Tuesday, September 8, 2009

SEMPENA RAMADHAN DAN SHAWAL TAHUN INI...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERAYAAN..

Agak lama aku meninggalkan blog ni tanpa artikel terbaru..Haha..Bukan apa, sibuk menelaah pelajaran untuk exam hari tu..Alhamdulillah, kini peperiksaan tu dah habis..Walaupun cuma satu bab, tapi aku rasa macam 10 bab nak baca..Haha..Kini rasa berdebar-debar untuk menunggu result pula..Apa la result yang bakal aku dapat nanti..Doakan aku dapat 4 flat ok..Haha..Amiiin..

Pejam celik, pejam celik dah tiba bulan puasa..Dah nak raya dah pun..Aku harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kaki blogger dan seluruh umat Islam di dunia (mcm diorg paham pe aku cakap nih) haha..Semoga mendapat syafaat di bulan yang barakah lagi mulia ini..Puasa, jangan buat-buat lupa pulak nak puasa..Kaum Adam jangan la bagi alasan uzur pulak kalau tak puasa, cakap sakit sudeh..Waaa, aku ajar orang menipu..Hahaha..Astaghfirullahalazim..Yang kaum hawa pulak kalau tak puasa tu, jangan la makan depan2 orang puasa..Hormatilah mereka yang sedang berpuasa..Nanti tak pasal-pasal kena tangkap dengan Jabatan Agama Islam..Haha..Pastikan anda benar-benar uzur yea, tipu dosa tau..Erm pe lagi eh? Haaa, di bulan pose ni juga jangan membazir plak tau..Syaitan dah kena kurung, jangan la kita pulak yang jadi syaitan yer..Haha..Sape terasa tu bawak-bawak la bertaubat..Jangan tau buat jer tapi tak nak buat..Ok la, tu je untuk ucapan puasa..Sekali lagi Selamat Berpuasa..!!!

Haaa, tinggal beberapa hari jer lagi nak raya nih..Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin 0-0..Kalau aku ada terkasar bahasa terlanjur bicara harap dimaafkan..Raya ni jemputlah ke rumah..Tapi jangan lupa bagitau dulu sebelum datang..Nanti korang datang, aku takder kat rumah..Sape nak layan korang? Haha..Jangan lupa contact dulu ok..Yang tak tau rumah aku tu sila2 la add aku dalam myspace atau facebook..Nanti aku bagitau korang..Tak pun tinggalkan pesanan kat chatbox aku kat dalam blog aku tu, nnt aku reply..Duit raya aku bagi bebudak kecik jer, yang dah tua bangka aku tak bagi lagi la yer..Haha..Yang nak aku datang rumah dia pun kirim-kirim kan la alamat korang kat aku..Insyaallah, kalau aku sempat aku akan bertandang ke rumah korang..Coz tahun ni rumah yang nak disinggah pun agak banyak dan masa pun sangat suntuk..Aku raya sambil study lol, final exam pulak pas raya..Adess..Tapi takper, aku akan cuba susun jadual untuk berhari raya di rumah korang ok..Haha..Raya tahun ni kat Klang jer..Teringat kat arwah atok ( Hjh Sa'odah Binti Hj Ibrahim ) di waktu macam ni selalu dia la orang paling gembira dan sibuk membuat persiapan untuk raya..Menunggu kepulangan anak-anak dan cucu-cucunya yang tersayang..Kini semua itu hanya tinggal kenangan..Dulu ramai-ramai berkumpul bersama sanak saudara dan kaum keluarga, sekarang entah ada lagi ke tak semua itu..Segala-galanya tinggal kenangan..Apa pun aku sangat merindui zaman dahulu semasa arwah masih ada..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman..Amiiin..
Ok tu je untuk raya..Sekali lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin..!!!

Pas raya, final exam..Wah, aku kena jadi ulat buku la ni nampaknya..Raya tak boleh enjoy sangat..Nanti dalam exam pun tulis enjoy beraya..Haish..Ada orang kata study hard, ada gak orang kata stdy smart..Mana satu betul? Haha..Bagi aku dua-dua tu penting..Sebab kalau study hard tu tak ada, study smart tak akan wujud dan begitu juga kalau sebaliknya..Tak paham? Renung-renungkan dan selamat beramal..Haha..
Korang semua yang baik hati, tolong doakan aku dapat menjawab final exam ni dengan lulus dan cemerlang ya..Amiiin..

Ok la, sampai sini jer la aku nak taip blog ni..Rasanya dah tak ada apa yang aku nak luahkan lagi..Lagipun tangan dah penat nak taip, walaupun kelajuan aku menaip lebih kurang 20 huruf per saat tapi jari jemari aku dah suruh berhenti..Kepala pun dah pening..Haha..Sekian saja untuk tatapan hari ini..Semoga kita bertemu lagi di lain waktu..Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya..Terima Kasih banyak-banyak..

Wassalam..

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih

0 ulasan: