Saturday, August 22, 2009

PLKN

Assalamualaikum w.b.t kepada anda semua yang sudi membaca blog saya..


Pertama sekali saya nak memberitahu anda semua bahawa saya telah terpilih untuk pergi ke Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) pada bulan Mac ini..

Sebenarnya apa yang hendak saya cakapkan di sini ialah pendapat saya tentang program ini..Saya tidak mengatakan yang saya tidak suka pergi ke program ini, malahan saya sangat teruja untuk ke sana..

Apa yang saya fikirkan ialah, dari mana datangnya duit yang begitu banyak untuk mewujudkan modal bagi membiayai program ini..Seperti yang kita sedia maklum, pakaian, makanan, minuman, alat-alat senjata, dan segala peralatan untuk program ini semua nya telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk para calon yang terpilih untuk program ini..Bukankah ia memerlukan wang yang banyak..???

Wang ini semestinya didapati dari sumber-sumber cukai, tol, perdagangan, dan pelbagai lagi sumber-sumber lain yang semestinya datang dari rakyat Malaysia sendiri..Tidak kah anda terfikir bahawa program ini amat membazir..???

Bukan kah lebih molek wang-wang itu digunakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat yang miskin..Saya bukan mengatakan pihak kerajaan tidak membantu golongan miskin, tetapi lebih menumpukan perhatian terhadap golongan miskin ini..Lagipun, bukankah kerajaan sendiri yang menginginkan miskin sifar di Malaysia..???

Jika hasrat kerajaan Malaysia ini telah tercapai, barulah kita fokuskan kepada progaram yang menjurus kepada generasi muda seperti PLKN ini..Malahan, kerajaan boleh mengadakan progaram yang lebih banyak untuk mereka kelak..

Apa pun, saya sangat gembira kerana terpilih sebagai salah seorang calon PLKN ini..Saya berharap agar PLKN akan memberikan banyak pengalaman yang berguna dalam hidup seharian saya..

Segala tulisan dalam blog ini hanyalah pendapat saya sahaja dan bukannya bertujuan untuk memboikot kerajaan atau sebagainya..Maaf dipinta, dari hujung kaki smpai hujung kepala, jika terkasar bahasa dan terlanjur bicara..

Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t.


© All Right Reserved 2009
Segala tulisan dalam blog ini tidak dibenarkan disalin semula tidak kira dengan apa-apa jua cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran dari penulisnya terlebih dahulu..Kerjasama anda amat saya hargai..Sekian, Terima Kasih..

0 ulasan: