Tuesday, January 1, 2013

Muqaddimah 2013

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dengan limpah kurnia Nya dapat lagi aku bernafas dan mengambil sedikit masa untuk menukilkan bingkisan suka dan duka kisah hidupku. Hope korang yang membaca blog aku dapat mengambil  yang baik sebagai pengajaran dan menjadikan iktibar terhadap yang buruk.

---------------------------------------------------------------------------------

Tahun 2012 adalah tahun yang amat memberi kenangan dan pengalaman pahit dalam hidup aku. Namun ada juga pengalaman manis yang tidak akan aku lupakan sehingga akhir hayat aku. Terima kasih kepada semua orang di sekeliling aku iaitu keluarga, saudara mara, sahabat handai terdekat mahupun yang jauh yang telah banyak memberi semangat dan menyedarkan aku dari perkara perkara yang lagha (melalaikan). Insyaallah aku akan cuba ubah diri aku ke arah kebaikan dari masa ke semasa. Nasihat dan saranan mereka aku akan ingat dan praktik kan..Dan tarikh yang aku tak akan lupa iaitu 10/12/2012 di mana aku mula berhenti merokok dan Alhamdulillah sehingga sekarang dan aku harap ia akan berterusan hingga la ke hujung hayatku. Amin Ya Robbal A'lamin.

---------------------------------------------------------------------------------

Hari ni 1.1.2013 adalah tahun baru aku di tempat baru iaitu di Politeknik Sabak Bernam. Aku menyambung kembali pelajaranku di peringkat diploma dalam jurusan pengurusan hotel & katering. Alhamdulillah kawan kawan semua terbaik dan sporting. Aku juga dapat berbangga dengan diri sendiri atas perubahan yang telah aku capai terhadap diri aku sendiri. Walaupun hampir keseluruhan azam 2012 aku hancur berkecai, namun aku berdoa agar azam untuk tahun 2013 ni akan aku capai dengan jayanya. Kali ni aku akan lebih fokus pada pelajaran aku dan kurangkan passion aku dalam bidang filem dan muzik.


* Faiz Izham, Helmi, Faeez Aris (dari kiri)


* Helmi, Farhan, Che Asmaa, Fara Aifa Adrina, Amy Lia (dari kiri)


* Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam friends

---------------------------------------------------------------------------------

Kat atas ni adalah serba sedikit gambar masa aku berada di politeknik. Walaupun aku fokus pada study namun as i said masa blog aku hari tu, passion aku terhadap filem dan muzik tak pernah aku lupakan. Jika ada kesempatan aku akan upload apa jua video aku berkaitan muzik mahupun short film. So, ni sahaja yang dapat aku coretkan sebagai kenangan tahun 2012 dan Mukaddimah 2013. Sehingga bertemu lagi di lain nukilan.

Wassalam. :D