Saturday, February 25, 2012

My Passion

Assalamualaikum..

Apa khabar semua para pembaca? Haha..Aku harap korang berada dalam keadaan sihat hendaknya..Aku kat sini Alhamdulillah sihat dan badan pun semakin sihat..Haha..

Entry kali ni aku nak kasi tau yang aku sekarang ni dalam proses nak jadikan impian aku menjadi kenyataan..Korang mesti tertanya tanya apa impian aku sebenarnya kan..Dari dulu Dekmi asyik la dok sebut-sebut nak jadikan impian dia jadi kenyataan..Impian aku adalah aku nak jadi melibatkan diri dalam industri seni lakonan dan pengarahan filem..Yeah, bunyi macam poyo giler..Tapi itulah hakikat nya..Aku memang minat berlakon dari kecik..Cuma tak pernah menonjolkan diri sangat..Dari kecil aku bnyk involve kan diri dalam bidang lakonan teater kat skolah..Then kat sekola menengah pun ada la juga pengalaman sikit berlakon..Dulu aku ada buat entri pasal lakonan aku..Haaa pegi check balik drama apa..Haha..Btw, drama tu pun dah xde kat youtube..Haha..Hampeh tol diorang ni pegi padam pulak..Haha..

So, dalam rangka kerja nak merealisasikan impian aku ni kan..Aku dah pun mula menjalankan sesi penulisan skrip bersama sahabat baik aku yang sangat minat dalam pengarahan filem serta mempunyai banyak idea2 kreatif dalam pembikinan filem ni..Ia masih lagi dalam proses penulisan dan belum siap sepenuhnya..Ia dijangka siap pada minggu hadapan Insyaallah jika tiada aral melintang..Pada masa yang sama sahabat aku buat storyboard untuk cerita ini..Tema untuk first shortfilm aku ni adalah kisah persahabatan..Konsep nya pulak macam konsep reality show..Sukar nak explain tapi kalau korang tgk cerita Chronicle baru2 ni korang akan tau la..Konsep je, graphic takde ar mcm tu..In fact cerita ni pun xpakai graphic sgt..So nk tau mcm mana citer nya, tgk je nanti bila ia bakal keluar ok..Haha..Shooting dijangka dalam masa 2 atau 3 minggu lagi..Aku buat semua simple2 je untuk permulaan..Gunakan apa yang ada dulu..Haha..

Para pelakon buat masa ni aku minta khidmat kawan2 dan saudara2 terdekat je dulu sebab apa yang aku buat ni pun free je..Kalau nak guna khidmat orang lain mesti mau bayar maaa..Mana ada yang free dalam dunia ni..Haha..Selain tu equipment pun aku pinjam2 je kat orang dlu dan gunakan mana yang ada..Senang cakap aku x guna budget yang banyak dalam first short film aku ni..Sape2 yang bermurah hati nak bantu boleh la PM aku..Haha..Para pelakon nanti aku dgn mmber aku akan ajar macam mana nak melakonkan watak2 yang aku dengan sahabat aku dah reka tu..Aku turut berlakon dalam cerita tu nanti dan aku tgk karakter aku sendiri pun aku tergelak..Ntah mampu ke tak aku nak lakonkan watak tu..Hahahaha..Tapi aku yakin dengan sedikit pengalaman yang ada ni aku boleh improve kat dalam shortfilm aku tu nanti..So, bila dah ditayangkan aku amat memerlukan komentar2 yang membina daripada korang semua ok..Haha..

So, setakat ni je aku boleh nukilkan buat awal pagi ni..Aku tak boleh bagitau semua nanti kantoi..Hahaha..So, sehingga bertemu lagi di lain entri..Wassalam.. :)

Monday, February 20, 2012

Pengakuan Ikhlas Dari Hati Yang Tidak Terungkap Dengan Kata-Kata



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Lama dah x update blog ni..Sorry sangat2 sebab tak berkesempatan nak update..Haha..Update Facebook memang selalu tapi nak update blog, memang payah..Tak pandai nak menyusun ayat dan tak tau nak borak topik apa..Haha..So untuk entry kali ni aku nak citer pasal kesilapan-kesilapan yang aku dah lakukan pada orang-orang di sekeliling aku..




Pertama-tama sekali aku banyak buat salah dengan Allah..Aku dah banyak melakukan dosa terhadap-Nya..Kata alim ulama Allah sentiasa memaafkan umatnya yang bertaubat nasuha dan meninggalkan segala perbuatan jahatnya..Aku, mungkin belum masanya nak bertaubat nasuha..Tapi aku sentiasa berdoa pada Allah agar pintu hati aku terbuka untuk aku taubat nasuha dan tinggalkan segala perbuatan jahat aku di masa lampau..Innamal A'malu Binniyat..Apa yang aku lakukan, biarlah menjadi rahsia antara aku dengan Allah..Hanya Allah yang berhak ke atas diri aku..




Keduanya, aku banyak buat salah pada ibu dan bapa aku..Dari kecil aku dididik dengan agama yang cukup, dengan penuh kasih sayang, dan dengan penuh sopan santun serta disiplin yang tinggi..Namun semakin aku membesar, aku banyak melawan cakap diorang..Paling sadis aku banyak menipu mereka demi kepentingan dan kepuasan aku sendiri yang selama ni x pernah aku kecapi..Demi keseronokan duniawi aku sanggup menipu mereka..Kadang-kadang mereka menangis kerana mengenangkan sikap aku yang jahat ni..Aku sedar semua itu tapi aku hanya mampu meminta maaf dan berdoa agar ibu dan bapa aku memaafkan dosa aku..Segala yang mereka ajarkan pada aku semuanya perkara yang betul..Aku je yang xnk ikut cakap diorang..Aku nak ada pengalaman mcm orang lain..Sbb dalam hidup sekarang ni penuh dengan kejahatan dan kekejaman..Dulu aku jadi baik aku selalu kena pijak..Kena kutuk kena hina dah jadi makanan harian aku kat sekolah..Tengok dlu aku membesar, sape je lelaki yang aku campur selain bapa aku sendiri..Aku lelaki, aku tak boleh lemah..Aku buat ni semua sebab aku nak cabar diri aku jadi anak jantan yang berani..Sebab di akhir nya nanti aku hidup sendiri, bukan selamanya hidup dgn ibu bapa aku..Macam mana aku nak jaga keluarga kalau aku x kuat semangat..Aku nak luahkan pada ibu bapa aku tapi aku x berani sbb dari dulu memang aku fobia dgn mereka..Yang kenal sangat dengan aku akan tau kenapa aku fobia dengan parents aku..Kalau la diorang tau ni..Hurmmm..Kalau la diorang terbaca ke ape ke aku nak minta maaf sangat2 ikhlas dari hati aku..Semua yang aku buat xde niat nak kecewakan mereka berdua..Aku buat ni semua sebab aku nak jadikan diri aku anak jantan yang boleh diharap..Aku tau perbuatan ni bodoh bagi orang, tapi setiap orang ada cara mereka yang berbeza..Bak kata omputih everyone got their own style..




Pada guru-guru dan lecturer pun aku banyak la buat salah..Kerja tak buat, kelas x masuk, tu antara perkara biasa yang aku buat sejak akhir2 ni..Alasan aku masalah kewangan..Ya, memang benar aku mengalami krisis kewangan yang kritikal..Hal ni berlaku sebab aku FAIL dalam subjek then aku fobia nak kasitau kat parents aku..Then of course parents aku tak tau yang aku kena bayar untuk installment FAIL tu kan..Aku pulak tak bekerja, so mana nak datang duit kan? Then baru2 ni pulak baru kawan aku ada cakap ada cara untuk settlekan masalah aku ni..Tapi aku dapat jangka kan yang ia nya semua sudah terlambat..Insyaallah jika aku xde aral melintang, aku akan stop dari MSU ni..Mungkin orang cakap rugi..Yes, memang rugi tapi aku kena ada iltizam dan usaha yang gigih untuk bayar balik segala-galanya yang telah aku sia-siakan..Apa pun, aku nak minta maaf sangat2 pada semua guru-guru dan lecturer..




Pada kawan-kawan semua memang tak payah nak cakap la..Banyak dah kot salah silap aku kat korang..Newsfeed korang sentiasa penuh dgn status-status aku je kan..Pastu aku suka cakap besar kan..Sape tak kenal Dekmi kan..Budak yang paling bermasalah baik di kampus mahupun di luar kampus..Ya, aku memang banyak masalah yang masih belum settle dan terbeban kat dalam pemikiran aku..Mungkin bagi korang orang lain pun ada masalah tapi xde la jadi macam aku..Aku hanya mampu cakap manusia lain-lain, masalah lain-lain..Aku tau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian..Tapi aku perlukan masa untuk aku perbaiki semua kesilapan aku..Pada yang aku buat dajjal kat motor dia tu aku minta maaf kat kau..Aku buat sebab aku tertipu dengan madah berhelah perempuan yang kau dah peluk cium sume tu kan..Dia cakap x suka and x cinta kat kau dan semua lelaki tapi akhirnya dia kapel dgn kau jugak..Aku dah anggap dia mcm adik aku sendiri, sbb tu aku jaga dia mcm mana aku jaga adik aku..Kalau aku tau dari awal dia nk buat taik dgn aku, kita mmg dah jadi member bro..X payah la kau nak libatkan budak2 kau nak cari aku la nak tibai aku la ape la..Kau juga yang cakap kau nak berdepan dengan mak bapak aku..Sekarang ape cerita? Hurmmm malas aku nak cakap apa kat kau..Suka hati kau lah..I'll go with the flow..Pada rakan group projek multimedia aku, aku nak minta maaf sangat2 kat kau..Tak berniat nak buat kau marah giler vavi kat aku..Phone aku pnya problem mmg la sangat kritikal..X sampai beberapa minit betri dah habis walaupun aku x guna..Aku balik Johor pun x sempat nak contact kau sbb kenduri la itu la ini la..Facebook mmg xlah aku nk on kat kampung..Internet pun takde..Aku pun dah explain kat kau..Terpulang pada kau nk percaya ke tak..Hope ko dapat maafkan aku..Aku faham perasaan kau sebab aku pun pernah alami jugak benda tu..Pada ex kawan baik aku dulu yg perempuan tu, aku minta maaf sebab aku marah kau..Aku xde niat nak susahkan kau apa-apa pun..Lepas ni pun kau dah tak jumpa aku dah..Aku tau kau gembira yang teramat dengar aku cakap camni kan..Aku tau masalah kita hampir sama dan maybe kau rasa kau lagi teruk..Tapi kau tak berada di tempat aku..Kau tak akan pernah rasa apa yang aku rasa..Beruntung kau ada abang, ada kakak..Walaupun di mata kau nampak mcm mereka x sayang kau, tapi diorang darah daging kau..Diorang akan tetap sayang kau dan tetap ambil berat pasal kau..Sama juga kasih sayang mak ayah kau pada kau..Hargai mereka selagi hayat mereka masih ada..Seolah-olah kau ada GPS untuk pandu kau ke arah yang betul..Tapi aku, walaupun aku ada mak dan ayah aku utk sara aku dan bimbing aku tapi kehidupan aku jauh berbeza daripada kau..Pada kawan-kawan yang lain pun aku mohon maaf sangat2 dgn korang..Hope korang dapat maafkan aku..




Pada Brotherhood 88 or Adik Beradik Majlis Cenderawasih Merah terutama kepada Ayahanda, Abg Long, Kak Long, Abg Ngah, Kak Ngah, Abg2, Kakak2, dan Adik2 sekalian, sape2 yang kenal saya Dekmi Phoenix dan tahu asal usul serta cerita saya, saya nak minta maaf kerana telah memalukan kalian semua...Oleh sebab itu, saya akan tidur untuk sementara waktu sehingga masa yang memerlukan untuk saya bangun...Saya tau saya dah buat kerja paling bodoh dalam dunia dan memalukan kalian semua...Saya minta maaf sangat-sangat atas hal itu dan pastikan ia tidak akan berulang lagi di masa hadapan...




Rasanya cukup setakat ni..Kalau ada lagi yang aku nak minta maaf, PM je aku..Selagi aku boleh bernafas ni aku akan minta maaf kat korang yang mana aku pernah buat salah dulu..Selama ni aku cuba puaskan hati semua orang di sekeliling aku..Sebab semua menaruh harapan yang tinggi terhadap aku..Aku nak jadi yang terbaik di depan mereka..Tapi aku x boleh..Sebab aku bukan seperti yang diharapkan..Sampai aku lupa tentang diri aku..Aku lupa siapa aku..Aku alpa siapa ciptkan aku dan mengapa aku diciptakan di atas muka bumi ini..Ni adalah entry pengakuan berani mati aku dan dari hati aku yang tulus dan ikhlas..Aku tau orang pasti cakap aku itu dan ini..Terpulang lah pada mereka..Aku kini sedang dalam perjalanan mencari sinar Ilahi dan ingin kembali ke pangkal jalan..Aku ingin perbetulkan segala kesilapan aku yang telah aku lakukan..Tatkala aku menaip setiap bait-bait kata dalam entry kali ini, air mata aku setitik demi setitik menitis membasahi pipi..Mengenangkan dosa yang telah banyak aku lakukan selama ini..Aku malu nak buat entry macam ni sebab aku tau orang mesti pandang rendah dan pandang serong kat aku..Dekmi ni jahat rupanya..Dekmi ni itu ini..Tapi aku x kisah semua tu, sebab aku tau dalam berkawan kita kena ikhlas..Biar orang tau mcm mana kita ni baik zahir mahupn batin..Tegur lah aku andai aku tersalah langkah..Bimbing lah aku anda aku tersesat jalan..Agar aku tidak melencong ke tujuan sebenar kehidupan ini..Teguran yang membina akan aku jadikan landasan ke arah kebaikan hidup aku..Aku rasa tak tenang selagi aku x luahkan perkara-perkara ni semua..Bertambah plak aku x tenang kalo korang tak dapat maafkan aku..Apa pun sekali lagi aku minta maaf pada kalian semua atas segala salah silap yang aku lakukan..Aku dah cuba jadi yang terbaik dan sempurna untuk korang semua tapi aku tak berdaya kerana aku hanya insan biasa..Terima kasih kepada semua yang telah mendidik, membimbing, menasihati dan memberi kata-kata semangat yang tak henti-henti agar aku dapat meneruskan kehidupan..Aku amat menghargainya, TERIMA KASIH..

Sunday, February 5, 2012

Kenapa Pendekatan Dakwah Menemui Kegagalan

Bila cite bab dakwah..teringat blog ni..
Saya tertarik dengan penulisan M-I-O yang bertajuk ‘Kenapa pendekatan dakwah menemui kegagalan’. Antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei (pendakwah) dengan mad’u (objek dakwah). Dan ada perenggan yang menyebut:

Zaman saya belajar dahulu, kawan yang berjubah kerapkali geleng kepala tengok kelibat kawan yang tak cukup kain. Kawan yang tak cukup kain pula selalunya angkat kening lihat kelibat kawan yang berjubah.

Dakwah asalanya dari perkataan Arab da’a yang bermaksud seru, atau ajak, atau panggil. Saya ni belajar Arab tak habis so tak boleh la nak hurai panjang2 tentang maksud perkataan tu dari segi bahasanya. Tapi dakwah tu adalah satu perkataan yang mendalam maknanya.

Dakwah itu bukan dengan pergi ke dalam kalangan orang berbaju ketat nampak tuuutttt dan berkata “Wahai wanita, tutuplah auratmu jika tidak mahu dimasukkan ke dalam api neraka”. Itu adalah ‘pengumuman’ atau ‘pemberitahuan’. Sesuai dengan maknanya, method dakwah lebih kepada MENGAJAK. Pendakwah ialah mereka yang mengajak orang lain untuk sama2 berbuat kebaikan.

Kerana itu Allah nukilkan dalam Kitab Suci:
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” – (Surah As-Saff: 2-3)

Selain dari membawa mesej supaya ‘cakap serupa bikin’ ia adalah supaya kita sama2 mengajak orang lain untuk bersama2 melakukan perkara yang dituntut dan disukai Allah.

Pemakai pakaian dakwah (biasanya orang refer jubah & tudung labuh ni sebagai ‘pendakwah’) yang memandang jelek pada golongan yang kontra dengan mereka, adakah layak dipanggil pendakwah? Title pendakwah itu bukan dilihat pada pakaiannya. Labuhnya jubah, labuhnya tudung, bukanlah tanda labuhnya iman.

Dakwah itu adalah tugas setiap orang, kerana manusia adalah makhluk yang bodoh dan sombong, yang mana dulunya sanggup menerima jawatan khalifah di muka bumi, setelah malaikat pun menolak jawatan itu. Nah, tengok hari ni, siapa yang jadi khalifah bila anak kecil dibunuh dan disakiti, ibu bapa diherdik dan dibuang di tepi jalan, rumah tangga tunggang terbalik, etc.

Sabda Rasulullah SAW “Balaghu ‘anni wa lau ayah” – sampaikan dariku walau satu ayat. Itu adalah untuk semua, bukan untuk golongan bertudung labuh, berserban atau berjubah.

Pakaian, walau setebal mana selabuh mana, bukan ukuran untuk menjadi benteng api neraka, sekiranya pakaian taqwa tidak ada.

“Dan pakaian yang taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Al-A’raaf: 26)

Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang melabuhkan kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya di hari akhirat” (HR BUkhari & Muslim)

Pakaila apa pun, tudung ariani, tudung bawal, tudung ekin, tudung saji, tudung periuk ke, asalkan niat adalah untuk menutup aurat demi memenuhi tuntutan agama, lillahi taala. Pakai tudung kalau nak suruh orang nampak kita baik, besok2 pegila tuntut pahala/syafaat dengan orang tu.

Berbalik kepada soal dakwah, dakwah is not as simple as memberi peringatan kepada golongan yang kontra supaya mengikut saluran yang betul dan bengang bila mereka tak ikut cakap. Ada tahapan-tahapan dan prosedur2nya.


Dakwah adalah sesuatu yang bersistem, dan berperingkat, bukan main boooh aje. Ada beberapa tahapan atau marhalah. untuk menjamin keberkesanan dakwah Marhalah yang pertama dan terpenting adalah taaruf, atau pengenalan. Nak berdakwah mestila orang kena kenal dengan kita. Sebab dakwah itu bukan suruh, tapi ajak. Macamana nak ajak orang kalau orang tak kenal, kan?

Dan taaruf di sini, bukan sekadar kenal nama sapa, duduk mana je, tapi kenal sebagai kawan. Kata kuncinya, golongan jubah mesti berkawan dengan golongan tak cukup kain (dotdot). Tapi syaratnya golongan jubah haruslah kuat semangat dan niat semata2 kerana Allah untuk mengajak orang, bukannye nanti dia pulak yang terjebak. Apa kes plak tuhhh.

Bila dah kenal, dah kawan, dah ambil berat, dah sayang… mestila golongan jubah ni tak sanggup tengok kawan dia terus di dalam keadaan yang dimurkai Allah. Haruslah dia nak kawan dia pun sama2 masuk syurga dengan dia. Maka sampaila ke marhalah ke dua yakni pembangunan iman. Bukannya bagi ceramah 15 minit tentang keimanan, tak.. tapi dari segi perbuatan dan perbualan yang secara indirect menyentuh pada soal2 keimanan.

Contohnya, bila keluar ke bandar bersama, masuk waktu solat, si jubah berkata kepada si dotdot “Alamak dah masuk waktulah, jom cari masjid. Aku takutlah lambat2kan solat nanti Allah masukkan kita dalam golongan yang lalai. Taknak aku masuk neraka.. aku takuttt, api neraka tu panasss sangat. Panas api kat dunia ni pun aku dah tak tahan!” See, si Jubah takde pun suruh si DotDot pegi solat ke, tapi ada daya mengajak di situ. Yang si dotdot nak ikut ke taknak ke tu bukan soal dia. Memang take time tapi itu la strategi namanya.

Lepas tu, bila dalam hati si DotDot dh terserap dengan cara hidup si Jubah yang penuh dengan amal soleh, maka tugas si jubah seterusnya ialah dengan membantu si DotDot menyelesaikan urusan agamanya. Maksudnya, kalau selama ni si DotDot hidup begelumang maksiat, bantu dia supaya jauhkan maksiat tu. Cuba ajak dia join usrah ke ceramah ke daripada pergi berjoget kat kelab. Mungkin hari ni dia taknak, tapi Allah itu Maha Mengetahui.

Apa yang penting.. kerjaaasamaaa! Hehe, apa yang penting ialah si daei mesti berakhlak mulia dan tunjukkan contoh yang baik kepada mad’u. Akhlak mulia tu bukannya kena duduk masjid 20 jam sehari, mengaji 10 kali khatam sehari, tapi berhubung dengan manusia dengan hubungan yang baik. Bila jumpa DotDot and the gang, melemparkan senyum, bukan geleng kepala.

Daei yang sebenar berdakwah untuk agama, bukan untuk dirinya. Dia tahu dia juga akan dihisab nanti. Dia pun tahu, dia tak semestinya terlepas dari seksa api neraka. Jadi, apa yang dilakukan adalah atas dasar memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam, bukan nak tunjuk best kat orang. Mentang2 la pakai jubah tudung labuh nak orang hormat as solehah, whateverlah. Tidak tidak.. seorang daei takde perangai macam tu.

Saya bersetuju dengan pendapat M-I-O yang menyatakan bahawa gagalnya dakwah kerana tiada kepersamaan antara pendakwah dan objek dakwah. Tapi sebenarnya, sebenar2nya, si pendakwah yang disebut itu bukanlah pendakwah yang sebenarnya. Tak layak dipanggil pendakwah kalau secara langsung atau tak langsung, mencaci orang lain, dan makin membuatkan orang lain jauh dari apa yang nak disampaikan. Mereka inilah golongan pemfitnah agama, yang membuatkan orang memandang serong kepada agama Islam.

Kalau kita lihat pendakwah2 terkenal, mahupun pendakwah2 kecil2an, mereka ni adalah orang2 yang ramah, yang mengambil berat, yang ramai kawan, yang berfikiran terbuka, yang universal, etc. Itulah pendakwah sebenarnya, si pengajak kepada kebenaran agama Islam.

Sekarang ni, dengan adanya teknologi internet ntah ape kebenda, wasilah dakwah tu menjadi lebih mudah lagi. Tulis blog pun boleh berdakwah. Dakwah ikut pengetahuan masing2 lah. Kalau pandai pasal parenting, dakwahla pasal parenting. Ilmu kita ni, bukan milik kita untuk simpan & bangga2. Ia adalah ilham dari Allah untuk kita sampaikan kepada orang lain. Kita ni cuma wasilah-Nya saja.

Contoh seruan dakwah yang paling indah ialah, azan. ‘Hayya ‘ala ssolah, hayya ‘alal falaah’, -marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan-. Dan ia bukannye ‘pergilah solat, pergila menuju kejayaan’. Renung-renungkan dan selamat beramal, ceduk dari Prof Izzi Haji Ali

P/S: Saya hanya copy paste dari artikel lain kerana saya merasakan ia seharusnya dikongsikan bersama..Saya tidak mempunyai hak ke atas artikel ini..Harap Maklum..TQ..

© All Right Reserved 2012
Segala penulisan dalam blog ini tidak boleh dicetak mahupun disalin semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak penulis terlebih dahulu. Kerjasama anda amat saya hargai. Terima Kasih.