Saturday, February 13, 2010

Liku-Liku Kehidupanku..

Salam..

Hari-hari yang telah ku tempuhi penuh dengan liku..Namun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku telah pun berjaya menempuhi liku-liku itu..Perjalanan hidup ini perlu diteruskan..So, lepas ni pasti lebih banyak cabaran dan halangan yang perlu aku lalui..Aku berharap agar dapat melaluinya dengan tabah dan sabar..

Assignment yang diberikan oleh lecturer masih juga belum disiapkan..Semakin lama, semakin banyak..Semuanya memerlukan kretiviti dan seni yang menarik..Idea yang ditunggu-tunggu masih belum tiba..Bagaimana nak mencetuskan idea yg menarik? Aku sendiri pun tak tahu..Ia datang dan pergi pada waktu yang sama..Seolah-olah ia masuk ikut otak kanan dan pada masa yang sama keluar ikut otak kiri..Mengapa jadi begitu? Adakah disebabkan aku terlalu banyak berfikir benda lain? atau ia sekadar perkara normal yang berlaku kepada semua makhluk yang bergelar manusia? Entah la, aku pun tak pasti..

Si dia..Aku amat merindui dan mencintainya..Dah lama kami tak berhubung apatah lagi berjumpa..Last kami berdating pun sebelum dia berangkat ke IKBN Melaka..Tu pun dah sangat lama..Sebulan or dua bulan after kami pulang dari Kem Khidmat Negara..Pertemuan itu juga adalah yang pertama dan yang terakhir setakat ni..Dia bercadang nak berjumpa lagi Isnin dan Selasa ni..Sebab dia nak minta tolong aku buatkan assignment dia..Oleh kerana itu, aku diajak ke rumahnya..Apa yang perlu aku lakukan? Huh..Apa pendapat family dia tentang aku nanti? Arghhh..Takpe, be myself..You are who you are..Wajahnya sentiasa di ingatanku..Bermain-main di screen minda ku..Adakah ini yang dinamakan cinta? Adakah ia mampu berkekalan hingga ke akhir hayat? Hmmm..Entah lah..Allah saja yang tahu semua ini..Selalu aku memikirkan tentang dia..Entah dia fikir pasal aku ke tak, hope dia pun seperti aku..Aku berharap juga cinta si dia pada aku adalah cinta yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan bukan kerana apa yang ada pada diriku..Kerana cinta yang ikhlas bakal berkekalan selama-lamanya..Banyak cabaran dan dugaan yang aku perlu tempuhi bersama dengannya selepas ini..Hope aku dengan dia dapat tempuhinya dengan sabar dan tabah..I LOVE YOU SO MUCH FOREVER AND EVER!!!

Kawan-kawan..Buat masa ni kawan-kawan semuanya quite okay..Ada la sesetengah yang perangai macam celaka..Tapi overall ok..Sahabat, baru sekarang aku tahu apa ertinya sahabat..Walau aku dalam keadaaan susah ataupun senang, mereka sentiasa di sisi aku..Walaupun sometimes diorang tak dapat tolong aku, tetapi diorang sentiasa support apa yang aku buat..Sentiasa menasihati antara satu sama lain..Credit to Shaheen, Rawiyah, Faez, dan Sayuti..Aku tak tau camne nak balas budi korang semua..Aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga coz sudi jadi sahabat terbaik aku..Korang memang the best forever and ever..Aku sayang korang walaupun korang tak sayang aku..Haha..Shaheen, ko memang the best sebab influence aku kepada movie dan i like ur physicology style dude..Faez, aku tak tau nak kata apa tapi aku suka perangai gila-gila ko yang dah pun terpengaruh kat aku dan ko ni gerbang informasi aku and kau the best..Rawiyah, ko plak satu-satunya girl dalam group kita nih and ko memang the best sebab sentiasa menceriakan hidup aku dan aku harap ko tak lupekan kitorang..Sayuti, ko plak the very2 big brother dalam group nih dan ko the best sebab ko dah banyak tolong aku dalam banyak benda yang aku tak tau dan ko sudi mendengar dan memahami masalah aku and sikap panas baran ko telah mengajar aku suatu perkara yang sangat berguna dalam hidup aku..Sumpah aku takkan lupekan korang semua..It's up to you if you wanna forget me but to forget you, i'll never do..

Lecturer and university..Mereka dah menjadi sebahagian dari hidupku..Tanpa mereka, tak bermakna la hidup aku..Credit to Management and Science University dan Lecturer (Cik Lydia, Puan Jalilah, Encik Affendi, Cik Diana)..Cik Lydia or we call her Miss Lydia adalah seorang lecturer yang happy-go-lucky, periang, peramah dan caring..Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri sebab aku pun takde kakak..Dia ni sentiasa cool dalam apa jua keadaan walau dia marah ke apa ke, dia sentiasa akan senyum dan memberikan kata-kata nasihat dan perangsang pada studentnya..Tak lama lagi Miss dah nak jadi Puan..Haha..So, Selamat Pengantin Baru..Hehe..Puan Jalilah ni pulak seorang lecturer yang boleh dikatakan tegas dan caring pada student dia sometimes..Tapi Puan Jalilah @ Madam J nih selalu moody je..Jarang nak tengok dia senyum..Dia akan tersenyum bila bersama rakan-rakanya ataupun dalam kelas ketika someone wat lawak yang boleh wat dia senyum..Actually aku lebih suka karakter dia bila dia senyum..Tgk dia senyum boleh naikkan semangat aku nak wat assignment dia..Kalu x siap pun at least ada la juga progress yang boleh aku hantar..Ni kalo dia moody, nak hantar progress pn aku takut woo..Assignment pulak bukan satu ke dua, setiap kelas dia ada je assignment..Tapi aku terima sebab itu dah tanggungjawab aku as a student..Cara dia mengajar pun actually aku tak berapa suka sebab cara dia seolah-olah dia langsung tak mengajar..Just bagi assignment dan dalam tempoh masa yang diberi kena hantar..Progress tu kalo ada yang dia tak puas hati, terus reject or wat correction..Aku faham style dia nak kitorang ni belajar and search sendiri..Tapi kan, kenapa perlu ada lecturer jika student kena search and belajar sendiri? Sedangkan Islam pun ada mengatakan bahawa kita perlu berguru utk menimba ilmu dan belajar mendalami Al-Quran..Tapi tak apa la, mungkin itu cara dia..Aku pun dah masak benar dengan Mdm J nih..Walau apa pun aku and student2 lain tak boleh nak watpe..Redha jer..Tapi aku hope sgt2 dia dapat senyum tatkala masuk ke kelas..Bagi kitorang or at least aku bersemangat utk wat assignment dia..Encik Affendi plak seorang yang otai..Haha..Tapi dia ni best sebab aku suka bila dia memulakan sesi bercerita..Semua student khusyuk @ mendengar dengan penuh perhatian tatkala storynya bermula.Hahaha..Cik Diana ni pulak boleh tahan gak baik dia..Tapi aku tak berapa kenal lagi perangai dia camner sebab lama x masuk kelas dia oleh kerana pertukaran jadual yang tak di inform..Huh..Tapi Alhamdulillah la sebab dia tak pernah marah kitorang setakat ni..Tak tau la perangai sebenar dia mcm mana..Kita just wait and see jer..Hehe..That's all about the lecturer and MSU..

So, begini lah kehidupan aku sepanjang aku bergelar pelajar IPTS..Banyak suka dan duka yang telah aku alami dan semua ini sedikit sebanyak telah membuatkan aku semakin matang dalam kehidupan..Sekarang baru aku sedar apa itu kehidupan..Macam-macam orang yang aku kenal dan macam karenah mereka juga aku dah tau..Banyak orang, banyak ragam sangat bersesuaian..Haha..Aku berharap aku dapat menempuhi cabaran yang akan datang dengan lebih tenang dan sabar serta tabah..Perjuangan harus diteruskan walau apa pun yang berlaku..Kesedihan dan kegembiraan dalam hidupku biarlah hanya aku dan tuhan saja yang tahu..




  


© All Right Reserved 2010
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

0 ulasan: