Tuesday, November 12, 2013

Kereta Idaman

Assalamualaikum w.b.t.

Ok pagi ni tak dapat nak lelapkan mata..So aku nak menceritakan sedikit mengenai tajuk entri kali ini iaitu Kereta Idaman..As we know, sejak terciptanya kereta semua orang ada kereta idaman masing masing..Evolusi demi evolusi pada kereta berkembang mengikut peredaran zaman..Aku pada mulanya takde pon nak amik port pasal kereta nih..Tapi tadi aku termenung jauh tak tau ntah memikirkan tentang apa lalu aku terjah masuk ke laman web Maserati..

Pada awal jangkaan aku Maserati ni bentuk keretanya semua lebih kurang serupa..Tapi ternyata aku salah..Ada beberapa lagi model lain mengikut kategori masing2..Aku tertarik pada satu model ni yang dinamakan sebagai Maserati Gran Turismo Sport..Aku pon belek belek la dalam laman web dia tu..Then suddenly, aku jumpa customization sebelum kita beli tu kan..So aku pun ambil kesempatan ni untuk edit la kereta impian aku nanti..Hahaha..So, this is it..Ni lah hasilnya..

Pandangan Hadapan

Pandangan Dalaman

Mungkin bagi korang tak cantik..Tapi pada aku, sedap mata aku memandangnya..Haha..Luar nampak garang..Dalam nampak klasik..Haha..Then aku terus mencari lagi info mengenai kereta ini di laman web Maserati..Aku dengar pulak bunyi dia..Perghhh..Memang melting giler aku dengar..Seksi, rasa nak terkam jer..Hahaha..Lagi aku meneruskan pencarian di laman Youtube..Rupanya banyak lagi kereta yang mahal mahal dan rekabentuk superb..Antara jenama yang aku baru dengar:-

1. LEBLANC
2. SSC
3. PAGAN
4. MAYBACH
5. KOENIGSEGG

Nama pon dah menunjukkan aku belum layak untuk memilikinya..Hahaha..Cukup la sekadar Maserati ni..Brand ni pon aku dengar sebab zaman dahulu kala aku kerap ke Damansara, Subang, then ada la yang pakai brand ni..Mungkin murah bagi orang, tapi mahal bagi aku..Haha..Pernah satu ketika dulu aku meminati kereta yang cukup laju aku rasa kat dunia ni Bugatti Veyron..Tapi kat Malaysia ni dah dua orang VIP pakai kereta ni..So, aku yang orang biasa ni mana la mampu nak memilikinya..Sekadar angan angan kosong je lah kan..Hahaha..

So, sampai sini sahaja nukilan aku mengenai kereta idaman..Sehingga bertemu lagi di lain nukilan.. :)

Wassalam..

0 ulasan: