Tuesday, December 20, 2011

Pengakhiran 2011 (Part 1)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Apa kabar semua bloggers dan para pembaca blog aku ini..Moga korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..Rasa nya agak lama aku tinggalkan blog ini tanpa entry terbaru..Hal ini disebabkan kesibukan yang melanda diri ini..Huhu..

Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi aku peluang untuk meneruskan kehidupan ini..Lantas dapat lah aku mencoretkan kisah suka dan duka aku dalam entri kali ini..
Sebagai mukadimah, dengan sukacita aku ingin ucapkan Selamat Bertunang!!! kepada seorang gadis bernama Dena Bahrin yang telah pun bertunang dengan lelaki pilihan ibu dan bapa Dena iaitu Ariff pada 17 Disember 2011 yang lalu..Pada yang tak kenal siapa dia mahupun yang tak pernah tau dia dah bertunang, nah aku kasi video cara pertunangan mereka..



Comel kan mereka? :D

Ni lah yang dikatakan cinta selepas kahwin..Siapa cakap cinta selepas kahwin tak relevan pada masa kini? Nah Dena Bahrin dah buktikan yang bahawasanya ia masih relevan..Sesungguhnya perkara ini adalah salah satu contoh pada orang lain terutama golongan-golongan muda yang berada di luar sana yang sedang asyik bercinta hingga lupa batas-batas pergaulan mereka..Dengan cara seperti di atas, maksiat dapat dielakkan dan pergaulan bebas tidak berlaku..Ok, stop cerita pasal ni..Nak tau lebih lanjut, search je Dena Bahrin kat google..Mesti ada cerita mengenai beliau.. :D

Suatu lagi kisah baru-baru ini mengenai Adam Adli..Seorang mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah menurun kan bendera yang tertera muka YAB Perdana Menteri kita selama kurang dari 5 minit dan digantikan dengan bendera mereka sebagai tanda protes mereka terhadap tampuk pemerintahan di bawah YAB Dato' Seri Najib Tun Razak..


 Lokasi: Depan Bangunan PWTC

Aku sebagai seorang pelajar yang berpihak kepada pembangkang turut tak berapa setuju dengan tindakan aggresif Adam Adli kerana bakal mengundang padah pada diri sendiri..Kita bukan tidak kenal perangai mereka malah dah masak sangat dengan sikap gangsterisme dalam kalangan mereka..Sekarang Adam Adli tidak dapat lagi pulang ke rumah beliau kerana ugutan yang telah diberikan ke atasnya..Tetapi apa yang boleh saya katakan adalah tindakan Adam Adli itu dapat membuka mata semua pihak yang selama ini lena dan menjangka kan bahawa golongan mahasiswa tidak berani dan tidak patut bersuara..Sememangnya golongan seperti kami ini muda dan masih banyak perlu belajar, tetapi kami juga mampu berfikir dan boleh menyuarakan pendapat terhadap pemimpin di negara kami sendiri..Dulu suara mahasiswa tidak diendahkan hanya catit di kertas lalu dilempar ke tong sampah atau dibuang ke mana-mana, kini mahasiswa protes baru semua pihak sibuk nak itu nak ini..Tidak kira lah kami ni kecil, kanak2, remaja, atau dewasa, selagi kami berada di Malaysia kami adalah anak Malaysia dan rakyat Malaysia..Jadi hak demokrasi yang ada di Malaysia juga adalah milik kami..


Kenyataan Adam Adli berhubung isu turun bendera YAB Perdana menteri



Adam Adli nyaris ditumbuk seorang lelaki (macam ni ke cara nak ajar orang?)


Mcm ni ke cara professional nk selesaikan masalah?


Kesimpulannya, sama-sama lah kita renungkan dan kita lihat bersama apa yang bakal terjadi pada negara kita pada masa akan datang..Semoga negara kita lebih maju dan aman harmoni di masa akan datang..

<<<<< bersambung >>>>>

0 ulasan: