Thursday, September 27, 2012

UNFORGETTABLE CRUSH

~ Assalamualaikum ~

Para pembaca semua apa khabar? Harap kalian semua berada dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya..Hehe..Hari ni ntah apa kena mood aku nak post pasal CRUSH..Haha..Ok, selama korang hidup ni tipu la kalau korang tak pernah or tak ada perasaan kat seseorang sama ada lelaki atau perempuan..Haha..

Macam tu la jugak diri aku..Ni nak start cerita ni..Haha..Ok, alkisahnya aku ni ada la minat kat seorang perempuan ni..Aku kenal dia sejak dari kecik lagi..Huhu..Nama dia tak nak aku publish kang jadi kontroversi pulak..Haha..Yang dah tau tu sila la senyap ye..Aku tak nak kang jadi isu..Haha..Dia ni dulu kecik kecik dia pendiam giler..Muka pun bak kata orang muka serius je..Tapi dalam serius dia, bagi aku sejuk je mata memandang..Tak tau macam mana aku boleh cair pulak tengok muka dia..Haha..Aku jangan kata nak borak, nak tegur pun segan..Takut pun ada..Haha..Tambah plak bapa dia garang..Lagi la buat aku terpaku membisu..Haha..Tapi sejak dah jadi anak dara ni makin lawa makin cantik macam model dah aku tengok..Tapi muka still maintain serius dan akan friendly pada kawan kawan yang dia kenal je..Hehe..Dia pun sekarang dah ada teman istimewa dia yang tersendiri..Aku doakan dia dengan pasangan pilihannya akan kekal sampai akhir hayat..
Amin.. :)

Dulu time aku syok kat dia tu sebenarnya aku bertepuk sebelah tangan je sebab dia bukan tau pun..Gila apa kecik kecik nak kasi tau aku suke kat anak dara orang..Mau kena penampor nanti dengan bapa aku and bapa dia..Hahaha..Tapi entah lah dia tau ke tak aku pun tak tau..Sebab masa dulu kalau tak silap aku, aku ada buat satu karangan seakan surat..Dalam nya ada mengatakan isi hati aku yang aku suka kan kat dia..Kalau tak silap aku, aku tulis tu dalam buku latihan sekolah yang warne cokelat tu..Dulu belambak buku tu kat kampung aku..Tak tau la surat tu dah kantoi ke belum..Haha..Lagi satu ada satu masa tu dia demam..Time tu dia tido, aku usha je muka dia..Rasa sebak gile nak nangis wa cakap sama lu..Kesian sangat aku tgk dia, nape la dia demam..Sampai aku doa demam dia tu pindah kat aku..Huhu..Ni citer dia time aku tadika ke darjah 1 camtu ar..Huhu..Bila kitorang jumpa? Hahaaa..Kitorang, eh, haha aku la senang citer, akan tak sabar sabar nak jumpa dia bila balik kampung masa raya time dulu..Haha..Nak dikatakan bercakap dengan dia, aku boleh bilang dengan jari la berapa kali je aku bercakap dengan dia..Tu pun hal penting je..Haha..Lagipun aku kat kampung tu mana ada bebas sangat..Nak main pun ada limit..Adesss..Hahaha..Tapi sebab dia, aku suka giler balik kampung..Hahahaha..

Masa tu aku kecik lagi mana la aku tau pasal cintan cintun ni..Haha..Yang selalu aku dapat soalan cepu emas, "Eh kau suka dia eh?" HAHA..Ingat lagi soalan soalan tu kalau aku balik kampung time raya mesti ada yang bertanya..Ada gak buli aku cakap nak repot kat mak bapa dia..Haha..Tapi masa diorang tanya tu aku tak pernah kata YA..TAK jauh sekali la..Hahaha..Aku cuma senyum je sambil ketawa ketawa..Haha..Sebenarnya kalau nak ikut kan dia la yang ajar aku CINTA tu ape..Macam mana perasaannya..Hahaha..Thanks to her la citer dia..Haha..Dah lama baru aku cakap ya..Sebab dah bosan asik dengar soalan sama..Hahaha..Punya la aku minat kat dia ni sampai aku ada compose lirik lagu untuk dia..Tapi seriously dah lupa gile dah..Yang aku tau lirik dia memang bodo bodo gila segan aku nak taip kat sini HAHA, maklum la kecik kecik..Hahaha..Yang aku paling kelakar dan rasa forever alone pada aku masa tu aku selalu cuba tarik perhatian dia..Padahal bukan dia perasan pun..Hahahahahaha..Bodo gilerr..Bila aku pikir balik, rasa nak terjun bangunan pun ada..Hahahaha..

Rasanya cukup setakat ni pasal CRUSH aku ni..Haha..Aku tak nak citer banyak banyak..Kang ada yang muntah darah baca ayat ayat jiwang karat aku..Hahahahaha..
P/S: Kepada orang yang aku cerita pasal dia ni, mana la tau kalau anda baca kan..Haha..Saya cuma nak ucapkan jutaan terima kasih sebab pernah mencuri hati saya kejap..Hahaha..Saya akui saya masih minat kat awak tapi kita masing masing dah matang dan ada life sendiri..Huhuhu..Tak pernah terlintas dalam fikiran saya masa typing kat blog ni saya nak buat awak sakit hati ke, nak hancurkan life awak ke ape..Saya cuma nak kongsikan kenangan saya dan luahkan isi hati je yang terpendam pada suatu ketika dahulu dan kongsikan bersama pembaca..Dan dan satu lagi, saya tak akan pernah lupakan awak sehingga akhir hayat saya..Hehe..(jiwang la pulak) HAHA..Awak pun same, jangan la muntah darah pulak baca ayat ni..Haha..

Akhir kata dari saya, sayangilah orang yang berada di sekeliling anda dan menghargai anda..
Wassalam..

0 ulasan: