Saturday, October 27, 2012

Andai Itu Yang Kau Inginkan

Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog ni. Aku harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya. Kali ni aku nak kongsikan kisah yang buat aku agak sedih di Hari Raya Korban 2012 ni.

Hari ni aku stalk profile Facebook Si Dia. Usha punya usha aku ternampak ada seorang mamat ni guna gambar Si Dia sebagai profile picture dia. Aku pun usha la gambar gambar mamat tu. Ternyata ada gambar Si Dia dengan mamat tu.

Macam macam perasaan yang hadir masa tu. Aku tak tau nak cakap macam mana. Selama ni aku diam, aku setia dengan dia, aku bagi dia ruang untuk study tanpa gangguan, akhirnya ni yang dia balas kat aku. Tegur aku pun dah jarang. Balik rumah dia pun tak bagi tau aku. Banyak perubahan dah berlaku pada dia sejak akhir akhir ni. Dia bukan lagi macam Si Dia yang dulu. Aku sering bertanya pada diri sendiri kenapa dia buat macam tu? Apa salah aku? Apa dosa aku? Pernah aku tanya persoalan ni kat dia dan macam biasa dia akan cakap tak ada apa apa.

Setiap hari aku fikir pasal dia, setiap saat aku asyik teringat kat dia, tapi hari dan saat itu jugak lah setiap kali hati aku terluka. Aku dah tak tahan lagi. 3 kali Si Dia tipu aku hidup hidup. Puas aku cuba nak pertahankan hubungan aku dengan Si Dia, tapi macam aku bertepuk sebelah tangan. Aku rasa macam aku ni boneka yang dipinggirkan. Hati aku ni sakit sangat. Hari ni, waktu ni, saat ni, aku just tulis status kat Facebook aku yang aku dengan Si Dia dah boleh bawa haluan masing masing. Aku dah tak sanggup nak berdepan dengan dia dan dengar apa apa penjelasan sebab semuanya dia buat tanpa pengetahuan aku. Ya, aku sangat BODOH. Dah tak ada apa nak diperjelaskan kalau itu dah keputusan Si Dia. Jangan cakap aku tak pernah faham Si Dia. PUAS dah aku cuba faham Si Dia, tapi Si Dia ada faham aku? Pernah amik tau perasaan aku? Sebab aku diam. Senang nak pijak kepala aku. Sekarang buat la ikut suka hati dia. Asalkan Si Dia bahagia. Ni aku nak share gambar yang aku jumpa.








Gambar gambar ni semua aku dapat dari profile mamat tu. Aku sengaja edit gambar gambar ni bagi menjaga nama baik mereka. Pada yang dah tau atau dah kenal siapa di dalam gambar ni, aku harap korang abaikan gambar gambar ni lepas tengok. Aku post gambar gambar ni sebab aku nak jadikan bukti yang aku bukan lagi di alam mimpi yang masih lagi anggap Si Dia sebagai orang yang aku sayang. Sekarang dia pun dah ada orang yang dia sayang, so aku mengundur diri demi kebahagian Si Dia dan mamat tu.

Kepada Si Dia, bu dah tak perlu nak perjelaskan apa apa lagi. Mulai saat ni bu dah bebas nak buat apa yang bu nak, dah bebas nak pilih siapa yang bu suka. B dah takde hak nak halang bu lagi. B harap bu bahagia di samping orang yang bu sayang.

Setakat ni saje yang aku mampu nukilkan untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain waktu. Wassalam.