Tuesday, November 25, 2014

Impian

Assalamualaikum w.b.t.

Moga para pembaca blog tegar berada dalam keadaan sihat hendak nya..InsyaAllah..Lama dah tidak berkesempatan untuk mengemaskini hasil nukilan aku dalam blog ni..Al-Maklumlah sibuk dengan latihan industri dan perkara-perkara lain..Entah mood apa yang datang hari ni terajin pula nak update blog..Haha..


First of all nak bagitau, Alhamdulillah aku dah habis praktikal atau nama saintifiknya Latihan Industri dengan jayanya..Haha..Tempat aku praktikal pula ialah Intekma Resort & Convention Centre di Shah Alam..Bersesuaian lah dengan course yang aku ambil iaitu Diploma Pengurusan Hotel & Katering kan..Haha..Sejujurnya banyak perkara aku belajar kat sini dan berkenalan dengan pelbagai jenis orang dengan pelbagai jenis ragam..

Selepas ni ada lagi 2 semester aku berada di PSIS..Means that ada lagi 1 tahun setengah untuk aku mendapat segenggam Diploma..Baru Diploma belum Ijazah lagi..Hehe..Mungkin pada pandangan orang ia agak lambat, tapi pada aku biar lambat asal selamat..Haha..InsyaAllah aku cuba lakukan yang terbaik untuk buat mama dengan ayah aku bangga dan happy dengan kejayaan aku..Tiada apa yang penting lagi bagiku selain melihat mereka bahagia..

Couple? Haha..Tiada lagi istilah couple dalam hidup aku..Segala mimpi ngeri lalu telah aku buang jauh-jauh agar tidak membelenggu diri aku lagi..Kini aku sekadar berharap agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan sama-sama membina keluarga yang bahagia dunia dan akhirat..Apa pun aku perlu berusaha untuk memantapkan diri aku dari segala aspek kehidupan untuk bakal keluarga aku di hari mendatang kelak..

Alhamdulillah, sahabat juga semakin bertambah..Sahabat banyak membantu aku ketika susah dan sentiasa berada di sisi walau apa jua keadaan..Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian..Tanpa korang yang banyak bagi nasihat dan dorongan, entah ke mana la aku..Tak nak aku mengulas panjang mengenai sahabat ni sebab tiba-tiba aku rasa sebak..Tak tau kenapa..

Penglibatan dalam nyanyian pula dah jarang gila kat Youtube tapi masa praktikal boleh dikatakan tiap-tiap malam lah karaoke pada awalnya..Tapi lama-lama tu dah kurang sebab duit pun dah kering, bosan pun bosan juga..Haha..Ada orang tanya aku, "kau tak malu ke nyanyi sorang-sorang pastu letak kat Youtube bagi orang dengar?" then dia sambung lagi "suara bukan nya sedap mana pun"..Sambil tertawa aku menjawab "aku cuba belajar nak develop self confident dalam diri aku ni" dan "belajar melihat dan menerima respon daripada orang"..Haha..Memang aku bukan pandai nyanyi pun, suara pun takde la sedap mana, cuma aku minat menyanyi that's all..Secara tak langsung aku dapat juga lepas minat aku tu..Terpulang pada orang untuk mendengar atau tidak.Simple..Haha..

Kini apa yang aku harapkan adalah impian aku akan tercapai InsyaAllah..Sekian sahaja nukilan dari seorang hamba Allah yang gemar meluahkan isi hati nya dalam bentuk karya penulisan..Moga bertemu lagi di lain masa..

Wassalam.

Monday, May 5, 2014

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia

Assalamualaikum w.b.t.

Datuk Abdul Aziz Sattar. Gambar Ehsan Google.




Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2014050602550020140506025500/Article/?mutakhir=1

P/S: Marilah sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman serta rohnya dicucuri rahmat Allah..

Thursday, April 24, 2014

Lepak

Assalamualaikum w.b.t.

Alright boys and girls..Hari ni aku tergerak hati nak update entri tentang LEPAK..Because sebelum ni pun aku dah ada update kat twitter yang aku akan update gak pasal lepak nih sebab aku rasa ramai yang tak faham apa makna lepak nih..

First of all jom kita selami ape makna LEPAK nih..Ok, dalam Kamus Dewan LEPAK ni mempunyai lebih dari satu makna..Tapi makna dia yang menyerlah ialah amalan negatif dalam masyarakat terutama dalam kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah..Itu dalam kamus..Bagi remaja sendiri lepak ni adalah salah satu cara mereka duduk-duduk di cafe, mamak, kedai makan dan seumpanya bersama rakan-rakan untuk bersembang dan bergelak tawa sesama mereka..Rata-rata remaja yang gemar melepak akan duduk sekelompok sesama jantina ataupun ada yang berlainan jantina..Ok faham kan tuh..

Now apa yang aku kurang faham kebanyakan zaman sekarang mereka LEPAK bukan untuk bersembang mahupun bergelak tawa..Namun untuk buat perkara seperti contoh:-

1. ONLINE / WiFi
2. BAWAK BF / GF JOIN SEKAKI
3. HADAP TELEFON 24 JAM

Guys, girls, come on laaa..Korang nak online ke nak berlaman sosial sekali pun ikut keadaan sekeliling laa..Tak kan la member member semua tengah dok syok borak bergelak sakan korang nak online pulak..Baik korang pegi kat mana mana tempat wifi sorang sorang pastu online..Dulu aku pon ada jugak buat camni tapi lepas kena tegur then kita ubah la..Ni niat aku nak menegur korang la ni sape sape yang ada buat macam ni..Lepas ni ubah okay.. :)

Yang kedua..Haa yang ni sebenarnya aku kurang berkenan sikit..Kenapa? Ok sini aku nak jelaskan..First of all, korang dah kata nak LEPAK..Of course la LEPAK tu dengan kawan kawan kan..Nak sembang sembang..Dalam butir bicara sembang sometimes bukan kita sedar apa yang kita cakap kan..Kadang kadang it come out suddenly and dah terlepas tak boleh nak undur balik..Lebih lebih lagi kalau butir bicara tu melibatkan perkara yang tak sedap didengar ataupun yang orang lain tak faham..So, tak sedap la nak angkut sekali BF/GF korang pegi lepak..Kalau nak angkut gak boleh, korang pegi DATING dua orang je la tak pun suruh diorang bawak geng2 diorang lepak sekali..Jangan la dalam kumpulan satu table tu semua pompuan ada selit pulak sorang laki dan begitu la sebalik nya..Tak elok tu..Nak tunjuk ke kat satu dunia yang hangpa dah couple, tu calon laki/bini hangpa..Tak perlu kot rasa nya..Ubah perkara ni..Nak DATING cakap nak dating, kalau nak LEPAK cakap nak lepak..Banyak beza dia..Lepas ni ubah okay.. :)

Macam ni punya orang pun ada kate ko..Hahaha..Yang ni paling tak boleh blah sekali..Orang lain dok syok menyembang gelak tawa korang bleh plak dok seronok ngadap telefon bimbit tu..Tau la smartphone macam macam ada..Nak layan wechat, whatsapp, fb, tweet ape bagai kan..But when it comes to LEPAK, boleh stop dulu kot..Cakap je nak LEPAK, dah habis cerita..Kena pandai bahagi masa la bro..Tak kan 24 Jam nak melayan benda benda tu semua..Get a life guys..Lepas ni ubah okay.. :)

Aku update pasal ni bukan nak aibkan sesiapa..Aku just nak bagi nasihat kepada kita semua dan juga diri aku sendiri..Kelak aku dah tua, dah nyanyuk, bleh la refer blog ni balik kan..Bila namanya LEPAK, bersosial la dengan orang di sekeliling..Ambil peluang untuk belajar sesuatu yang baru, ambil tahu isu isu terkini, bertukar tukar idea atau pun berkomunikasi sesama kita..Walaupun maklumat hanya di hujung jari, bersosial di alam realiti jangan sesekali kita abaikan..

Sekian saja dari aku..

~Wassalam

Cuti Semester 2014

Assalamualaikum w.b.t.

Haha lama dah tak mengupdate blog..Kesibukan melanda diri la sejak akhir akhir ni..Haaa la ni aku tengah cuti sem..Maybe mood nak update tu ada ler jugak kan..Hehe..

Ok now aku nak story yang aku dah habis sem 3..Pasni aku akan menjalani Latihan Industri ataupun dalam English nya Industrial Training ataupun singkatannya LI..Haha..Cari kat area JB ni tempat LI semuanya takde hostel..Aku ni dok Kota Tinggi agak jauh dari JB so that's why aku kena gak cari tempat yg ada hostel..So cari punya cari, Roy suggest la kat Hotel Intekma Shah Alam..Alhamdulillah aku ada geng lain iaitu Rais, Syamim dan Insyaallah Acap hehe..And ada sorang kawan aku Fizrill dari MSU pun akan praktikal di tempat sama pada bulan 7 nanti..Hopefully we can hangout together..Amin..

Time time cuti ni pulak mcm biasa la kebosanan melanda diri..Still belum ada kawan baru kat rumah ni..Haha..Nak kerja, banyak faktor yang menjadi penghalang..So nak ke tak nak kena la dok rumah kan..Orang nak kata aku anak manja ke ape ke lantak pi..Depa bukan tau apa masalah aku..Hahaha..So, kalau family aku pegi bejalan baru la aku follow..Hehe..

That's it..Nanti kalau ada berita terbaru lagi aku akan update dengan serta merta..Hahaha..

~ Wassalam.