Friday, September 14, 2012

Jangan Derhaka Pada Ibu & Bapa

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar korang semua para pembaca blog sekalian? Hope berada dalam keadaan sihat InsyaAllah..Aku seperti biasa Alhamdulillah setakat ni sihat..Syukur Alhamdulillah kali ni aku dapat sekali lagi update blog aku yang dah berhabuk ni..Hope korang enjoy membacanya..Lagi satu, kalau ada apa yang kurang ataupun cara penulisan aku yang perlu diubah bagi korang lagi berminat nak baca, bleh la komen kat blog ni eh tak pun email kat aku ke dekmi88@gmail.com.. :)

Nukilan kali ni aku nak cerita pasal life aku sepanjang aku menghilang..Hehe..OK untuk pengetahuan korang semua, impian yang aku nak realisasikan tu belum tercapai lagi disebabkan oleh kesibukan aku dan pelbagai lagi masalah yang perlu aku tempuh dalam life ni..Memang, kalo cakap pasal masalah semua umat manusia ada masalah..Tapi masalah masing2 tak sama kan? Hehe..So, disebab kan itu aku tangguhkan dan mungkin selepas ini akan melupakan impian aku tu untuk seketika demi mencapai kejayaan yang lebih terjamin dalam hidup aku..

Sepanjang life aku setelah berhenti daripada MSU or student life, aku banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan area rumah aku..Time tu aku pegi sana sini cari job, interview merata rata, dan ternyata susah gak nak cari kerja ni melainkan kita ada pengalaman dan kelulusan dalam bidang kerja yang ditawarkan..Cari punya cari aku dapat gak kerja sebagai promoter Machines..Bagi yang tak tau Machines tu apa, Machines adalah Apple Premium Reseller maksudnya wakil penjual utama produk dari keluaran brand Apple Inc..Kerja aku kat situ pun secara kontrak dan aku kerja pun tak lama..Nak kata susah, takde la susah mana pun kerja tu, tapi bagi aku nak menghafal benda2 alah tu sume bikin kepala aku pusing je so aku decide nak stop tapi tak bagitau manager pun..Aku budak art, mana penah ikut rules..Haha..Aku la yang selalu break the rules dan buat benda sume ikut suka hati aku je semampu aku..Haha..So, time aku accident aritu aku dapat tau bahawa mereka telah pun tamatkan kontrak aku sebelum sampai waktunya..Lagipun aku memang akui yang aku banyak buat hal kat situ sebab maybe aku dah fed up kot dgn orang2 kat situ..Huhu..Ok cukup setakat ni pasal job.. :)

So, bermula dari situ banyak gak la aku cari lagi job job yang ada tapi semua jauh2 dan di luar kemampuan aku..Al maklum lah, dlu masa study sume ditanggung..Pastu dah mula keja, sendiri cari makan ar..Haha..Tapi aku kan boros orangnya..So, tak sempat sampai bulan berikutnya duit dah licin..Haha..Memang lepas ni aku kena belajar manage gaji aku..Haha..Then dari situ bermula la hidup aku sebagai penganggur terhormat..Keja aku malam berjaga, siang tidur..Haha..Dah macam apa je aku ni, tak terurus..Malam tu selalunya aku akan ke mamak Sri Melur Jaya Setia Alam untuk online..Kalau tak pun aku akan ke Meru 3 untuk melepak dengan kawan kawan aku..Kalau ada member baru dapat gaji or ada duit lebih sikit memang Karaoke je lah keja nya kat Klang Central sampai pusat karaoke tu tutup sampai lebam..Haha..Kat Meru 3 tu selalu aku dengan member aku akan melalak dengan gitar..Dari situ kawan aku ni banyak dapat ilham nak compose lagu..Liriknya pulak aku boleh dikatakan sumbang tak sampai 1% pun dalam lirik2 tu..Haha..So, aku hanya bagi sumbangan dengan menyanyikan lagu beliau..Kenapa aku? Haaa..Dalam ramai ramai yang melepak tu aku dengan dia ni je yang mempunyai minat yang sama dan boleh dikatakan satu kepala gak la ada chemistry dalam bidang muzik..Kira orang2 seni la..Yang lain diorang ada minat2 yang tersendiri so macam tak berminat la nak join apa yang kitorang buat ni..Tapi setiap lagu yang dia compose sebenarnya dia ada impian dia siapa yang boleh menyanyikan lagu tu dan apa yang dia nak dalam lagu tu..Dengan inisiatif aku, aku jadikan tu video dan upload kat Youtube..Tu pun rakam first shot je tak de rehearsal takde practise..Haha..Tu yang kabut sampai lupa lirik and quality tak berapa nak menarik..Haha..And sampai la sekarang aku menganggur.. :)

Now walaupun aku masih lagi menganggur, aku dah berubah dan cuba ubah diri aku ke arah lebih kebaikan..Tu pun lepas aku kena marah kaw kaw dengan daddy aku..Kecut perut gak la time tu..Gegar gegar meja makan tu macam nak patah dah..Cawan pinggan sume dah tang tung tang tung macam nak pecah..Tunggu tangan nak sampai ke muka je time tu..Sampai gigil gigil aku..Haha..Kalau ikutkan aku, aku memang berkeras tak nak sambung belajar and nak kerja..Enough is enough..Sebab bagi aku, cukup lah dulu masa kat MSU aku banyak susahkan my daddy..Dengan FAIL lagi la ape la tu ini..Banyak wooo spend duit kat aku saje..Ntah bape riban dah abis..Tapi nak wat camner, aku je yang tak fokus..Sebab pemikiran aku ni sentiasa berubah ubah mengikut keadaan..Aku sendiri pun susah nak faham diri aku, apa lagi orang lain..Haha..So, now aku cuba ubah diri aku jadi lebih baik..Malam dah kena kurung tak leh kuar lagi, rokok dah dilarang sama sekali, nak kuar mana mana pun dah tak boleh lagi melainkan dapat keizinan dari my daddy..And the best part is aku DIWAJIBKAN sambung belajar balik otherwise aku forever alone la macam takde keluarga..Nampak tak my daddy punya penangan tu..Haha..Sampai macam tu sekali baru aku boleh ikut cakap dia..Degil jugak aku ni, jahat pun ada..Huhu..So, sekarang aku tengah cuba nak sesuaikan diri dengan life lama aku yang lama balik zaman aku kecik kecik dulu..Biar lah orang nak cakap aku LOOSER ke FOREVER ALONE ke NERD ke pe jadah haram pun aku buat dunno je mulai sekarang..Yang pasti aku ada family aku dan kawan kawan yang rapat dengan aku serta faham keadaan aku..Tapi passion aku terhadap seni filem, lakonan dan muzik tak kan pernah luput dalam jiwa aku..Aku akan cuba sedaya upaya aku capaikan gak impian aku..Bak kata orang sambil menyelam sambil minum air..Hehe..So tempat aku continue study belum tau lagi but aku akan update as soon as aku dah dapat tempat nak continue nanti..

Setakat ni saje nukilan dari aku di awal pagi ni..Mata pun dah stim dah ni..Rindu kat bantal dan katil..Haha..Kalau ikutkan rules, my daddy dah tak kasi duk online sampai pagi ni..Ni pun aku curi2 online sebab nak update blog punya pasal..Nampak tak aku punya degil..Haha..Bukan selalu pun, sekali sekala je online sampai awal pagi sekarang..Kalau dulu ye la tiap tiap hari online sampai pagi..Haha..Ok, sehingga bertemu lagi di lain entri..Sebelum tu dengar lah lagu baru member aku yang dinyanyikan oleh aku..Klik je LINK yang kat bawah tu..Sedap ke tak sedap komen je ok..Haha..Wassalam..

Dekmi - Ina Nadhirah (Youtube)

1 ulasan:

diemsisi said...

kadang2 perlu jugak ketegasan ala harimau garang barulah kita kecut atau dengar kata ... saya sama gak ...