Friday, April 2, 2010

Cetusan Hati Sang Penulis..

Salam..
Nampaknya blog ni dah lama takde artikel mahupun cerita..Di kesempatan ni saya ingin menulis sedikit tentang luahan hati dan aktiviti di masa cuti..Diharapkan artikel atau cerita ini dapat membuka minda dan mata pembaca juga sedikit sebanyak memberi pengajaran dan pedoman bagi para pembaca dan diri saya sendiri..TQ..

Cuti..
Sangat membosankan..
Kerja aku hari-hari online dan pada waktu petang hingga malam aku kerja jual burger..

Buka FaceBook..
Ada je manusia yang akan buat aku naik angin/marah..
Tak kira lah orang lain mahupun kawan sendiri..
Aku pun sampai tak tau macam mana nak hadapi sem baru nanti..
Ntah ramai musuh ataupun classmate..
Bukan niat aku nak buat orang marah, tapi kadang-kadang pendapat aku orang suka salah anggap..
Pendapat aku diperlekehkan, dibuat bahan mainan dan dicampak bagaikan sampah..
Kalau ye pun pendapat aku tak bernas, tak yah la nak bagi respon sampai macam tu sekali..
Aku pun ada perasaan dan maruah diri..
Lepas tu aku marah, cakap aku touching..
Ye, aku memang touching la kalo sampai dah memalukan diri aku..BODOH!!!
Kepala otak dgn akal letak kat punggung..
Langsung tak pernah nak fikir perasaan orang lain..
Buta mata, buta hati, dan segala-galanya buta pada mereka..
Kalo dah rasa tua sangat, pegi la campur dengan orang2 tua sana..
Tak payah nak campur dgn org yg ko anggap budak kecik ni..
Kalo tua sekadar nama je tapi perangai macam budak kecik tak guna gak..
Mengutuk orang sana, mengutuk orang sini..
Macam la ko tu hebat sangat, perfect sangat..
Yang gaduh pasal politik lain, yang gaduh dengan negara jiran lain..
Dalam negara sendiri pn tak bersatu, parti politik je dah berapa bnyk kat Malaysia ni..
Pastu nak buat masalah plak dgn negara jiran..
Kalo setakat nak kutuk-kutuk, nak ejek-ejek, adik aku yang kecik tu pun boleh buat..
Sama je sebenarnya perangai orang dewasa dgn budak2 kalo macam tu..
Ntah bila la rakyat Malaysia ni boleh bersatu dari segi politik, ekonomi dan sosial..
Negara luar tunggu peluang je nak teroka Malaysia..
Jangan sampai Malaysia ni dijajah balik sudah..
Gejala sosial pulak semakin menjadi-jadi..
Sampai dah pening kepala pihak berkuasa ni nak fikir..
Hukum cara Islam ada, tak nak pulak guna..
Kejam la katanya konon..Kepala hotak dia kejam..
Kalau nak ikutkan, hukum Islam la yang paling adil dan saksama..
Oleh kerana tak nak ikut, ni la natijahnya..
Maksiat berleluasa, mat rempit bermaharajalela dan macam2 lagi..
Haish..Entah la..Macam2..

Burger plak..
Hari pertama kerja nampak sngat aku tak penah buat keja..
Menggigil bila ramai customer..
Kalo nak ikutkan smpai skrg pn ada lagi la gigil tapi masih boleh di cover..
Fikir balik, kelakar pun ada..Hahahaha..
Hari pertama and kedua memang kencang punya jualan..
Start hari ketiga and keempat smpai hari kelima dah slow..
Biasa la tu adat berniaga,,
Abang tu pulak offer tolong dia kat kedai burger dia..
Aku pun tengah fikir nak terima ke tak offer tu..
Kalu ikutkan hati memang nak aje..Duit tu..
Tapi fikir balik jadual aku nnt tak tau lagi macam mana..
Kang burger ke mana, study ke mana..
Kang menggigil lagi depan customer yang ramai..Hahaha..
Abis kelam-kabut kedai burger abang tu..Hahaha..

Akhir Kata;
Lepas ni aku berazam nak ikut haluan aku sendiri..
Kalau boleh nak jadi "budak surau" mcm dulu..
Rindu nak solat berjamaah dengan semua qariah surau..
Rindu nak jadi tukang azan kat Surau Haji Fuad, Jalan Nenas, Meru, Klang..
Rindu nak jadi imam kat surau PLKN Kem Similajau, Bintulu, Sarawak..
Rindu nak baca Al-Quran sama-sama qariah surau..
Rindu nak bentangkan sejadah kat surau..
Rindu nak gotong-royong kat surau..
Rindu nak tahlil sama-sama dengan qariah surau..
Rindu nak dengar suara pak imam surau..
 Ya Allah, sesungguhnya aku telah jauh menyimpang dari jalan kebenaranmu Ya Allah..Kau ampunkan lah segala dosa-dosa ku Ya Allah..Kau berikanlah aku petunjuk ke jalan yang benar Ya Allah..Kau kembalikan lah hamba mu ini ke jalan yang benar Ya Allah..Ya Allah Ya Tuhanku, jangan lah kau pesongkan hati ku setelah aku kembali ke jalan yang benar Ya Allah..Ampunkan segala dosa-dosa ku Ya Allah..Amiin Ya Robbal A'lamin..
Aku juga nak fokus pada study dan sambil tu fokus nak cari wang lebih untuk perbelanjaan diri sendiri..
Aku dah tak sanggup nak mintak parents aku lagi..
Malu tu satu hal, sebab yang paling utama tu ialah aku kesian kat parents aku..
Aku tau keadaan financial dalam rumah aku ni macam mana..
Tak sampai hati nak mintak duit kat diorg walaupun itu tanggungjawab diorg..

Last but not least;
Hidup di dunia ni hanya sementara, Hidup di akhirat yang kekal abadi..
Cari la bekalan sebanyak mungkin di dunia untuk ke akhirat kelak..

© All Right Reserved 2010
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

0 ulasan: