik cikgu..!!!

P.Bathma: Wah, hensem2 sumer hari ni? Macam ni la murid2 High School Klang..Kalau hari2 macam ni kan bagus(terang ckgu dgn pnjg lebar)..

Murid 1: Cikgu, sape plakonnya ckgu? Production mana yang datang?

P.Bathma: Ermm..Plakon ckgu tak tau la..Kalau tak silap saya Grand Brilliance Production Sdn Bhd..Saya pn tak pasti..Nnt awk tgk la sendiri..

Murid 1: Owh GB, terkenal tu ckgu..Da bnyk drama, filem diorg buat..

P.Bathma: Owh ye ke? Ckgu tak tau la pulak..Jarang tgk drama Melayu..

Murid 1: Abis ckgu slalu tgk citer tamil jer ke? Hehe..

Murid2: Haha(mentertawakan si murid 1)

P.Bathma: Haha..Awk ni ada2 je la..Aah, sy tgk citer tamil jer..Haha..Heh, kamu sumer ni nakal btul eh..Panggil ckgu disiplin baru tau..

Murid 3: Xper ckgu, ckgu disiplin da kamcing n kaotim dgn kitorang..Haha..

P.Bathma: Haha..Ok la, ckgu pergi Block C dlu..Nanti ckgu akan pnggil kamu sume..

Murid2: Baik cikgu..!!!

Lantaran itu, kami tunggu lagi dengan penuh kesabaran..Waktu menunjukkan tepat pukul 8.50pg..Berbagai karenah rakan2 ku ketika itu..Ada yang mengambil gambar..Ada yang berborak..Ada yang tidur2 ayam..Ada yang pegi jalan2 ke kelas lain dan sebagainya..Aku pulak lepak dgn bdk2 yang amik gmbr tu..Smbil tgk design terbaru dari member aku yang sememangnya sangat berbakat dalam art..Sememangnya design beliau amat mendapat perhatian tidak kira lah dari kalangan murid2 mahupun guru2 di sekolah..Memang agak happening la waktu tu..

Tepat jam 9.10pg Puan Bathma msuk lagi ke klas..Dia telah mengarahkan seluruh murid dlm kelas ke Block C..Semua murid2 melompat kegembiraan..Masing2 tak sabar nak keluar tv..Dengan pantas kami tiba di Block C..Semua set pengambaran sedang di atur..Aku ke van krew tersebut dan ternyata ia nya dari krew pengambaran Grand Brilliance iaitu Jelas Juta..Kami diarahkan tunggu kerana pelakon belum sampai..Pengarah drama tersebut iaitu Abang Harris pula sedang rancak berborak dgn Ckgu Lee..

Ckgu Lee: Kenapa kamu pilih skola ni jadi lokasi shooting?

Abg Harris: Owh, saya dulu pernah skola sini..Tak sangka skrg da bnyk perubahan..

And lepas tu aku trus blah, malas nk dgr diorg borak lagi..Haha..Aku trus lepak dgn member2 ku smbil mnuggu set siap dan kemunculan pelakon yang menjadi misteri..Aku bertemu dgn kak aishah selaku pengurus(apa ntah, da lupa jwatn) dan berborak seketika dgnnya..

Aku: Kak, nama akak pe?

K.Aisyah: Aisyah..Adik nama pe?

Aku: Helmi(jwbku ringkas)..Akak kat sini keja sbg apa?

K.Aisyah: (da lupe la, tgk kat youtube)..Adik form baper ni?

Aku: Form 4..Baru lpas abis final exam..(terangku lagi meneruskan perbualan)

K.Aisyah: Owh..Senang tak?

Aku: Boleh la(ringkas dan padat)..Haha..Akak, drama ni tajuk apa? Dia crita pasal apa?

K.Aisyah: Tajuknya VESPA CIKGU MAZLAN..Citer nya tentang 3 orang pelajar yang nakal diketuai oleh Arif dan Ckgu Mazlan yg baru berkhidmat di skola ni..Lastly diorg berubah ketika nak ambil PMR..Dan sume nya berjaya dgn cemerlang(terangnya pnjg lebar)..

Kami: Owhh..(mndgr dgn pnuh khusyuk)

Tiba-tiba handphone Kak Aisyah berbunyi..Kami mendengar hanya suara Kak Aisyah berbicara..Dari situ tahulah kami bahawa yang sedang bercakap dgn Kak Aisyah itu adalah pelakonnya..Pelakon tu sedang bertanyakan arah untuk ke skola kerana dia sudah hampir..Kak Aisyah bertanya pada kami semua arahnya dan Dauz menawarkan diri untuk membantu..Lantas handphone Kak Aisyah diserahkan kepada Dauz..Selepas berbicara, dia mnyerahkan kmbali hp itu kpd Kak Aisyah..

Dauz: Giler la..!!!(smbil menjrit)

Aku: Ko kenapa?

Dauz: Pelakon bercakap dengan aku dowh..

Kami: Siapa..!!! Bagitau ar..

Dauz: Degawan..

Kami: What..!!!(smbil jerit gak) Syok giler..

Dauz: Tau xper..First time dol ckp dgn plakon..

Kami: Best ar ko..Dia katner?

Dauz: Dia da kat Klang Parade, jap agi sampai la..

Kami: Owhh..(tidak sabar tggu kdatangan beliau)

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta satria GTi hitam tiba di perkarangan skola kami dan parking btul2 di hadapan tmpt kami lepak..Beberapa minit kemudian, pelakon itu keluar dan ternyata Dauz berkata benar..Kaza Saisi yang popular dalam lakonannya bertajuk Susuk itu keluar dari Satrianya..Dauz terus mendapatkannya..

Dauz: Assalamualaikum Degawan..

Kaza: Waalaikumsalam..Kau yang bercakap dgn aku tadi ya?

Dauz: Ye saya..

Kaza: Terima Kasih..

Dauz: Sama-sama..Takder hal la..

Beberapa minit selepas itu sebuah kereta Nissan Sunny masuk ke perkarangan skola ku dan park btul2 di blakang kereta Degawan..Pelakon utamanya sudah sampai iaitu Zaidi Omar..Dan lastly sebuah van datang dengan membawa seorang lagi pelakon utama iaitu Eric Fuzi dan beberapa orang lagi pelakon lain..Ibu Eric turut ada bersama..

Tepat jam 10 pengambaran dimulakan..Seronok rasanya dapat berlakon ni..Arahan-arahan sentiasa diberikan dan kami sentiasa mengikutinya agar drama ini berjalan dengan lancar..Pengambaran dijalan kan selama 3 hari dan selama 3 hari tu juga lah aku sentiasa balik pukul 9mlm..Kami pun berkenalan dengan Eric Fuzi..Boleh tahan gak kalu dia bahan org..Pndai wat lawak la kira..And minat main gitar..Nak knal, cari profile dia dalam myspace aku yer..Upahnya satu hari RM30..Kali dgn 3 hari, da RM90..Walaupun mungkin bagi korang tak mahal, tp bagi aku ia cukup berbaloi la dgn apa yang kitorg buat..Memang sumer budak hapening la time tu..

Kami juga telah dipuji dan dioffer untuk menjadi pelakon dalam Grand Brilliance..Haha..Abang Harris ni ternyata sabar orangnya..Senang bekerja dengan dia..Kalau ada yg salah pun dia x marah, just tegur dengan rilex jer..Memang overall bagi kami seronok la..Semua nya berjalan dgn lancar..Lakonan kami dipuji oleh krew dan pengarah sendiri..Walaupun kami kurang menonjol tapi yg penting kami dapat rasa pengalaman macam mana kehidupan pelakon ni..Ternyata memang penat dan sibuk tetapi puas apabila semuanya berjalan lancar dan lakonannya menjadi, tambahan pula upahnya yang agak berbaloi..Hehe..

So, smpai sini jer la citer aku mengenai pengalaman berlakon ni eh..Ada apa2 soalan, boleh la bertanya terus kat aku..No tepon plakon jgn tnya aku, aku lupa nak amik..Hahaha..Kepada sesiapa yang nak kata aku ni batak ke, menunjuk-nunjuk ke ape ke aku x kesah la wei..Ni cerita pengalaman aku, bukan pengalaman korang..Yang korang nak kecoh2 pe kes? Jealous cakap jer la..Sengal..Lantak la aku nak citer pown, ada aku susahkan ko? Ada aku susahkan mak bapak ko? Xder kan?? So, keep ur mouth shut motherfucker..!!! Go to hell..!!! Taknak baca berambus dari blog aku nih..Hahaha..Kepada yang sedang membaca, jutaan terima kasih saya ucapkan dan Selamat Membaca..!!!

Salam sayang dari saya pada anda semua..Have a nice day n Gud Luck..!!!
Happy Reading..!!!

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

0 ulasan: