Tuesday, October 27, 2009

Khas Buat Insan Yang Begelar Lelaki..

Antaranya yang BELUM SEMPAT WANITA nak bagitau kat LELAKI
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan
lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum
sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka
akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa..

Dipetik daripada bulletin www.myspace.com/hanieyfah

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

Monday, October 26, 2009

Why English...??? Not Malays..???

English..It's a worldwide language..World use this language to communicate within each countries..I like to learn English language but hate to use it as my communication language with my friends and also my family..People in Malaysia nowadays always proud when they can speak well in English among his/her friends or publics..Why did this happen? Is our Malaysian language too bad to use it as our communication language? Think it by yourself..

Actually, we can learn and speak English..But not all the time..Not all Malaysians know how to speak in English..Like Japan, they always use their languages to communicate among each other..They speak English but not frequent as some of our people in Malaysia..Japan also can success with their languange, so why not us? Why we can't protect our languange and make it as worldwide language? Why English? What is special about English? Even our teachers in school must teach in English if they got students from other countries..Why don't they learns our language? If we go to overseas to continue our studies we must learn their language first before we can enter the class..Like Japan, Saudi Arabia and so on..So why we must proud to be a well known English speakers?

So take time to think about it..Don't talk about Japan, just see our neighbor in Indonesia..Always use their languages even they got different race and religion, they still use the one language..How we can make the One Malaysia become reality even all of Malayasian people can't speak well in Malays? Proud to speak in English..I also like to speak in English but depends on surroundings and situation..I only speak English when meet foreigner, in my English classess, and so on..I loved speak Malays among my friends, family and publics..There's no reason why I must speak in English all the time..Actually English is a bad language but since I'm a Malaysian and I loved my country, I must learn English as my symbol that I'm support my country and as my future..If Malays language become worldwide language, I'm just say goodbye to that sucks English and welcome Malays..I loved Malays..So, support our Malays language to make it as a worldwide language..Insyaallah..

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

Coretan Sebelum Tido..

Ok, malam ni terasa nak post sesuatu..
Tapi tak tawu nak citer pe larh..
Hurmmmm..

Sambung diari aku ler..
Lets start from the afternoon..
Aku offline sumer bnda like facebook, myspace n seangkatannya..
Coz ayah aku tak kerja arini, kena off awal..
Lepas tu had a lunch (nasi lauk ayam goreng)..Haha sdap tu..
Masuk bilik layan mesej from my Hunny Madu..
Then solat zohor, after that buat taik mata larh (tido)..

Pukul 3 lebih, mama kejut sebab dia ingt aku lowm solat lagi..
So, start dari tu tak boleh tido dah..
Lepak dalam bilik and sempat mesej dgn my Hunny Madu..
Setelah menunaikan fardhu asar, turun bawah..
Layan karenah adik2 yang tah pehape..Hahaha..
Pastu kena jaga rumah, family nak pegi pasar malam..
Huahuahua..
Sambil tu kena tunggu adik balik dari sekolah..
Tengok tv citer roda impian, pastu rewind senario n matahariku..
Lambat btowl adik balik..
7.10 baru sampai umah..Sbb tempat ngaji dia ramai orang plak..
Huhuhu..

Lepas maghrib, mesej dgn my Hunny Madu again..
Mesej dgn dia adalah suatu kewajipan..
Hanya aku dan dia saje yang tahu mengapa ia WAJIB..
Hahaha..
So, turun bawah terus on laptop..
Online kan semua social networking yang aku ada..
Myspace, Friendster, Facebook n Tagged(kena banned)..
Tak tau kenapa tagged aku bleh plak kena banned..
Haish..
Geram towl..
Sambil tu mesej lagi dgn my Hunny Madu..
Banyak plak komen2 kat facebook, myspace n friendster tu yang perlu di reply..
So, take time gak tu..
Hahaha..

Huuaaarrrggghhhhhhhhh..!!!
Ngantoknya..
Tak larat nak type lagi nih..
It's time 4 me to sleep..
Hahaha..

Gudnyte n cweet dreamz to all bloggers..
Wash ur face n foot b4 go to bed..
Hahaha..
Tu pesan orang tua-tua la..
Ok, ~daaaa..
Papai..
Tamat sudah diariku hari ini..
Semoga hari esok adalah lebih baik dari hari ini..
Lalalala..

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih..

Sunday, October 25, 2009

Lalala..

Huh..
Hari ni adalah hari yang cukup membosankan..
Kerja ku adalah online facebook, myspace dan baca updated blog from suhadri and david ziser..
Awek aku plak suh tgk course yang ada kat sekolah teknik..Dia dgn family dia nak hantar adiknya kat skola teknik..Settle, tapi lowm daftar lagi..Esok baru daftar..
Pastu adik aku suh wat email sebab nak daftar myspace n facebook katanya..
Siap email tapi myspace tak boleh daftar..So, facebook je la yang aku buatkan untuk dia..
Arghhhhhhh..
Shittttt..
Geram siot...
Asal myspace wat hal..???? Shiallll..Hahaha..
Cuti ni memang sangat membosankan..
Haish..Bila la nak naik class ni..
Tak sabar nak belajar subjek yang bakal aku amik nnt..
Agaknya mcam mana la rupa lecturer aku tu yer..???
Hahaha..
Hope sumer baik2 and tak garang sangat..
Bleyh buat runding la senang citer..
Sekian saja untuk hari ini..
Lalala..

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih..

Monday, October 12, 2009

Erti Kehidupan Bagiku..

Kehidupan itu sangat indah, namun lagi bertambah indah apabila kita berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan dan menemui kebahagiaan dalam rumahtangga..Awas!!! Kita mesti ingat semua perkara yang indah ini hanyalah di dunia yang fana ini sahaja dan kehidupan di akhirat adalah kehidupan yg kekal abadi..Setelah mencapai apa yang kita hajati di dunia, kita perlu mencari bekalan yang mencukupi untuk menemui Maha Pencipta dan tinggal selama-lamanya di akhirat kelak..Kejayaan kita di dunia tiada tandingannya dengan kejayaan kita semasa hidup di akhirat kelak..Tanpa iman dan ilmu di dada, nescaya kita kita akan hilang arah tuju dalam hidup malah kita akan kecundang dalam kehidupan kita..Iman yang sedia ada dalam diri kita masih belum mencukupi untuk menampungberat amalan baik kita apabila di akhirat kelak..Oleh itu, kita perlu terus dan terus tingkatkan iman kita kepada iman yang paling tinggi sehingga kita merasakan Allah terlalu dekat dengan diri kita..Ilmu yang kita ada hanya sebesar kuman ataupun zarah berbanding dengan ilmu Allah yang terlalu besar dan luas..Jika ingin ditulis dengan menggunakan pena, nescaya kita tidak akan mampu untuk melakukannya..Namun begitu, ilmu yang kini sering disalah anggap telah menyebabkan umat manusia kini keliru dan gagal dalam kehidupan mereka..Ilmu tidak semestinya berdasarkan akademik sahaja, malah Islam telah menyarankan kita agar menuntut ilmu walau dengan apa cara sekalipun..Tetapi kini, manusia yang gagal dalam akademik sering dipandang hina, dianggap bodoh dan sebagainya oleh golongan manusia yang kononnya telah berjaya dalam akademik..Sebagai pengetahuan kita, ramai manusia kini yang pandai dalam akademik namun tidak sepandai yang kita sangka..Mereka ini sebenarnya bodoh dari segi amalan agama dan dari segi nilai-nilai budaya yang baik dan mulia..Kita juga dapat lihat ramai manusia yang pandai tetapi kurang ajar, biadap, terlibat dengan jenayah dansebagainya..Tidak kurang juga mereka yang telah bergelar graduan tetapi tak ada kerja a.k.a menganggur..Orang Malaysia punya pemikiran apabila tamat belajar di universiti, nak kerja untuk dapat duit banyakdan sebagainya..Pemikiran ini sememangnya dah tersimpang jauh dari tujuan sebenar Islam menyuruh kita menuntut ilmu..Misalnya graduan yang menganggur tadi, mereka ini terlalu memilih kerja yang berpendapatan tinggi sesuai dengan kelulusan mereka tanpa memikirkan semula tujuan sebenar Islam mewajibkan kita untuk menuntut ilmu..Sebenarnya kita boleh berjaya walaupun kita gagal dalam akademik sekalipun asalkan ada usaha, tawakal dan berdoa pada Allah yang Maha Esa agar diberikan kesihatan tubuh badan, jalan untuk mencari rezeki dan seumpamanya..Ingatlah wahai insan, kita gagal sekali bukan bermakna kita gagal untuk selama-lamanya..Usaha adalah tangga kejayaan..Pengalaman adalah salah satu ilmu yang bermanfaat dan sebagai pengajaran dalam kehidupan kita seharian..Dari pengalaman ini juga, kita boleh mencapai kejayaan yang lebih berbanding orang yang berjaya dalam bidang akademik ini..Namun, kita dianjurkan supaya berjaya dalam kehidupan berdasarkan ilmu akademik dan pengalman ini agar mendapat lebih syafaat di akhirat kelak..Janganlah kita menghina orang yang gagal mencuba kerana kita akan mencuba untuk gagal dalam kehidupan kita..Jangan kita kutuk orang bodoh kerana kita pun belum tentu lagi pandai dalam semua perkara..Jangan kita lupa untuk melihat ke bawah setelah kita berada jauh di atas kerana di bawah itu adalah asas kepada kita untuk naik ke atas..Sekali kita jatuh, ia mengambil masa yang lama dan sukar untuk naik semula ke atas..Kejayaan kita adalah bergantung pada diri kita sendiri dan bukan orang lain yang menentukannya..Ingatlah suatu pepatah Inggeris yang direka oleh Anonymous Dr.VB yang berbunyi NOBODY WANNA SEE YOUR SUCCESS, BUT ALL PEOPLE WANNA SEE YOUR FAILURE..Ia membawa maksud, di dunia ni tak ada siapa pun nak lihat kita berjaya malahan mereka suka dan bangga ketika kita hadapi kegagalan..Renung-renugkan dan selamat beramal..

Wassalam..

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih