Saturday, January 23, 2010

Hidup Penuh Cabaran..

Assalamualaikum..

Nampak nya sudah sekian lama saya tak update blog ni.. Dah sampai berhabuk..Dalam proses pembersihan semula, saya masukkan entri terbaru.. Hope anda semua para pembaca sudi membaca blog saya ini..

Bulan Januari 2010 bakal menjanjikan kehidupan saya sebagai seorang student yang busy dengan assignment dan kerja-kerja yang masih tertangguh dan terbaru saya dapat..First of all, assignment yang terlalu lama tertangguh sejak saya menjadi organiser dalam MSU Aids Awareness Run 2009 yang telah mendapat pengikitirafan Malaysia Book of Records..Assignment yang terbaru pun belum sentuh lagi..So, ini lah padahnya buat kerja bertangguh..Di sini saya masukkan sedikit gambar semasa MSU Aids Awareness Run 2009..


 
 
 

Baru-baru ini saya telah diberikan tugas sebagai AJK Tugas-Tugas Khas dalam Kelab Wawasan MSU..Tugas ini meliputi aspek yang luas..Antara tugasnya ialah reka logo kelab, membuat baju dan t-shirt kelab, presentation, penyedia modul bagi pelajar-pelajar orientasi, pengangkutan, penyedia barang2 kelengkapan ketika berada di luar, dan banyak lagi..Hal ini pastinya akan membuatkan hidup saya as a student lebih busy dan kekurangan masa untuk melakukan aktiviti yang kurang berfaedah..Walaubagaimanapun, saya menerima dan menghargai tugas itu dengan ikhlas dan akan cuba sedaya upaya melaksanakannya sebaik mungkin..Di sini saya selitkan juga logo2 yang telah saya cuba buat..




 



Saya telah cuba sedaya upaya untuk membuat logo mengikut design yang diberikan..Tetapi ia masih tidak memuaskan hati advisor Kelab Wawasan MSU..Saya akan berjumpa dengannya dan kami akan buat logo ini bersama-sama agar logo ini lebih sempurna dan menarik..

So, saya rasa sampai sini sahaja penulisan saya setakat ni..Terima Kasih kerana sudi membaca..
Wassalam..

0 ulasan: