Saturday, December 25, 2010

Coretan Hati 2010..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Nampaknya da lama saya tak berkesempatan nak update blog..Hari ni baru ada masa dan ada la rajin sikit nak update blog..Hahaha..

Tahun 2010 bakal meninggalkan kita dengan 1001 pengalaman yang manis dan pahit buat kita..Bagi aku, banyak perkara yang berlaku..Banyak fail yang aku boleh cerakinkan untuk diceritakan pada anda semua para pembaca..Namun, ia mengambil masa yang sangat panjang untuk menceritakan segala apa yang berlaku dalam hidup ku..Aku hanya dapat meringkas kan segala cerita dan pengalaman yang aku tempuhi..

Life aku macam biasa kadang-kadang happy kadang-kadang tak happy..Tapi sejak akhir-akhir ni mood aku senang sangat berubah..Haaa mesti ada yang da fikir lain ni..Hahaha..Bukan pasal bulan la, cuma aku skrg ni da kurang la nak bergelak ketawa..Banyak bnda yang buat aku sedih, geram, dan buat mood aku down..Sometimes kawan-kawan rapat pun tak bleh nak memahami aku..Stdy aku pn da makin down..Masalah kewangan bertambah-tambah..Haaa, lagi skali jangan salah paham..Bukan aku hutang dgn along eh, cuma hutang dengan kawan-kawan je..Hutang dgn ptptn agi ntah dapat bayau ke tak..Hadoiii..Aku ada 2 subjek yang fail..Tu nak kena bayar jugak tu..Aku pn belum ada keberanian lagi nk bgtau ayah aku..Aku dah terfikir nak keja je ni..Settle sume hutang2 tu baru la lega skit..Sebenarnya banyak lagi masalah yang membelenggu minda aku ni..Tapi stakat ni je la aku dapat storykan pada anda sume tentang life dan problem ku..Huhu..

Si Dia, Alhamdulillah aku dgn dia still lagi berpacaran walaupun pada satu ketika dlu pernah clash..Tapi kali ni kitorang terpaksa sembunyikan dulu hubungan kitorg oleh sebab yang tidak dapat dielakkan..Jumpa pun dah jarang giler..Sangat merinduinya tapi tak dapat dilepaskan..Huh..Benci giler macam ni..Jeles je bila tgk kapel lain pegy jalan-jalan, lepak sama-sama, makan sama-sama..Haish..Tapi nak wat mcm mana, aku busy dia pn busy..Redha je la..Harap-harap dia cuti krismas ni nnt aku dapat jmpa dgn dia..Kisah yang lama tu tak payah nak ingat lagi..Aku dah lupa kan semua..Tapi aku takkan lupa siapa punca kepada semua masalah aku dengan si dia suatu ketika dulu..Kalo aku dapat budak tu memang dia tak hidup lama la..Haish..Tak boleh tgk kitorang senang langsung..Ada je nak dengki..Apa dosa aku kat kaw setan..Hampeh tul..Ok, enough with that..Korang doa-doa kan la hbgn kitorang kekal smpai akhir hayat..Amiiin.. :)

Kawan-kawan plak, sume nya ok dan baik-baik belaka..Makin hari makin ramai kawan yang aku dapat..Ni sume pasal aku mungkin dah agak aktif dan kawan baik aku si boboy tu dah makin peramah kot..Thanks to him coz brought me to his real world..Be honest, and everyone will come to be your friend..Faez like usual kadang-kadang gile dan dia macam biasa gerbang informasi terkini..Tapi skrg ada lagi senior yang gila-gila dan happening and chill mood serta memberi kitorg semangat utk terus hidup iaitu Stifler kitorang Brother Sudager Syer Mahal..Beliau adalah seorang yang aktif..Tak kira la di luar kampus mahupun di dalam kampus..Memang seronok dapat bergaul dgn beliau selain dapat informasi yang sangat berguna dan kata-kata yang membina daripada beliau..Aku gembira sbb mereka2 ini jugak sudi kawan dengan aku..Thanks korang sume..Credit to Boboy, Suda, Azfar, Faez, Fifi, Ana, Mel, Laila, Ara, Fadhilah, Ain, Maisarah, Faisal, Afif dan banyak lagi..Thanks korang sume..

Dalam kampus plak takde banyak berubah pon..Cuma suasana kampus baru skrg lebih baru je la..Hahaha..Dewan Chancellor pn dah siap..Banyak acara leh buat kat situ..Besar giler..Huhu..U-Cafe dah ada kalau nak lepak dan makan-makan, U-Gallery pn dah siap utk tatapan korang mengenai kejayaan MSU dr dlu hingga la kini, U-Shop pun da ada kalu nak beli jajan ke cenderahati MSU ke apa ke..Hahaha..Aku pnya stdy plak aku tau semakin teruk, so aku berazam nak naikkan lagi pointer..Aku nak jadi lebih rajin kali ni, ntah boleh ke tak..Huhu..Chaiyokkk!!! Lecturer sume sporting giler..Boleh diajak berbincang dan berborak..Tapi kebiasaannya of course la bukan berborak ke arah pelajaran..Hahahah..So, aku nk bnyk bertanya pasal pelajaran la nnt..Chaiyokk lagi Dekmi!!!! Subjek makin tough la sem ni..Gila aku dgn assignmnt diorg..Hahaha..So, tu je la mengenai kampus..

Akhir kata, tiada manusia yang tiada masalah dalam dunia ni..Semua org ada masalah masing2..Cuma cara untuk menyelesaikannya sahaja yang berbeza..Tabah atau tidak seseorang itu menghadapi masalah..Allah itu sentiasa nak menguji umatnya agar kita lebih kuat dan tabah untuk menghadpi ujian-Nya..Dan supaya kita sentiasa mengingati-Nya..Semoga korang sume tabah dan sabar menghadapi masalah korang sume dan dapat menyelesaikannya dgn mudah..So, tu saje hasil nukilan untuk aku coretkan dalam blog aku ni..Semoga korang sume telah upadated mengenai aku..Dan aku harap korang sume sudi terima aku sebagai kawan korang seadanya k.. :)

Azam aku pada tahun 2011 untuk menjadi yang lebih baik dari tahun 2010..

Sekian Terima Kasih..

Yg Benar,
Dekmi.


© All Right Reserved 2010
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

0 ulasan: