Tuesday, November 12, 2013

Kereta Idaman

Assalamualaikum w.b.t.

Ok pagi ni tak dapat nak lelapkan mata..So aku nak menceritakan sedikit mengenai tajuk entri kali ini iaitu Kereta Idaman..As we know, sejak terciptanya kereta semua orang ada kereta idaman masing masing..Evolusi demi evolusi pada kereta berkembang mengikut peredaran zaman..Aku pada mulanya takde pon nak amik port pasal kereta nih..Tapi tadi aku termenung jauh tak tau ntah memikirkan tentang apa lalu aku terjah masuk ke laman web Maserati..

Pada awal jangkaan aku Maserati ni bentuk keretanya semua lebih kurang serupa..Tapi ternyata aku salah..Ada beberapa lagi model lain mengikut kategori masing2..Aku tertarik pada satu model ni yang dinamakan sebagai Maserati Gran Turismo Sport..Aku pon belek belek la dalam laman web dia tu..Then suddenly, aku jumpa customization sebelum kita beli tu kan..So aku pun ambil kesempatan ni untuk edit la kereta impian aku nanti..Hahaha..So, this is it..Ni lah hasilnya..

Pandangan Hadapan

Pandangan Dalaman

Mungkin bagi korang tak cantik..Tapi pada aku, sedap mata aku memandangnya..Haha..Luar nampak garang..Dalam nampak klasik..Haha..Then aku terus mencari lagi info mengenai kereta ini di laman web Maserati..Aku dengar pulak bunyi dia..Perghhh..Memang melting giler aku dengar..Seksi, rasa nak terkam jer..Hahaha..Lagi aku meneruskan pencarian di laman Youtube..Rupanya banyak lagi kereta yang mahal mahal dan rekabentuk superb..Antara jenama yang aku baru dengar:-

1. LEBLANC
2. SSC
3. PAGAN
4. MAYBACH
5. KOENIGSEGG

Nama pon dah menunjukkan aku belum layak untuk memilikinya..Hahaha..Cukup la sekadar Maserati ni..Brand ni pon aku dengar sebab zaman dahulu kala aku kerap ke Damansara, Subang, then ada la yang pakai brand ni..Mungkin murah bagi orang, tapi mahal bagi aku..Haha..Pernah satu ketika dulu aku meminati kereta yang cukup laju aku rasa kat dunia ni Bugatti Veyron..Tapi kat Malaysia ni dah dua orang VIP pakai kereta ni..So, aku yang orang biasa ni mana la mampu nak memilikinya..Sekadar angan angan kosong je lah kan..Hahaha..

So, sampai sini sahaja nukilan aku mengenai kereta idaman..Sehingga bertemu lagi di lain nukilan.. :)

Wassalam..

Wednesday, November 6, 2013

Cuti Semester 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Apa kabar para bloggers dan pembaca blog sekalian..Hopefully korang berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..Amin..Hurmm, lama dah tak update entri terbaru kat blog nih..Hari ni malam ni tergerak pulak hati aku nak menukilkan entri terbaru dalam blog ni..Haha..Kali ni aku nak buat kelainan sikit la pada nukilan aku ni..Nak follow tajuk by tajuk kate ko..Hahaha..Senang sikit aku nak paham..Haha..Ok let's begin the story with:-

Tamat Semester 2
Yahoooo ! Akhirnya tamat jugak semester 2 aku di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam nih..Ambik ko name penoh aku kasi..Hahahax..Btw dalam entri lepas aku ada cakap yg subjek Math ni killer kan tp as for real takde la killer sangat pon sebab bagi aku just simple calculation jer..Simple simple pon aku tak tau lah boleh dapat gred power ke tak..Haha..Tapi paling killer bagi aku subjek Theory of Food dengan Housekeeping..Mak datok banyak pulak benda nak kena hafal..Aku dah la rimas bab bab nak menghafal ni tp kalu hafal lirik lagu laju plak..Haha..Ape la nak jadi..Then target soalan yg keluar semua salah..Memang so stress..Aku harap pointer aku sem ni tak jatuh..Kalau naik Alhamdulillah..Huhu..So, sekarang ni aku tengah semester break..As usual duk kat rumah macam anak dara..Hahahax..

Rumah Baru
So far so good ! Haha..Still takde kawan sebab aku memang jarang ada kat rumah ni..Al maklum la study kat Sabak Bernam Selangor mana nak lekat kat Johor ni kan..Haha..Kawan poli yang duk Johor pulak jauh jauh belaka..Nak lepak memalam tu susah ler aku..Dah la transport takde..Haha..So nak ada kawan time kat poli jer lah..Time kat rumah memang forever alone kate ko..Haha..Takpe lah asal parents aku gembira..Sebelum ni pon dah puas aku melepak memalam bute..Haha..

Kawan Kawan
Alhamdulillah makin lama makin bertambah kawan yang aku kenal..Latest aku kenal dgn chineese boy nama dia Alex..Budak Kelantan..Actually full name dia aku tak ingat..Haha..So dia ni junior course aku..Baru sem 1..Kenal pon time tu tetibe datang bilik member aku nak minta cerita anime sebab dia dengar member aku tengah tengok citer anime..Walaupun aku tak minat anime tapi we can be friends dari story2 dan dia pon selalu datang lepak bilik member aku tu..Yang lain pulak macam macam ragam dah aku tengok..Ada yang ok ada yang ko ada yang tak boleh pakai dan macam macam lagi..Bukan nak kata aku ni baik bila berkawan dengan orang..Tapi yang kenal aku tau aku ni jenis macam mana..

Perkembangan Seni
Haaaa ni nak kasi tau ni..Korang boleh check it out cover baru aku..Yang satu tu kat SoundCloud lagu Hyper Act - Hanya Aku..Lagi satu kat Youtube lagu Republik - Sandiwara Cinta..Setakat ni 2 tu je yang aku rajin nak buat..Hahaha..Bukan apa, dah study ni banyak pulak komitmen..Haha..Btw, nama komersial aku Dekmi tu dah ada orang guna pulak..Macam hampeh je ! Macam hampeh je ! HAHA..Tapi takpe lah dia nyanyi pon sedap gak..Gua respect sama lu dik..Haha..Nanti ada masa lagi aku akan buat cover lain..Hehe..Stay tuned..

My Life
Aku macam biasa jer..Sihat Alhamdulillah..Dan semakin sihat..Haha..Still single dan available..Tapi aku dah ada crush..Hehe..Buat masa ni aku tak nak cerita dulu pasal crush aku tu sebab aku pon still belum betul2 nawaitu ni nak memiliki atau just peneman diakala belajar..So, keep it untill the right time..Haha..Btw, sem ni ada rasa lonely sikit..Yerlah mana tak nya, tengok semua member dah berpasangan..Bukan apa, selalu teman kawan jalan jalan dengan GF diorang terasa gak jelesnya tu kan..Haha..Tapi yang aku tak paham selalu gak la diorang nih gaduh sana gaduh sini..Hurmmm..Kadang kadang small things pun bleh bawak gaduh..Hahaha..Tapi takpe lah, tu lumrah dalam perhubungan bak kata orang kan..Hehe..Hopefully diorang kekal sampai ke jinjang pelamin dan sampai akhir hayat..Aku pulak tunggu lah jodoh yang dah ditentukan oleh-Nya..Selama dulu aku couple pon mana aku nak pegi apa aku nak buat aku pnya suka sama je dengan sekarang, bezanya dulu kena report sekarang tak payah nak report kat sape sape dah..Asal parents aku on, aku jalannnn..Haha..

Rupa Paras
Ok yang ni ramai tegur aku..Ada jugak yang nasihat aku, ubah la penampilan kau mi..Selekeh sangat aku tengok..Hahaha..Speechless seketika aku dengar..Haha..Btw korang bayangkan la badan aku besar, janggut sampai leher, dengan misai lagi, rambut caca marba..Hahaha..Ok cukup, aku tau sakai, pengotor dan sebagainya..Hahahahahax..Actually aku ni pemalas giler bab penampilan diri nih..Dari kecil sampai besar aku tak dididik dengan menjaga penampilan diri sampai nak kulit putih la, handsome2 la, ape bagai tuh..Cukup sekadar menjaga kebersihan diri jer..Kalau dulu aku nerdy giler..Tak tau nerdy tu apa? Nerdy tu kalau korang kat sekolah, cari budak yang duduk paling depan dalam kelas, selalu beri tumpuan cikgu mengajar, selalu dapat A dalam sume subjek..Kalu kat kuliah pulak yang jenis biasanya rajin jumpa lecturer pastu selalu pointer 4 flat setiap sem..Haaaa..Tu imej aku masa dulu dulu..Setelah masa berlalu, kini aku lebih suka konsep "Ah, Lantak La Situ ! Aku bukan artis pon !" Hahaha..Lagi satu family aku ni bukan dari golongan berada sangat, so aku tak nak membazir duit diorang semata mata nak jaga rupa paras aku..Well, kalau pon aku berubah hati nak jadi macam Aaron Aziz ke Justin Bieber ke tunggu lah aku dah bekerjaya ekonomi dah stabil then Insyaallah aku tukar imej yang selekeh ni..Haha..Once aku dah tukar, susah aku nak berpatah balik..So, alang alang biar aku banyak duit dulu baru la boleh handsome2..Hahahax..

Well, aku rasa sampai sini je kot hasil nukilan aku..Macam dah takde benda nak cakap jer..Haha..Nanti kalau ada update terbaru aku akan share lagi kat blog nih..Terima kasih kepada yang sudi membaca blog ni..Kepada yang nak aku follow blog korang pon boleh share link blog korang kat ruangan komen post post aku..Tak kira post lama ke post baru aku ke, nanti aku follow balik ok..Thanks sangat sangat..Love you alls..

Wassalam.. :D