Monday, October 12, 2009

Erti Kehidupan Bagiku..

Kehidupan itu sangat indah, namun lagi bertambah indah apabila kita berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan dan menemui kebahagiaan dalam rumahtangga..Awas!!! Kita mesti ingat semua perkara yang indah ini hanyalah di dunia yang fana ini sahaja dan kehidupan di akhirat adalah kehidupan yg kekal abadi..Setelah mencapai apa yang kita hajati di dunia, kita perlu mencari bekalan yang mencukupi untuk menemui Maha Pencipta dan tinggal selama-lamanya di akhirat kelak..Kejayaan kita di dunia tiada tandingannya dengan kejayaan kita semasa hidup di akhirat kelak..Tanpa iman dan ilmu di dada, nescaya kita kita akan hilang arah tuju dalam hidup malah kita akan kecundang dalam kehidupan kita..Iman yang sedia ada dalam diri kita masih belum mencukupi untuk menampungberat amalan baik kita apabila di akhirat kelak..Oleh itu, kita perlu terus dan terus tingkatkan iman kita kepada iman yang paling tinggi sehingga kita merasakan Allah terlalu dekat dengan diri kita..Ilmu yang kita ada hanya sebesar kuman ataupun zarah berbanding dengan ilmu Allah yang terlalu besar dan luas..Jika ingin ditulis dengan menggunakan pena, nescaya kita tidak akan mampu untuk melakukannya..Namun begitu, ilmu yang kini sering disalah anggap telah menyebabkan umat manusia kini keliru dan gagal dalam kehidupan mereka..Ilmu tidak semestinya berdasarkan akademik sahaja, malah Islam telah menyarankan kita agar menuntut ilmu walau dengan apa cara sekalipun..Tetapi kini, manusia yang gagal dalam akademik sering dipandang hina, dianggap bodoh dan sebagainya oleh golongan manusia yang kononnya telah berjaya dalam akademik..Sebagai pengetahuan kita, ramai manusia kini yang pandai dalam akademik namun tidak sepandai yang kita sangka..Mereka ini sebenarnya bodoh dari segi amalan agama dan dari segi nilai-nilai budaya yang baik dan mulia..Kita juga dapat lihat ramai manusia yang pandai tetapi kurang ajar, biadap, terlibat dengan jenayah dansebagainya..Tidak kurang juga mereka yang telah bergelar graduan tetapi tak ada kerja a.k.a menganggur..Orang Malaysia punya pemikiran apabila tamat belajar di universiti, nak kerja untuk dapat duit banyakdan sebagainya..Pemikiran ini sememangnya dah tersimpang jauh dari tujuan sebenar Islam menyuruh kita menuntut ilmu..Misalnya graduan yang menganggur tadi, mereka ini terlalu memilih kerja yang berpendapatan tinggi sesuai dengan kelulusan mereka tanpa memikirkan semula tujuan sebenar Islam mewajibkan kita untuk menuntut ilmu..Sebenarnya kita boleh berjaya walaupun kita gagal dalam akademik sekalipun asalkan ada usaha, tawakal dan berdoa pada Allah yang Maha Esa agar diberikan kesihatan tubuh badan, jalan untuk mencari rezeki dan seumpamanya..Ingatlah wahai insan, kita gagal sekali bukan bermakna kita gagal untuk selama-lamanya..Usaha adalah tangga kejayaan..Pengalaman adalah salah satu ilmu yang bermanfaat dan sebagai pengajaran dalam kehidupan kita seharian..Dari pengalaman ini juga, kita boleh mencapai kejayaan yang lebih berbanding orang yang berjaya dalam bidang akademik ini..Namun, kita dianjurkan supaya berjaya dalam kehidupan berdasarkan ilmu akademik dan pengalman ini agar mendapat lebih syafaat di akhirat kelak..Janganlah kita menghina orang yang gagal mencuba kerana kita akan mencuba untuk gagal dalam kehidupan kita..Jangan kita kutuk orang bodoh kerana kita pun belum tentu lagi pandai dalam semua perkara..Jangan kita lupa untuk melihat ke bawah setelah kita berada jauh di atas kerana di bawah itu adalah asas kepada kita untuk naik ke atas..Sekali kita jatuh, ia mengambil masa yang lama dan sukar untuk naik semula ke atas..Kejayaan kita adalah bergantung pada diri kita sendiri dan bukan orang lain yang menentukannya..Ingatlah suatu pepatah Inggeris yang direka oleh Anonymous Dr.VB yang berbunyi NOBODY WANNA SEE YOUR SUCCESS, BUT ALL PEOPLE WANNA SEE YOUR FAILURE..Ia membawa maksud, di dunia ni tak ada siapa pun nak lihat kita berjaya malahan mereka suka dan bangga ketika kita hadapi kegagalan..Renung-renugkan dan selamat beramal..

Wassalam..

© All Right Reserved 2009
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih

0 ulasan: