Monday, February 20, 2012

Pengakuan Ikhlas Dari Hati Yang Tidak Terungkap Dengan Kata-Kata



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Lama dah x update blog ni..Sorry sangat2 sebab tak berkesempatan nak update..Haha..Update Facebook memang selalu tapi nak update blog, memang payah..Tak pandai nak menyusun ayat dan tak tau nak borak topik apa..Haha..So untuk entry kali ni aku nak citer pasal kesilapan-kesilapan yang aku dah lakukan pada orang-orang di sekeliling aku..




Pertama-tama sekali aku banyak buat salah dengan Allah..Aku dah banyak melakukan dosa terhadap-Nya..Kata alim ulama Allah sentiasa memaafkan umatnya yang bertaubat nasuha dan meninggalkan segala perbuatan jahatnya..Aku, mungkin belum masanya nak bertaubat nasuha..Tapi aku sentiasa berdoa pada Allah agar pintu hati aku terbuka untuk aku taubat nasuha dan tinggalkan segala perbuatan jahat aku di masa lampau..Innamal A'malu Binniyat..Apa yang aku lakukan, biarlah menjadi rahsia antara aku dengan Allah..Hanya Allah yang berhak ke atas diri aku..




Keduanya, aku banyak buat salah pada ibu dan bapa aku..Dari kecil aku dididik dengan agama yang cukup, dengan penuh kasih sayang, dan dengan penuh sopan santun serta disiplin yang tinggi..Namun semakin aku membesar, aku banyak melawan cakap diorang..Paling sadis aku banyak menipu mereka demi kepentingan dan kepuasan aku sendiri yang selama ni x pernah aku kecapi..Demi keseronokan duniawi aku sanggup menipu mereka..Kadang-kadang mereka menangis kerana mengenangkan sikap aku yang jahat ni..Aku sedar semua itu tapi aku hanya mampu meminta maaf dan berdoa agar ibu dan bapa aku memaafkan dosa aku..Segala yang mereka ajarkan pada aku semuanya perkara yang betul..Aku je yang xnk ikut cakap diorang..Aku nak ada pengalaman mcm orang lain..Sbb dalam hidup sekarang ni penuh dengan kejahatan dan kekejaman..Dulu aku jadi baik aku selalu kena pijak..Kena kutuk kena hina dah jadi makanan harian aku kat sekolah..Tengok dlu aku membesar, sape je lelaki yang aku campur selain bapa aku sendiri..Aku lelaki, aku tak boleh lemah..Aku buat ni semua sebab aku nak cabar diri aku jadi anak jantan yang berani..Sebab di akhir nya nanti aku hidup sendiri, bukan selamanya hidup dgn ibu bapa aku..Macam mana aku nak jaga keluarga kalau aku x kuat semangat..Aku nak luahkan pada ibu bapa aku tapi aku x berani sbb dari dulu memang aku fobia dgn mereka..Yang kenal sangat dengan aku akan tau kenapa aku fobia dengan parents aku..Kalau la diorang tau ni..Hurmmm..Kalau la diorang terbaca ke ape ke aku nak minta maaf sangat2 ikhlas dari hati aku..Semua yang aku buat xde niat nak kecewakan mereka berdua..Aku buat ni semua sebab aku nak jadikan diri aku anak jantan yang boleh diharap..Aku tau perbuatan ni bodoh bagi orang, tapi setiap orang ada cara mereka yang berbeza..Bak kata omputih everyone got their own style..




Pada guru-guru dan lecturer pun aku banyak la buat salah..Kerja tak buat, kelas x masuk, tu antara perkara biasa yang aku buat sejak akhir2 ni..Alasan aku masalah kewangan..Ya, memang benar aku mengalami krisis kewangan yang kritikal..Hal ni berlaku sebab aku FAIL dalam subjek then aku fobia nak kasitau kat parents aku..Then of course parents aku tak tau yang aku kena bayar untuk installment FAIL tu kan..Aku pulak tak bekerja, so mana nak datang duit kan? Then baru2 ni pulak baru kawan aku ada cakap ada cara untuk settlekan masalah aku ni..Tapi aku dapat jangka kan yang ia nya semua sudah terlambat..Insyaallah jika aku xde aral melintang, aku akan stop dari MSU ni..Mungkin orang cakap rugi..Yes, memang rugi tapi aku kena ada iltizam dan usaha yang gigih untuk bayar balik segala-galanya yang telah aku sia-siakan..Apa pun, aku nak minta maaf sangat2 pada semua guru-guru dan lecturer..




Pada kawan-kawan semua memang tak payah nak cakap la..Banyak dah kot salah silap aku kat korang..Newsfeed korang sentiasa penuh dgn status-status aku je kan..Pastu aku suka cakap besar kan..Sape tak kenal Dekmi kan..Budak yang paling bermasalah baik di kampus mahupun di luar kampus..Ya, aku memang banyak masalah yang masih belum settle dan terbeban kat dalam pemikiran aku..Mungkin bagi korang orang lain pun ada masalah tapi xde la jadi macam aku..Aku hanya mampu cakap manusia lain-lain, masalah lain-lain..Aku tau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian..Tapi aku perlukan masa untuk aku perbaiki semua kesilapan aku..Pada yang aku buat dajjal kat motor dia tu aku minta maaf kat kau..Aku buat sebab aku tertipu dengan madah berhelah perempuan yang kau dah peluk cium sume tu kan..Dia cakap x suka and x cinta kat kau dan semua lelaki tapi akhirnya dia kapel dgn kau jugak..Aku dah anggap dia mcm adik aku sendiri, sbb tu aku jaga dia mcm mana aku jaga adik aku..Kalau aku tau dari awal dia nk buat taik dgn aku, kita mmg dah jadi member bro..X payah la kau nak libatkan budak2 kau nak cari aku la nak tibai aku la ape la..Kau juga yang cakap kau nak berdepan dengan mak bapak aku..Sekarang ape cerita? Hurmmm malas aku nak cakap apa kat kau..Suka hati kau lah..I'll go with the flow..Pada rakan group projek multimedia aku, aku nak minta maaf sangat2 kat kau..Tak berniat nak buat kau marah giler vavi kat aku..Phone aku pnya problem mmg la sangat kritikal..X sampai beberapa minit betri dah habis walaupun aku x guna..Aku balik Johor pun x sempat nak contact kau sbb kenduri la itu la ini la..Facebook mmg xlah aku nk on kat kampung..Internet pun takde..Aku pun dah explain kat kau..Terpulang pada kau nk percaya ke tak..Hope ko dapat maafkan aku..Aku faham perasaan kau sebab aku pun pernah alami jugak benda tu..Pada ex kawan baik aku dulu yg perempuan tu, aku minta maaf sebab aku marah kau..Aku xde niat nak susahkan kau apa-apa pun..Lepas ni pun kau dah tak jumpa aku dah..Aku tau kau gembira yang teramat dengar aku cakap camni kan..Aku tau masalah kita hampir sama dan maybe kau rasa kau lagi teruk..Tapi kau tak berada di tempat aku..Kau tak akan pernah rasa apa yang aku rasa..Beruntung kau ada abang, ada kakak..Walaupun di mata kau nampak mcm mereka x sayang kau, tapi diorang darah daging kau..Diorang akan tetap sayang kau dan tetap ambil berat pasal kau..Sama juga kasih sayang mak ayah kau pada kau..Hargai mereka selagi hayat mereka masih ada..Seolah-olah kau ada GPS untuk pandu kau ke arah yang betul..Tapi aku, walaupun aku ada mak dan ayah aku utk sara aku dan bimbing aku tapi kehidupan aku jauh berbeza daripada kau..Pada kawan-kawan yang lain pun aku mohon maaf sangat2 dgn korang..Hope korang dapat maafkan aku..




Pada Brotherhood 88 or Adik Beradik Majlis Cenderawasih Merah terutama kepada Ayahanda, Abg Long, Kak Long, Abg Ngah, Kak Ngah, Abg2, Kakak2, dan Adik2 sekalian, sape2 yang kenal saya Dekmi Phoenix dan tahu asal usul serta cerita saya, saya nak minta maaf kerana telah memalukan kalian semua...Oleh sebab itu, saya akan tidur untuk sementara waktu sehingga masa yang memerlukan untuk saya bangun...Saya tau saya dah buat kerja paling bodoh dalam dunia dan memalukan kalian semua...Saya minta maaf sangat-sangat atas hal itu dan pastikan ia tidak akan berulang lagi di masa hadapan...




Rasanya cukup setakat ni..Kalau ada lagi yang aku nak minta maaf, PM je aku..Selagi aku boleh bernafas ni aku akan minta maaf kat korang yang mana aku pernah buat salah dulu..Selama ni aku cuba puaskan hati semua orang di sekeliling aku..Sebab semua menaruh harapan yang tinggi terhadap aku..Aku nak jadi yang terbaik di depan mereka..Tapi aku x boleh..Sebab aku bukan seperti yang diharapkan..Sampai aku lupa tentang diri aku..Aku lupa siapa aku..Aku alpa siapa ciptkan aku dan mengapa aku diciptakan di atas muka bumi ini..Ni adalah entry pengakuan berani mati aku dan dari hati aku yang tulus dan ikhlas..Aku tau orang pasti cakap aku itu dan ini..Terpulang lah pada mereka..Aku kini sedang dalam perjalanan mencari sinar Ilahi dan ingin kembali ke pangkal jalan..Aku ingin perbetulkan segala kesilapan aku yang telah aku lakukan..Tatkala aku menaip setiap bait-bait kata dalam entry kali ini, air mata aku setitik demi setitik menitis membasahi pipi..Mengenangkan dosa yang telah banyak aku lakukan selama ini..Aku malu nak buat entry macam ni sebab aku tau orang mesti pandang rendah dan pandang serong kat aku..Dekmi ni jahat rupanya..Dekmi ni itu ini..Tapi aku x kisah semua tu, sebab aku tau dalam berkawan kita kena ikhlas..Biar orang tau mcm mana kita ni baik zahir mahupn batin..Tegur lah aku andai aku tersalah langkah..Bimbing lah aku anda aku tersesat jalan..Agar aku tidak melencong ke tujuan sebenar kehidupan ini..Teguran yang membina akan aku jadikan landasan ke arah kebaikan hidup aku..Aku rasa tak tenang selagi aku x luahkan perkara-perkara ni semua..Bertambah plak aku x tenang kalo korang tak dapat maafkan aku..Apa pun sekali lagi aku minta maaf pada kalian semua atas segala salah silap yang aku lakukan..Aku dah cuba jadi yang terbaik dan sempurna untuk korang semua tapi aku tak berdaya kerana aku hanya insan biasa..Terima kasih kepada semua yang telah mendidik, membimbing, menasihati dan memberi kata-kata semangat yang tak henti-henti agar aku dapat meneruskan kehidupan..Aku amat menghargainya, TERIMA KASIH..

0 ulasan: