Friday, December 7, 2012

Perubahan Diri

Assalamualaikum..

Apa khabaq para pembaca? Hahaha..Moga sihat sihat selalu.. :D Lama giler aku x update blog nih..Last aku update pasal clash tu kan? Hahaha..Haaa sabar sabar..Ni nak update lagi lah ni..Haha..

Ok kali ni aku nak update pasal life aku hehe..Alhamdulillah, aku dah mula membuat perubahan ke arah kebaikan pada diri sendiri..Hopefully akan jadi lebih baik di masa akan datang Insyaallah..Aku dah pun dapat sambung belajar di Politeknik dan akan mendaftar di sana pada 10/12/2012 ni..Yezzaaa aku tau tak lama lagi kan..Haha..So, aku sangat berharap segalanya akan berjalan lancar..Biar parents aku bangga dengan aku..

Passion dalam bidang lakonan dan nyanyian tetap ada dan tak akan luput..Haha..Insyaallah aku akan laksanakan sume short2 film and lagu lagu aku lepas aku habis study kot..As my career is much more important than my passion, so i can do it later..But aku akan update kalau ada lagu lagu baru yang aku cover dalam Youtube..Pada yang tak tau channel aku, korang bleh search je kat Youtube nama komersial aku Dekmi Helmi haha..

Alhamdulillah, kawan kawan rapat aku banyak support aku masa aku down hari tu..Banyak teman aku buat kerja gila-gila..And most important is make me feel happy dan terasa sangat dihargai..Kalo xde diorg, maybe sampai sekarang aku still bersedih lagi kot..Huhu..Diorang buat aku sedar yang kita kena hargai orang yang sentiasa amik berat pasal kita daripada amik berat pasal orang yang tak amik tau pasal kita..

Hubungan aku dengan family pun dah beransur pulih..Aku happy dgn diorg dan diorg ada sedikit happy dengan perubahan aku walaupun aku tau aku dah banyak sakitkan hati diorang..Aku harap aku dapat jadi yang terbaik untuk diorang..

Cinta? Hurmmm..Still single and available..Haha..Kadang kadang ada gak rasa dalam hati tu nak cari pengganti buat mengubat kesunyian di hati ni kan..Tapi ya lah aku ni tak handsome, harta pun takde so aku decide biarlah Allah yang aturkan..Andai dah tiba masa, korang akan dijemput punya..Haha..Hanya Dia yang layak menentukan sapa pasangan yang sesuai untuk aku..

So, tu je lah buat masa ni aku nak update pasal diri aku..Nanti kalau ada story mory lagi, aku akan update dari masa ke semasa..Thanks sudi baca.. :D

Saturday, October 27, 2012

Andai Itu Yang Kau Inginkan

Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog ni. Aku harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya. Kali ni aku nak kongsikan kisah yang buat aku agak sedih di Hari Raya Korban 2012 ni.

Hari ni aku stalk profile Facebook Si Dia. Usha punya usha aku ternampak ada seorang mamat ni guna gambar Si Dia sebagai profile picture dia. Aku pun usha la gambar gambar mamat tu. Ternyata ada gambar Si Dia dengan mamat tu.

Macam macam perasaan yang hadir masa tu. Aku tak tau nak cakap macam mana. Selama ni aku diam, aku setia dengan dia, aku bagi dia ruang untuk study tanpa gangguan, akhirnya ni yang dia balas kat aku. Tegur aku pun dah jarang. Balik rumah dia pun tak bagi tau aku. Banyak perubahan dah berlaku pada dia sejak akhir akhir ni. Dia bukan lagi macam Si Dia yang dulu. Aku sering bertanya pada diri sendiri kenapa dia buat macam tu? Apa salah aku? Apa dosa aku? Pernah aku tanya persoalan ni kat dia dan macam biasa dia akan cakap tak ada apa apa.

Setiap hari aku fikir pasal dia, setiap saat aku asyik teringat kat dia, tapi hari dan saat itu jugak lah setiap kali hati aku terluka. Aku dah tak tahan lagi. 3 kali Si Dia tipu aku hidup hidup. Puas aku cuba nak pertahankan hubungan aku dengan Si Dia, tapi macam aku bertepuk sebelah tangan. Aku rasa macam aku ni boneka yang dipinggirkan. Hati aku ni sakit sangat. Hari ni, waktu ni, saat ni, aku just tulis status kat Facebook aku yang aku dengan Si Dia dah boleh bawa haluan masing masing. Aku dah tak sanggup nak berdepan dengan dia dan dengar apa apa penjelasan sebab semuanya dia buat tanpa pengetahuan aku. Ya, aku sangat BODOH. Dah tak ada apa nak diperjelaskan kalau itu dah keputusan Si Dia. Jangan cakap aku tak pernah faham Si Dia. PUAS dah aku cuba faham Si Dia, tapi Si Dia ada faham aku? Pernah amik tau perasaan aku? Sebab aku diam. Senang nak pijak kepala aku. Sekarang buat la ikut suka hati dia. Asalkan Si Dia bahagia. Ni aku nak share gambar yang aku jumpa.








Gambar gambar ni semua aku dapat dari profile mamat tu. Aku sengaja edit gambar gambar ni bagi menjaga nama baik mereka. Pada yang dah tau atau dah kenal siapa di dalam gambar ni, aku harap korang abaikan gambar gambar ni lepas tengok. Aku post gambar gambar ni sebab aku nak jadikan bukti yang aku bukan lagi di alam mimpi yang masih lagi anggap Si Dia sebagai orang yang aku sayang. Sekarang dia pun dah ada orang yang dia sayang, so aku mengundur diri demi kebahagian Si Dia dan mamat tu.

Kepada Si Dia, bu dah tak perlu nak perjelaskan apa apa lagi. Mulai saat ni bu dah bebas nak buat apa yang bu nak, dah bebas nak pilih siapa yang bu suka. B dah takde hak nak halang bu lagi. B harap bu bahagia di samping orang yang bu sayang.

Setakat ni saje yang aku mampu nukilkan untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain waktu. Wassalam.

Saturday, September 29, 2012

Lirik Teman Pengganti

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Thursday, September 27, 2012

UNFORGETTABLE CRUSH

~ Assalamualaikum ~

Para pembaca semua apa khabar? Harap kalian semua berada dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya..Hehe..Hari ni ntah apa kena mood aku nak post pasal CRUSH..Haha..Ok, selama korang hidup ni tipu la kalau korang tak pernah or tak ada perasaan kat seseorang sama ada lelaki atau perempuan..Haha..

Macam tu la jugak diri aku..Ni nak start cerita ni..Haha..Ok, alkisahnya aku ni ada la minat kat seorang perempuan ni..Aku kenal dia sejak dari kecik lagi..Huhu..Nama dia tak nak aku publish kang jadi kontroversi pulak..Haha..Yang dah tau tu sila la senyap ye..Aku tak nak kang jadi isu..Haha..Dia ni dulu kecik kecik dia pendiam giler..Muka pun bak kata orang muka serius je..Tapi dalam serius dia, bagi aku sejuk je mata memandang..Tak tau macam mana aku boleh cair pulak tengok muka dia..Haha..Aku jangan kata nak borak, nak tegur pun segan..Takut pun ada..Haha..Tambah plak bapa dia garang..Lagi la buat aku terpaku membisu..Haha..Tapi sejak dah jadi anak dara ni makin lawa makin cantik macam model dah aku tengok..Tapi muka still maintain serius dan akan friendly pada kawan kawan yang dia kenal je..Hehe..Dia pun sekarang dah ada teman istimewa dia yang tersendiri..Aku doakan dia dengan pasangan pilihannya akan kekal sampai akhir hayat..
Amin.. :)

Dulu time aku syok kat dia tu sebenarnya aku bertepuk sebelah tangan je sebab dia bukan tau pun..Gila apa kecik kecik nak kasi tau aku suke kat anak dara orang..Mau kena penampor nanti dengan bapa aku and bapa dia..Hahaha..Tapi entah lah dia tau ke tak aku pun tak tau..Sebab masa dulu kalau tak silap aku, aku ada buat satu karangan seakan surat..Dalam nya ada mengatakan isi hati aku yang aku suka kan kat dia..Kalau tak silap aku, aku tulis tu dalam buku latihan sekolah yang warne cokelat tu..Dulu belambak buku tu kat kampung aku..Tak tau la surat tu dah kantoi ke belum..Haha..Lagi satu ada satu masa tu dia demam..Time tu dia tido, aku usha je muka dia..Rasa sebak gile nak nangis wa cakap sama lu..Kesian sangat aku tgk dia, nape la dia demam..Sampai aku doa demam dia tu pindah kat aku..Huhu..Ni citer dia time aku tadika ke darjah 1 camtu ar..Huhu..Bila kitorang jumpa? Hahaaa..Kitorang, eh, haha aku la senang citer, akan tak sabar sabar nak jumpa dia bila balik kampung masa raya time dulu..Haha..Nak dikatakan bercakap dengan dia, aku boleh bilang dengan jari la berapa kali je aku bercakap dengan dia..Tu pun hal penting je..Haha..Lagipun aku kat kampung tu mana ada bebas sangat..Nak main pun ada limit..Adesss..Hahaha..Tapi sebab dia, aku suka giler balik kampung..Hahahaha..

Masa tu aku kecik lagi mana la aku tau pasal cintan cintun ni..Haha..Yang selalu aku dapat soalan cepu emas, "Eh kau suka dia eh?" HAHA..Ingat lagi soalan soalan tu kalau aku balik kampung time raya mesti ada yang bertanya..Ada gak buli aku cakap nak repot kat mak bapa dia..Haha..Tapi masa diorang tanya tu aku tak pernah kata YA..TAK jauh sekali la..Hahaha..Aku cuma senyum je sambil ketawa ketawa..Haha..Sebenarnya kalau nak ikut kan dia la yang ajar aku CINTA tu ape..Macam mana perasaannya..Hahaha..Thanks to her la citer dia..Haha..Dah lama baru aku cakap ya..Sebab dah bosan asik dengar soalan sama..Hahaha..Punya la aku minat kat dia ni sampai aku ada compose lirik lagu untuk dia..Tapi seriously dah lupa gile dah..Yang aku tau lirik dia memang bodo bodo gila segan aku nak taip kat sini HAHA, maklum la kecik kecik..Hahaha..Yang aku paling kelakar dan rasa forever alone pada aku masa tu aku selalu cuba tarik perhatian dia..Padahal bukan dia perasan pun..Hahahahahaha..Bodo gilerr..Bila aku pikir balik, rasa nak terjun bangunan pun ada..Hahahaha..

Rasanya cukup setakat ni pasal CRUSH aku ni..Haha..Aku tak nak citer banyak banyak..Kang ada yang muntah darah baca ayat ayat jiwang karat aku..Hahahahaha..
P/S: Kepada orang yang aku cerita pasal dia ni, mana la tau kalau anda baca kan..Haha..Saya cuma nak ucapkan jutaan terima kasih sebab pernah mencuri hati saya kejap..Hahaha..Saya akui saya masih minat kat awak tapi kita masing masing dah matang dan ada life sendiri..Huhuhu..Tak pernah terlintas dalam fikiran saya masa typing kat blog ni saya nak buat awak sakit hati ke, nak hancurkan life awak ke ape..Saya cuma nak kongsikan kenangan saya dan luahkan isi hati je yang terpendam pada suatu ketika dahulu dan kongsikan bersama pembaca..Dan dan satu lagi, saya tak akan pernah lupakan awak sehingga akhir hayat saya..Hehe..(jiwang la pulak) HAHA..Awak pun same, jangan la muntah darah pulak baca ayat ni..Haha..

Akhir kata dari saya, sayangilah orang yang berada di sekeliling anda dan menghargai anda..
Wassalam..

Friday, September 14, 2012

Jangan Derhaka Pada Ibu & Bapa

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar korang semua para pembaca blog sekalian? Hope berada dalam keadaan sihat InsyaAllah..Aku seperti biasa Alhamdulillah setakat ni sihat..Syukur Alhamdulillah kali ni aku dapat sekali lagi update blog aku yang dah berhabuk ni..Hope korang enjoy membacanya..Lagi satu, kalau ada apa yang kurang ataupun cara penulisan aku yang perlu diubah bagi korang lagi berminat nak baca, bleh la komen kat blog ni eh tak pun email kat aku ke dekmi88@gmail.com.. :)

Nukilan kali ni aku nak cerita pasal life aku sepanjang aku menghilang..Hehe..OK untuk pengetahuan korang semua, impian yang aku nak realisasikan tu belum tercapai lagi disebabkan oleh kesibukan aku dan pelbagai lagi masalah yang perlu aku tempuh dalam life ni..Memang, kalo cakap pasal masalah semua umat manusia ada masalah..Tapi masalah masing2 tak sama kan? Hehe..So, disebab kan itu aku tangguhkan dan mungkin selepas ini akan melupakan impian aku tu untuk seketika demi mencapai kejayaan yang lebih terjamin dalam hidup aku..

Sepanjang life aku setelah berhenti daripada MSU or student life, aku banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan area rumah aku..Time tu aku pegi sana sini cari job, interview merata rata, dan ternyata susah gak nak cari kerja ni melainkan kita ada pengalaman dan kelulusan dalam bidang kerja yang ditawarkan..Cari punya cari aku dapat gak kerja sebagai promoter Machines..Bagi yang tak tau Machines tu apa, Machines adalah Apple Premium Reseller maksudnya wakil penjual utama produk dari keluaran brand Apple Inc..Kerja aku kat situ pun secara kontrak dan aku kerja pun tak lama..Nak kata susah, takde la susah mana pun kerja tu, tapi bagi aku nak menghafal benda2 alah tu sume bikin kepala aku pusing je so aku decide nak stop tapi tak bagitau manager pun..Aku budak art, mana penah ikut rules..Haha..Aku la yang selalu break the rules dan buat benda sume ikut suka hati aku je semampu aku..Haha..So, time aku accident aritu aku dapat tau bahawa mereka telah pun tamatkan kontrak aku sebelum sampai waktunya..Lagipun aku memang akui yang aku banyak buat hal kat situ sebab maybe aku dah fed up kot dgn orang2 kat situ..Huhu..Ok cukup setakat ni pasal job.. :)

So, bermula dari situ banyak gak la aku cari lagi job job yang ada tapi semua jauh2 dan di luar kemampuan aku..Al maklum lah, dlu masa study sume ditanggung..Pastu dah mula keja, sendiri cari makan ar..Haha..Tapi aku kan boros orangnya..So, tak sempat sampai bulan berikutnya duit dah licin..Haha..Memang lepas ni aku kena belajar manage gaji aku..Haha..Then dari situ bermula la hidup aku sebagai penganggur terhormat..Keja aku malam berjaga, siang tidur..Haha..Dah macam apa je aku ni, tak terurus..Malam tu selalunya aku akan ke mamak Sri Melur Jaya Setia Alam untuk online..Kalau tak pun aku akan ke Meru 3 untuk melepak dengan kawan kawan aku..Kalau ada member baru dapat gaji or ada duit lebih sikit memang Karaoke je lah keja nya kat Klang Central sampai pusat karaoke tu tutup sampai lebam..Haha..Kat Meru 3 tu selalu aku dengan member aku akan melalak dengan gitar..Dari situ kawan aku ni banyak dapat ilham nak compose lagu..Liriknya pulak aku boleh dikatakan sumbang tak sampai 1% pun dalam lirik2 tu..Haha..So, aku hanya bagi sumbangan dengan menyanyikan lagu beliau..Kenapa aku? Haaa..Dalam ramai ramai yang melepak tu aku dengan dia ni je yang mempunyai minat yang sama dan boleh dikatakan satu kepala gak la ada chemistry dalam bidang muzik..Kira orang2 seni la..Yang lain diorang ada minat2 yang tersendiri so macam tak berminat la nak join apa yang kitorang buat ni..Tapi setiap lagu yang dia compose sebenarnya dia ada impian dia siapa yang boleh menyanyikan lagu tu dan apa yang dia nak dalam lagu tu..Dengan inisiatif aku, aku jadikan tu video dan upload kat Youtube..Tu pun rakam first shot je tak de rehearsal takde practise..Haha..Tu yang kabut sampai lupa lirik and quality tak berapa nak menarik..Haha..And sampai la sekarang aku menganggur.. :)

Now walaupun aku masih lagi menganggur, aku dah berubah dan cuba ubah diri aku ke arah lebih kebaikan..Tu pun lepas aku kena marah kaw kaw dengan daddy aku..Kecut perut gak la time tu..Gegar gegar meja makan tu macam nak patah dah..Cawan pinggan sume dah tang tung tang tung macam nak pecah..Tunggu tangan nak sampai ke muka je time tu..Sampai gigil gigil aku..Haha..Kalau ikutkan aku, aku memang berkeras tak nak sambung belajar and nak kerja..Enough is enough..Sebab bagi aku, cukup lah dulu masa kat MSU aku banyak susahkan my daddy..Dengan FAIL lagi la ape la tu ini..Banyak wooo spend duit kat aku saje..Ntah bape riban dah abis..Tapi nak wat camner, aku je yang tak fokus..Sebab pemikiran aku ni sentiasa berubah ubah mengikut keadaan..Aku sendiri pun susah nak faham diri aku, apa lagi orang lain..Haha..So, now aku cuba ubah diri aku jadi lebih baik..Malam dah kena kurung tak leh kuar lagi, rokok dah dilarang sama sekali, nak kuar mana mana pun dah tak boleh lagi melainkan dapat keizinan dari my daddy..And the best part is aku DIWAJIBKAN sambung belajar balik otherwise aku forever alone la macam takde keluarga..Nampak tak my daddy punya penangan tu..Haha..Sampai macam tu sekali baru aku boleh ikut cakap dia..Degil jugak aku ni, jahat pun ada..Huhu..So, sekarang aku tengah cuba nak sesuaikan diri dengan life lama aku yang lama balik zaman aku kecik kecik dulu..Biar lah orang nak cakap aku LOOSER ke FOREVER ALONE ke NERD ke pe jadah haram pun aku buat dunno je mulai sekarang..Yang pasti aku ada family aku dan kawan kawan yang rapat dengan aku serta faham keadaan aku..Tapi passion aku terhadap seni filem, lakonan dan muzik tak kan pernah luput dalam jiwa aku..Aku akan cuba sedaya upaya aku capaikan gak impian aku..Bak kata orang sambil menyelam sambil minum air..Hehe..So tempat aku continue study belum tau lagi but aku akan update as soon as aku dah dapat tempat nak continue nanti..

Setakat ni saje nukilan dari aku di awal pagi ni..Mata pun dah stim dah ni..Rindu kat bantal dan katil..Haha..Kalau ikutkan rules, my daddy dah tak kasi duk online sampai pagi ni..Ni pun aku curi2 online sebab nak update blog punya pasal..Nampak tak aku punya degil..Haha..Bukan selalu pun, sekali sekala je online sampai awal pagi sekarang..Kalau dulu ye la tiap tiap hari online sampai pagi..Haha..Ok, sehingga bertemu lagi di lain entri..Sebelum tu dengar lah lagu baru member aku yang dinyanyikan oleh aku..Klik je LINK yang kat bawah tu..Sedap ke tak sedap komen je ok..Haha..Wassalam..

Dekmi - Ina Nadhirah (Youtube)

Saturday, February 25, 2012

My Passion

Assalamualaikum..

Apa khabar semua para pembaca? Haha..Aku harap korang berada dalam keadaan sihat hendaknya..Aku kat sini Alhamdulillah sihat dan badan pun semakin sihat..Haha..

Entry kali ni aku nak kasi tau yang aku sekarang ni dalam proses nak jadikan impian aku menjadi kenyataan..Korang mesti tertanya tanya apa impian aku sebenarnya kan..Dari dulu Dekmi asyik la dok sebut-sebut nak jadikan impian dia jadi kenyataan..Impian aku adalah aku nak jadi melibatkan diri dalam industri seni lakonan dan pengarahan filem..Yeah, bunyi macam poyo giler..Tapi itulah hakikat nya..Aku memang minat berlakon dari kecik..Cuma tak pernah menonjolkan diri sangat..Dari kecil aku bnyk involve kan diri dalam bidang lakonan teater kat skolah..Then kat sekola menengah pun ada la juga pengalaman sikit berlakon..Dulu aku ada buat entri pasal lakonan aku..Haaa pegi check balik drama apa..Haha..Btw, drama tu pun dah xde kat youtube..Haha..Hampeh tol diorang ni pegi padam pulak..Haha..

So, dalam rangka kerja nak merealisasikan impian aku ni kan..Aku dah pun mula menjalankan sesi penulisan skrip bersama sahabat baik aku yang sangat minat dalam pengarahan filem serta mempunyai banyak idea2 kreatif dalam pembikinan filem ni..Ia masih lagi dalam proses penulisan dan belum siap sepenuhnya..Ia dijangka siap pada minggu hadapan Insyaallah jika tiada aral melintang..Pada masa yang sama sahabat aku buat storyboard untuk cerita ini..Tema untuk first shortfilm aku ni adalah kisah persahabatan..Konsep nya pulak macam konsep reality show..Sukar nak explain tapi kalau korang tgk cerita Chronicle baru2 ni korang akan tau la..Konsep je, graphic takde ar mcm tu..In fact cerita ni pun xpakai graphic sgt..So nk tau mcm mana citer nya, tgk je nanti bila ia bakal keluar ok..Haha..Shooting dijangka dalam masa 2 atau 3 minggu lagi..Aku buat semua simple2 je untuk permulaan..Gunakan apa yang ada dulu..Haha..

Para pelakon buat masa ni aku minta khidmat kawan2 dan saudara2 terdekat je dulu sebab apa yang aku buat ni pun free je..Kalau nak guna khidmat orang lain mesti mau bayar maaa..Mana ada yang free dalam dunia ni..Haha..Selain tu equipment pun aku pinjam2 je kat orang dlu dan gunakan mana yang ada..Senang cakap aku x guna budget yang banyak dalam first short film aku ni..Sape2 yang bermurah hati nak bantu boleh la PM aku..Haha..Para pelakon nanti aku dgn mmber aku akan ajar macam mana nak melakonkan watak2 yang aku dengan sahabat aku dah reka tu..Aku turut berlakon dalam cerita tu nanti dan aku tgk karakter aku sendiri pun aku tergelak..Ntah mampu ke tak aku nak lakonkan watak tu..Hahahaha..Tapi aku yakin dengan sedikit pengalaman yang ada ni aku boleh improve kat dalam shortfilm aku tu nanti..So, bila dah ditayangkan aku amat memerlukan komentar2 yang membina daripada korang semua ok..Haha..

So, setakat ni je aku boleh nukilkan buat awal pagi ni..Aku tak boleh bagitau semua nanti kantoi..Hahaha..So, sehingga bertemu lagi di lain entri..Wassalam.. :)

Monday, February 20, 2012

Pengakuan Ikhlas Dari Hati Yang Tidak Terungkap Dengan Kata-Kata



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Lama dah x update blog ni..Sorry sangat2 sebab tak berkesempatan nak update..Haha..Update Facebook memang selalu tapi nak update blog, memang payah..Tak pandai nak menyusun ayat dan tak tau nak borak topik apa..Haha..So untuk entry kali ni aku nak citer pasal kesilapan-kesilapan yang aku dah lakukan pada orang-orang di sekeliling aku..




Pertama-tama sekali aku banyak buat salah dengan Allah..Aku dah banyak melakukan dosa terhadap-Nya..Kata alim ulama Allah sentiasa memaafkan umatnya yang bertaubat nasuha dan meninggalkan segala perbuatan jahatnya..Aku, mungkin belum masanya nak bertaubat nasuha..Tapi aku sentiasa berdoa pada Allah agar pintu hati aku terbuka untuk aku taubat nasuha dan tinggalkan segala perbuatan jahat aku di masa lampau..Innamal A'malu Binniyat..Apa yang aku lakukan, biarlah menjadi rahsia antara aku dengan Allah..Hanya Allah yang berhak ke atas diri aku..




Keduanya, aku banyak buat salah pada ibu dan bapa aku..Dari kecil aku dididik dengan agama yang cukup, dengan penuh kasih sayang, dan dengan penuh sopan santun serta disiplin yang tinggi..Namun semakin aku membesar, aku banyak melawan cakap diorang..Paling sadis aku banyak menipu mereka demi kepentingan dan kepuasan aku sendiri yang selama ni x pernah aku kecapi..Demi keseronokan duniawi aku sanggup menipu mereka..Kadang-kadang mereka menangis kerana mengenangkan sikap aku yang jahat ni..Aku sedar semua itu tapi aku hanya mampu meminta maaf dan berdoa agar ibu dan bapa aku memaafkan dosa aku..Segala yang mereka ajarkan pada aku semuanya perkara yang betul..Aku je yang xnk ikut cakap diorang..Aku nak ada pengalaman mcm orang lain..Sbb dalam hidup sekarang ni penuh dengan kejahatan dan kekejaman..Dulu aku jadi baik aku selalu kena pijak..Kena kutuk kena hina dah jadi makanan harian aku kat sekolah..Tengok dlu aku membesar, sape je lelaki yang aku campur selain bapa aku sendiri..Aku lelaki, aku tak boleh lemah..Aku buat ni semua sebab aku nak cabar diri aku jadi anak jantan yang berani..Sebab di akhir nya nanti aku hidup sendiri, bukan selamanya hidup dgn ibu bapa aku..Macam mana aku nak jaga keluarga kalau aku x kuat semangat..Aku nak luahkan pada ibu bapa aku tapi aku x berani sbb dari dulu memang aku fobia dgn mereka..Yang kenal sangat dengan aku akan tau kenapa aku fobia dengan parents aku..Kalau la diorang tau ni..Hurmmm..Kalau la diorang terbaca ke ape ke aku nak minta maaf sangat2 ikhlas dari hati aku..Semua yang aku buat xde niat nak kecewakan mereka berdua..Aku buat ni semua sebab aku nak jadikan diri aku anak jantan yang boleh diharap..Aku tau perbuatan ni bodoh bagi orang, tapi setiap orang ada cara mereka yang berbeza..Bak kata omputih everyone got their own style..




Pada guru-guru dan lecturer pun aku banyak la buat salah..Kerja tak buat, kelas x masuk, tu antara perkara biasa yang aku buat sejak akhir2 ni..Alasan aku masalah kewangan..Ya, memang benar aku mengalami krisis kewangan yang kritikal..Hal ni berlaku sebab aku FAIL dalam subjek then aku fobia nak kasitau kat parents aku..Then of course parents aku tak tau yang aku kena bayar untuk installment FAIL tu kan..Aku pulak tak bekerja, so mana nak datang duit kan? Then baru2 ni pulak baru kawan aku ada cakap ada cara untuk settlekan masalah aku ni..Tapi aku dapat jangka kan yang ia nya semua sudah terlambat..Insyaallah jika aku xde aral melintang, aku akan stop dari MSU ni..Mungkin orang cakap rugi..Yes, memang rugi tapi aku kena ada iltizam dan usaha yang gigih untuk bayar balik segala-galanya yang telah aku sia-siakan..Apa pun, aku nak minta maaf sangat2 pada semua guru-guru dan lecturer..




Pada kawan-kawan semua memang tak payah nak cakap la..Banyak dah kot salah silap aku kat korang..Newsfeed korang sentiasa penuh dgn status-status aku je kan..Pastu aku suka cakap besar kan..Sape tak kenal Dekmi kan..Budak yang paling bermasalah baik di kampus mahupun di luar kampus..Ya, aku memang banyak masalah yang masih belum settle dan terbeban kat dalam pemikiran aku..Mungkin bagi korang orang lain pun ada masalah tapi xde la jadi macam aku..Aku hanya mampu cakap manusia lain-lain, masalah lain-lain..Aku tau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian..Tapi aku perlukan masa untuk aku perbaiki semua kesilapan aku..Pada yang aku buat dajjal kat motor dia tu aku minta maaf kat kau..Aku buat sebab aku tertipu dengan madah berhelah perempuan yang kau dah peluk cium sume tu kan..Dia cakap x suka and x cinta kat kau dan semua lelaki tapi akhirnya dia kapel dgn kau jugak..Aku dah anggap dia mcm adik aku sendiri, sbb tu aku jaga dia mcm mana aku jaga adik aku..Kalau aku tau dari awal dia nk buat taik dgn aku, kita mmg dah jadi member bro..X payah la kau nak libatkan budak2 kau nak cari aku la nak tibai aku la ape la..Kau juga yang cakap kau nak berdepan dengan mak bapak aku..Sekarang ape cerita? Hurmmm malas aku nak cakap apa kat kau..Suka hati kau lah..I'll go with the flow..Pada rakan group projek multimedia aku, aku nak minta maaf sangat2 kat kau..Tak berniat nak buat kau marah giler vavi kat aku..Phone aku pnya problem mmg la sangat kritikal..X sampai beberapa minit betri dah habis walaupun aku x guna..Aku balik Johor pun x sempat nak contact kau sbb kenduri la itu la ini la..Facebook mmg xlah aku nk on kat kampung..Internet pun takde..Aku pun dah explain kat kau..Terpulang pada kau nk percaya ke tak..Hope ko dapat maafkan aku..Aku faham perasaan kau sebab aku pun pernah alami jugak benda tu..Pada ex kawan baik aku dulu yg perempuan tu, aku minta maaf sebab aku marah kau..Aku xde niat nak susahkan kau apa-apa pun..Lepas ni pun kau dah tak jumpa aku dah..Aku tau kau gembira yang teramat dengar aku cakap camni kan..Aku tau masalah kita hampir sama dan maybe kau rasa kau lagi teruk..Tapi kau tak berada di tempat aku..Kau tak akan pernah rasa apa yang aku rasa..Beruntung kau ada abang, ada kakak..Walaupun di mata kau nampak mcm mereka x sayang kau, tapi diorang darah daging kau..Diorang akan tetap sayang kau dan tetap ambil berat pasal kau..Sama juga kasih sayang mak ayah kau pada kau..Hargai mereka selagi hayat mereka masih ada..Seolah-olah kau ada GPS untuk pandu kau ke arah yang betul..Tapi aku, walaupun aku ada mak dan ayah aku utk sara aku dan bimbing aku tapi kehidupan aku jauh berbeza daripada kau..Pada kawan-kawan yang lain pun aku mohon maaf sangat2 dgn korang..Hope korang dapat maafkan aku..




Pada Brotherhood 88 or Adik Beradik Majlis Cenderawasih Merah terutama kepada Ayahanda, Abg Long, Kak Long, Abg Ngah, Kak Ngah, Abg2, Kakak2, dan Adik2 sekalian, sape2 yang kenal saya Dekmi Phoenix dan tahu asal usul serta cerita saya, saya nak minta maaf kerana telah memalukan kalian semua...Oleh sebab itu, saya akan tidur untuk sementara waktu sehingga masa yang memerlukan untuk saya bangun...Saya tau saya dah buat kerja paling bodoh dalam dunia dan memalukan kalian semua...Saya minta maaf sangat-sangat atas hal itu dan pastikan ia tidak akan berulang lagi di masa hadapan...




Rasanya cukup setakat ni..Kalau ada lagi yang aku nak minta maaf, PM je aku..Selagi aku boleh bernafas ni aku akan minta maaf kat korang yang mana aku pernah buat salah dulu..Selama ni aku cuba puaskan hati semua orang di sekeliling aku..Sebab semua menaruh harapan yang tinggi terhadap aku..Aku nak jadi yang terbaik di depan mereka..Tapi aku x boleh..Sebab aku bukan seperti yang diharapkan..Sampai aku lupa tentang diri aku..Aku lupa siapa aku..Aku alpa siapa ciptkan aku dan mengapa aku diciptakan di atas muka bumi ini..Ni adalah entry pengakuan berani mati aku dan dari hati aku yang tulus dan ikhlas..Aku tau orang pasti cakap aku itu dan ini..Terpulang lah pada mereka..Aku kini sedang dalam perjalanan mencari sinar Ilahi dan ingin kembali ke pangkal jalan..Aku ingin perbetulkan segala kesilapan aku yang telah aku lakukan..Tatkala aku menaip setiap bait-bait kata dalam entry kali ini, air mata aku setitik demi setitik menitis membasahi pipi..Mengenangkan dosa yang telah banyak aku lakukan selama ini..Aku malu nak buat entry macam ni sebab aku tau orang mesti pandang rendah dan pandang serong kat aku..Dekmi ni jahat rupanya..Dekmi ni itu ini..Tapi aku x kisah semua tu, sebab aku tau dalam berkawan kita kena ikhlas..Biar orang tau mcm mana kita ni baik zahir mahupn batin..Tegur lah aku andai aku tersalah langkah..Bimbing lah aku anda aku tersesat jalan..Agar aku tidak melencong ke tujuan sebenar kehidupan ini..Teguran yang membina akan aku jadikan landasan ke arah kebaikan hidup aku..Aku rasa tak tenang selagi aku x luahkan perkara-perkara ni semua..Bertambah plak aku x tenang kalo korang tak dapat maafkan aku..Apa pun sekali lagi aku minta maaf pada kalian semua atas segala salah silap yang aku lakukan..Aku dah cuba jadi yang terbaik dan sempurna untuk korang semua tapi aku tak berdaya kerana aku hanya insan biasa..Terima kasih kepada semua yang telah mendidik, membimbing, menasihati dan memberi kata-kata semangat yang tak henti-henti agar aku dapat meneruskan kehidupan..Aku amat menghargainya, TERIMA KASIH..

Sunday, February 5, 2012

Kenapa Pendekatan Dakwah Menemui Kegagalan

Bila cite bab dakwah..teringat blog ni..
Saya tertarik dengan penulisan M-I-O yang bertajuk ‘Kenapa pendekatan dakwah menemui kegagalan’. Antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei (pendakwah) dengan mad’u (objek dakwah). Dan ada perenggan yang menyebut:

Zaman saya belajar dahulu, kawan yang berjubah kerapkali geleng kepala tengok kelibat kawan yang tak cukup kain. Kawan yang tak cukup kain pula selalunya angkat kening lihat kelibat kawan yang berjubah.

Dakwah asalanya dari perkataan Arab da’a yang bermaksud seru, atau ajak, atau panggil. Saya ni belajar Arab tak habis so tak boleh la nak hurai panjang2 tentang maksud perkataan tu dari segi bahasanya. Tapi dakwah tu adalah satu perkataan yang mendalam maknanya.

Dakwah itu bukan dengan pergi ke dalam kalangan orang berbaju ketat nampak tuuutttt dan berkata “Wahai wanita, tutuplah auratmu jika tidak mahu dimasukkan ke dalam api neraka”. Itu adalah ‘pengumuman’ atau ‘pemberitahuan’. Sesuai dengan maknanya, method dakwah lebih kepada MENGAJAK. Pendakwah ialah mereka yang mengajak orang lain untuk sama2 berbuat kebaikan.

Kerana itu Allah nukilkan dalam Kitab Suci:
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” – (Surah As-Saff: 2-3)

Selain dari membawa mesej supaya ‘cakap serupa bikin’ ia adalah supaya kita sama2 mengajak orang lain untuk bersama2 melakukan perkara yang dituntut dan disukai Allah.

Pemakai pakaian dakwah (biasanya orang refer jubah & tudung labuh ni sebagai ‘pendakwah’) yang memandang jelek pada golongan yang kontra dengan mereka, adakah layak dipanggil pendakwah? Title pendakwah itu bukan dilihat pada pakaiannya. Labuhnya jubah, labuhnya tudung, bukanlah tanda labuhnya iman.

Dakwah itu adalah tugas setiap orang, kerana manusia adalah makhluk yang bodoh dan sombong, yang mana dulunya sanggup menerima jawatan khalifah di muka bumi, setelah malaikat pun menolak jawatan itu. Nah, tengok hari ni, siapa yang jadi khalifah bila anak kecil dibunuh dan disakiti, ibu bapa diherdik dan dibuang di tepi jalan, rumah tangga tunggang terbalik, etc.

Sabda Rasulullah SAW “Balaghu ‘anni wa lau ayah” – sampaikan dariku walau satu ayat. Itu adalah untuk semua, bukan untuk golongan bertudung labuh, berserban atau berjubah.

Pakaian, walau setebal mana selabuh mana, bukan ukuran untuk menjadi benteng api neraka, sekiranya pakaian taqwa tidak ada.

“Dan pakaian yang taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Al-A’raaf: 26)

Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang melabuhkan kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya di hari akhirat” (HR BUkhari & Muslim)

Pakaila apa pun, tudung ariani, tudung bawal, tudung ekin, tudung saji, tudung periuk ke, asalkan niat adalah untuk menutup aurat demi memenuhi tuntutan agama, lillahi taala. Pakai tudung kalau nak suruh orang nampak kita baik, besok2 pegila tuntut pahala/syafaat dengan orang tu.

Berbalik kepada soal dakwah, dakwah is not as simple as memberi peringatan kepada golongan yang kontra supaya mengikut saluran yang betul dan bengang bila mereka tak ikut cakap. Ada tahapan-tahapan dan prosedur2nya.


Dakwah adalah sesuatu yang bersistem, dan berperingkat, bukan main boooh aje. Ada beberapa tahapan atau marhalah. untuk menjamin keberkesanan dakwah Marhalah yang pertama dan terpenting adalah taaruf, atau pengenalan. Nak berdakwah mestila orang kena kenal dengan kita. Sebab dakwah itu bukan suruh, tapi ajak. Macamana nak ajak orang kalau orang tak kenal, kan?

Dan taaruf di sini, bukan sekadar kenal nama sapa, duduk mana je, tapi kenal sebagai kawan. Kata kuncinya, golongan jubah mesti berkawan dengan golongan tak cukup kain (dotdot). Tapi syaratnya golongan jubah haruslah kuat semangat dan niat semata2 kerana Allah untuk mengajak orang, bukannye nanti dia pulak yang terjebak. Apa kes plak tuhhh.

Bila dah kenal, dah kawan, dah ambil berat, dah sayang… mestila golongan jubah ni tak sanggup tengok kawan dia terus di dalam keadaan yang dimurkai Allah. Haruslah dia nak kawan dia pun sama2 masuk syurga dengan dia. Maka sampaila ke marhalah ke dua yakni pembangunan iman. Bukannya bagi ceramah 15 minit tentang keimanan, tak.. tapi dari segi perbuatan dan perbualan yang secara indirect menyentuh pada soal2 keimanan.

Contohnya, bila keluar ke bandar bersama, masuk waktu solat, si jubah berkata kepada si dotdot “Alamak dah masuk waktulah, jom cari masjid. Aku takutlah lambat2kan solat nanti Allah masukkan kita dalam golongan yang lalai. Taknak aku masuk neraka.. aku takuttt, api neraka tu panasss sangat. Panas api kat dunia ni pun aku dah tak tahan!” See, si Jubah takde pun suruh si DotDot pegi solat ke, tapi ada daya mengajak di situ. Yang si dotdot nak ikut ke taknak ke tu bukan soal dia. Memang take time tapi itu la strategi namanya.

Lepas tu, bila dalam hati si DotDot dh terserap dengan cara hidup si Jubah yang penuh dengan amal soleh, maka tugas si jubah seterusnya ialah dengan membantu si DotDot menyelesaikan urusan agamanya. Maksudnya, kalau selama ni si DotDot hidup begelumang maksiat, bantu dia supaya jauhkan maksiat tu. Cuba ajak dia join usrah ke ceramah ke daripada pergi berjoget kat kelab. Mungkin hari ni dia taknak, tapi Allah itu Maha Mengetahui.

Apa yang penting.. kerjaaasamaaa! Hehe, apa yang penting ialah si daei mesti berakhlak mulia dan tunjukkan contoh yang baik kepada mad’u. Akhlak mulia tu bukannya kena duduk masjid 20 jam sehari, mengaji 10 kali khatam sehari, tapi berhubung dengan manusia dengan hubungan yang baik. Bila jumpa DotDot and the gang, melemparkan senyum, bukan geleng kepala.

Daei yang sebenar berdakwah untuk agama, bukan untuk dirinya. Dia tahu dia juga akan dihisab nanti. Dia pun tahu, dia tak semestinya terlepas dari seksa api neraka. Jadi, apa yang dilakukan adalah atas dasar memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam, bukan nak tunjuk best kat orang. Mentang2 la pakai jubah tudung labuh nak orang hormat as solehah, whateverlah. Tidak tidak.. seorang daei takde perangai macam tu.

Saya bersetuju dengan pendapat M-I-O yang menyatakan bahawa gagalnya dakwah kerana tiada kepersamaan antara pendakwah dan objek dakwah. Tapi sebenarnya, sebenar2nya, si pendakwah yang disebut itu bukanlah pendakwah yang sebenarnya. Tak layak dipanggil pendakwah kalau secara langsung atau tak langsung, mencaci orang lain, dan makin membuatkan orang lain jauh dari apa yang nak disampaikan. Mereka inilah golongan pemfitnah agama, yang membuatkan orang memandang serong kepada agama Islam.

Kalau kita lihat pendakwah2 terkenal, mahupun pendakwah2 kecil2an, mereka ni adalah orang2 yang ramah, yang mengambil berat, yang ramai kawan, yang berfikiran terbuka, yang universal, etc. Itulah pendakwah sebenarnya, si pengajak kepada kebenaran agama Islam.

Sekarang ni, dengan adanya teknologi internet ntah ape kebenda, wasilah dakwah tu menjadi lebih mudah lagi. Tulis blog pun boleh berdakwah. Dakwah ikut pengetahuan masing2 lah. Kalau pandai pasal parenting, dakwahla pasal parenting. Ilmu kita ni, bukan milik kita untuk simpan & bangga2. Ia adalah ilham dari Allah untuk kita sampaikan kepada orang lain. Kita ni cuma wasilah-Nya saja.

Contoh seruan dakwah yang paling indah ialah, azan. ‘Hayya ‘ala ssolah, hayya ‘alal falaah’, -marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan-. Dan ia bukannye ‘pergilah solat, pergila menuju kejayaan’. Renung-renungkan dan selamat beramal, ceduk dari Prof Izzi Haji Ali

P/S: Saya hanya copy paste dari artikel lain kerana saya merasakan ia seharusnya dikongsikan bersama..Saya tidak mempunyai hak ke atas artikel ini..Harap Maklum..TQ..

© All Right Reserved 2012
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.

Monday, January 2, 2012

Mukaddimah 2012

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi aku nafas dan segala nikmatnya padaku untuk ku terukan kehidupan sebagai Khalifah di atas muka bumi ni..Kali ni aku nak coretkan sedikit sebanyak pengalaman aku pada new year yg lalu..


Malam 31/12/2011 aku bersama sahabat2 aku keluar bersiar-siar sempena "New Year Eve" oleh kerana terlalu bosan duduk di rumah..Hehe..Pada awalnya kami lepak di Restoran Al-Ali Seksyen 13..Dari situ kami planning nak tengok ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam..Sebelum itu salah seorang daripada kami nak menonton perlawanan Manchester United pada malam tersebut..Oleh kerana suasana di restoran mamak itu tak berapa nak happening, setelah lama bertekak nk ke lokasi lain, kami pun mengambil keputusan untuk ke Canai Cafe 15 di Subang untuk menonton perlawanan tersebut di sana..Haha..


Setibanya di sana, suasana pun kureng happening sebab x ramai pelanggan gak..Tp kami still lepak di sana..Makin lama, makin ramai..Then ditambah penyokong2 Manchester United yg ramai, menggempak kan lagi suasana..Tapi malangnya perlawanan antara Manchester United vs Blackburn itu mencatatkan pasukan Manchester kecundang di tangan Blackburn 2-3..Then suasana menjadi hambar ditambah pula pada malam itu adalah birthday Sir Alex Ferguson..Kawan aku yg sorang ni pun dah xde mood dan takde idea nak pegi mana-mana sebab everywhere kitorang bleh sangkut dalam kesesakan trafik dan roadblock polis..Oleh kerana kebosanan yg tahap melampau kat situ lepak perlawanan tamat, kami pun ambil keputusan nak beredar walau ke mana jua tujuan nya.. :)


Setelah bayar segala makan minum, kami pun beredar..Puas aku mengajak ke ceramah Ustaz Azhar Idrus namun aku akhirnya terpaksa akur dengan kata2 kawan aku..Lebih 70,000 org yg datang kompem ar JAM BU giler..Huhu..So, kawan aku terus menghala ke Sunway Pyramid dengan harapan tak sesak..Namun, jangkaan kami meleset..Beberapa ratus meter sebelum Sunway dah sesak..OMG!!! Aku hanya mampu gelak je..Yg sakit, kawan aku yg drive ar..Haaha..Kereta MANUAL okeay..Hahaha..Lepas mengharungi kesesakan terbabit, kami menuju ke IKEA Damansara area The Curve Damansara..Sekali lagi kami bertembung dengan kesesakan..Kali ni lagi best..Siap bleh berhenti kat jalan berbukit lagi..Hahaha..Kalau aku kena, kompem tak lepas tu..Hahaha..Macam-macam perkara yg kami borak hingga buat kami tertawa sesama sendiri..Haha..Akhirnya kawan aku yg drive tu dah pancit dan tak larat lagi nak harung traffic jam tu lalu berhenti di tepi jalan berhampiran The Curve dan kami berjalan kaki ke sana utk melihat gelagat manusia yg menyambut tahun baru di sana.. :D


Belum sampai pun kat The Curve, kira kat area luar2 tu kami dah dapat menyaksikan budaya SAKAI manusia di sana..Bagi saya, manusia yg waras tidak mungkin akan melakukan perkara yg sedemikian..Hahaha..Kami pun teruskan perjalanan ke depan pintu masuk The Curve..OMG!!!!!! Kat situ lagi la TERAMAT SAKAI perangai mereka..Majoriti mereka2 ini tengah mabuk giler..Kat situ clubbing pun ada, siap buka lagu kuat2 and jenis goyang kepala pnya lagu..Apa lagi, layan habis la mereka..Hahaha..But ada satu scene ni kan, memang lawak giler okea..Mcm ni..Ada sorang mamat ni tapi x knal Malay or Chinesse sbb keadaan gelap, dia ni tendang2 tin yg bersepah kat depan pintu masuk Curve pastu bleh plak tergolek kat situ mcm NANGKA BUSUK plak..Hahaha..Dia sorang ok..Hahaha..Semua orang yg berada kat situ gelak giler2 dan beri sorakan BOOOOOOOO!!!! pada mamat tersebut..Hahahaha..Sungguh menggelikan hati.. :)


Pastu agak2 dah kurang JEM BU, kami pun beredar nak pulang..Dalam perjalanan kami berborak mcm2 hal berkaitan isu semasa dan mcm2 lagi dan of course kami tergelak-gelak..Hahaahha..Pastu destinasi seterusnya ke i-City Shah Alam..Sesungguhnya kawan aku yg drive ni sangat TAK SUKA pergi ke sana as the activity berkaitan dengan parti politik yg amat tidak digemari beliau..Hahaha..Tp mmber punya pasal nk cari devil horn katanya, lalu kami pun singgah gak kat i-City tu..Hahaha..Setelah puas berjalan akhirnya hampa sebab devil horn tu xde and kedai tutup..Mana tak nya kul 2 lebih pagi mana nk buka..Hahahaha..Lalu kami pun pulang ke rumah..Aku tido kat rumah sahabat baik aku yg sorang lagi tu..Hahaha..


Maka tamat lah kisah Mukaddimah pada 2012 ini..Aku akan upload gambar dan video suasana sekitar aku berjalan-jalan ni..Hehehe..Sehingga bertemu lagi..Wassalam.. :D

Pengakhiran 2011 (Part 2)

Maaf lambat masuk kan entri sambungan pengakhiran 2011 ni..Hehe..Busy skit..So skrg nak cerita sikit pengakhiran buat diri ini..

Alhamdulillah semua nya berjalan lancar dan teratur walaupun aku terpaksa mengharungi banyak dugaan dan rintangan yang penuh dengan onak berduri..Hope pada tahun baru ni perjalanan hidup aku akan lebih bermakna dan lebih ceria berbanding tahun sebelum nya Insyaallah..

Hubungan persahabatan aku dengan kawan rapat aku pun semakin baik dan bertambah baik..Buat yang sangat mengenali aku, mereka faham dan lebih arif nak menafsirkan diri aku..Walaupun aku banyak buat salah dan silap pada mereka, mereka tetap terima aku seadanya..Teguran demi teguran yang merangsang semangat aku amat aku hargai pada korang semua..Aku minta maaf sangat jika terkasar bahasa dan terlanjur bicara serta sakitkan hati korang semua..Sebenarnya takde niat nak buat semua tu..Cuma aku nak amik segala teguran korang yang membina tu menjadi perangsang utk aku mengubah diri aku daripada negatif kepada yang lebih positif..Aku minta maaf sangat2 kat korang ok..Hope korang bleh maafkan aku.. :')

Pada kaum kerabat di universiti, tak banyak aku nak cakap..Cuma pada kawan2 yg aku dah terkasar bahasa terlanjur bicara, hope korang bleh maafkan aku..Biasa la sume orang ada time dia happening giler dan ada time dia moody giler..Adat la tu..Jangan nk kecik ati sangat ok..Cool saje..Sekali lagi aku minta maaf..Hope korang bleh maafkan aku.. :')

Maka, berakhirlah kisah hidup aku pada 2011..Nantikan kisah kehidupan aku pada 2012..Hehe..Kbye.. :D