Monday, March 28, 2011

Tahun 2011..(Cinta, Sahabat & Impian)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Apa khabar semua para bloggers..Saya harap semua berada dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya..Alhamdulillah, hari ni bertemu lagi kita dalam blog saya..Pada tahun ini pelbagai kisah dan ragam yang ingin dikongsikan bersama para bloggers sekalian..Hope semua sudi membaca dan yg baik jadikan sebagai pedoman hidup anda semua.. :)


Saya ingin mulakan entri saya dengan kisah di sebalik perhubungan saya dengan Si Dia..Dulu memang saya merahsiakan perkara ini tapi setelah saya sendiri buntu dengan keadaan saya skrg, saya ingin kongsikan bersama para bloggers sekalian agar dapat memberikan komen dan pandangan anda sekalian mengenai perhubungan saya ini..Si Dia ni adalah teman teristimewa bagi saya dan namanya biarlah dirahsiakan..Apa yang ingin saya ceritakan adalah, sejak kebelakangan ni Si Dia sering sibuk dan tiada masa nak keep in touch dgn saya..Apa yang dia lakukan saya pun x tahu..Sbb saya tak nak mengongkong hidup Si Dia tu..Patut ke saya buat begitu? Saya sendiri pun tak tau..Memang bagi anda semua mungkin ianya biasa, namun ni luar biasa bagi saya sebab dia sejak kebelakangan ni contact saya semata-mata jika ada masalah seperti org kata when needed..But when I need her to relief my pain, she'll never been there for me..Sememangnya dulu hubungan kami ada krisis disebabkan ada seorang hamba Allah ni menyatakan bahawa beliau mencintai Si Dia dan saya adalah org ketiga yg menganggu hubungan Hamba Allah ni dengan Si Dia..Bila saya tanya dan paksa Si Dia menceritakan hal sebenar Si Dia enggan mengulas lanjut mengenainya atas alasan Si Dia benci dan xnk ingat lagi kisah itu..Sejak dari kes ini, saya dapati hubungan kami semakin lama semakin renggang..Si Dia juga selalu mengatakan dia sibuk dengan pelbagai aktivitinya..Si Dia belajar di sebuah institut kemahiran di negeri bersejarah..So, even bile dia balik pn saya tak tau..Baru2 ni dia ada balik ke rumah then she call me to help her in her assignment at her house (nmpk x when needed tu)..Saya tanya biler balik? Nape x call or msj bgtau dah balik? She replied, Biasa la..Adakah oleh kerana dia seorang MPP dan Atlet Badminton dia sangat busy hingga tak sempat nk keep in touch dengan saya..Tapi bila ada assgnmnt yg dia tak boleh nak buat baru dia contact saya..Itu pun simple and fast je..Saya betul2 tak faham apa dah jadi dengan Si Dia yg dulu..Dulu Si Dia tu x mcm ni..Sentiasa periang, peramah, manja, caring, dan mcm2 lagi dengan saya..Skrg ni sedikit demi sedikit dia berubah..Saya bukan nk berfikiran negatif atau salah sangka pada Si Dia tapi bimbang jika Si Dia telah dihasut atau di Brain Wash oleh Hamba Allah tu atau mereka ada hbgn di belakang saya..For info Hamba Allah ni juga adalah rakan saya..Apa yg menghairankan saya adalah Hamba Allah ni tak pernah menceritakan apa-apa sebelum ini even beliau dah tau saya bersama dengan Si Dia..Tetapi tiba-tiba pada suatu hari tu dia muncul dan memberi kenyataan yg memang sukar saya nk terima..Huhh..Saya dah tak tau ape nak buat lagi..Sangat2 tension oke..To Si Dia: If bu baca ni, bu sndiri tau lah kan nk buat ape kat b..Org yg memberi sinar harapan kepada kita tetibe hilang sinarnya ape jadi? Semakin lama semakin gelap lah kan..Mcm tu la keadaan hidup saya..Haish.. :'(


Kawan pulak makin lama makin la ramai..Tp skrg ni nk citer pasal best friend saya..Hahaha..Kawan baik saya ni nama dia Shaheen Sher Mahal (promote sikit) dah ada gelaran baru yang diberi oleh Fifi, Ana dan geng beliau iaitu Sheena..Sbb diorg kata si Sheena ni berjiwa lembut dan memahami perempuan walaupun dia lelaki..Haha..Borak dengann Sheena ni sama je xde beza borak dengan kawan2 perempuan diorg..Haha..Masak la kau Sheena sbb pasni diorg shopping pun ajak kau..Haha..Saya akui yg Sheena ni kadang2 saya menyampah gak sbb dia pnya story sntiasa ada je snang citer mulut dia tak penah nk dok diam..Tapi walau apa pun dia ni The Best and best friend saya sebab walau suka dan duka kitorang tempuh bersama..Dia ni baik hati orgnya n suka menolong kawan2 yg berada dalam kesusahan mahupun ada masalah..Walaupun dia sndiri ada masalah tapi dia sntiasa happy dan ceria dan tak pernah menunjukkan kesedihan atau kemarahan dia..Hanya saya yg tahu realiti kehidupan dia berdasarkan luahan perasaan dia (jangan nk bangga sangat la dekmi oii) huhu..Dia pun skrg dah agak bahagia sbb ada org yg caring dan sntiasa keep in touch ngan dia..Tp walau macam mana pn dia kata dia tak boleh lupa dengan first love dia..Sape yang tau tu diam2 suda..Haha..Kalau nak tau Shaheen ni juga seorang yg bersemangat tinggi dan berkarisma orgnya..Passion dia adalah pada movie..Cita-cita dia nk jadi film director dan saya pula minat berlakon..So, kami sekepala dalam bab ni..Dia sntiasa memberikan idea2 cerita baru yg belum pernah org buat tapi ia nya dalam simpanan kami sahaja..Tggu company kami on baru cerita tu akan dikeluarkan oke..Haha..Oke stakat ni sahaja pasal beliau..Saya ingin cerita pasal kawan baik saya lagi satu ni tapi tak boleh sebab nanti jadi kontroversi..Kang tak pasal2 saya kena tibai pulak..Hahaha.. :)


Kat MSU tak payah la citer..Makin lama makin sakit hati bila fikir pasal MSU..Sbb MSU jugak la saya tension..Arggghhhhh..Rasa macam nak quit je study and cari keja then bayar balik Ah Long bertauliah PTPTN dan kat MSU tuh..Skrg ni dalam kepala otak ni dah terbayang-bayang company saya sndiri..Bnyk org kata kena belajar dulu selok belok perniagaan sblm buka company..Lgpn bussiness ni bnyak dugaan dan halangan nya..Untung ke rugi ke sume tanggung sndiri..Risiko besar..Tu sume betul saya tak nafikan kerana saya juga bnyk pengalaman buat perniagaan kecil kecilan..Kalo kecil kecilan pn dugaan dan halangan nya sukar utk tempuh ini kan pula yg besar-besaran..Tapi kita tak tau jika kita tak mencuba kan..Rezeki tu Allah yg bagi..Buat masa ni apa yg dalam fikiran saya ialah nak cari kerja then smpan skit2 wat modal utk buka sebuah company kecil based on apa yg saya minat tak kisah la ape pun..Pastu sikit demi sikit sy nk kembangkan menjadi sebuah company besar yang mempunyai sub company berlainan bidang atau produk..Contoh: Dekmi Group..Dalam Dekmi Group tu ada Dekmi Food & Beverage, Dekmi Studio, Dekmi Design & Printing, Dekmi Production House, Dekmi Music dll..Haaa besar kan impian tu? Saya tau bukan senang nk bina empayar mcm tu..Tp saya rasa dari skrg saya kena mula sikit2 untuk smpai ke tahap itu..Saya dalam proses belajar dalam semua bidang2 berkenaan..Semoga impian saya tu tercapai..Amiiin..


Setakat ni je hasil nukilan saya utk hari ni..Hope saya ada mood lagi utk update blog ni dari masa ke semasa..Salam mesra dari saya untuk anda semua para bloggers dan pembaca sekalian..Yg baik datangnya dari Allah dan yg buruk dtg nya dari kelemahan diri saya sendiri..Sehingga bertemu lagi..Wassalam..


© All Right Reserved 2011
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

0 ulasan: