Thursday, April 24, 2014

Lepak

Assalamualaikum w.b.t.

Alright boys and girls..Hari ni aku tergerak hati nak update entri tentang LEPAK..Because sebelum ni pun aku dah ada update kat twitter yang aku akan update gak pasal lepak nih sebab aku rasa ramai yang tak faham apa makna lepak nih..

First of all jom kita selami ape makna LEPAK nih..Ok, dalam Kamus Dewan LEPAK ni mempunyai lebih dari satu makna..Tapi makna dia yang menyerlah ialah amalan negatif dalam masyarakat terutama dalam kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah..Itu dalam kamus..Bagi remaja sendiri lepak ni adalah salah satu cara mereka duduk-duduk di cafe, mamak, kedai makan dan seumpanya bersama rakan-rakan untuk bersembang dan bergelak tawa sesama mereka..Rata-rata remaja yang gemar melepak akan duduk sekelompok sesama jantina ataupun ada yang berlainan jantina..Ok faham kan tuh..

Now apa yang aku kurang faham kebanyakan zaman sekarang mereka LEPAK bukan untuk bersembang mahupun bergelak tawa..Namun untuk buat perkara seperti contoh:-

1. ONLINE / WiFi
2. BAWAK BF / GF JOIN SEKAKI
3. HADAP TELEFON 24 JAM

Guys, girls, come on laaa..Korang nak online ke nak berlaman sosial sekali pun ikut keadaan sekeliling laa..Tak kan la member member semua tengah dok syok borak bergelak sakan korang nak online pulak..Baik korang pegi kat mana mana tempat wifi sorang sorang pastu online..Dulu aku pon ada jugak buat camni tapi lepas kena tegur then kita ubah la..Ni niat aku nak menegur korang la ni sape sape yang ada buat macam ni..Lepas ni ubah okay.. :)

Yang kedua..Haa yang ni sebenarnya aku kurang berkenan sikit..Kenapa? Ok sini aku nak jelaskan..First of all, korang dah kata nak LEPAK..Of course la LEPAK tu dengan kawan kawan kan..Nak sembang sembang..Dalam butir bicara sembang sometimes bukan kita sedar apa yang kita cakap kan..Kadang kadang it come out suddenly and dah terlepas tak boleh nak undur balik..Lebih lebih lagi kalau butir bicara tu melibatkan perkara yang tak sedap didengar ataupun yang orang lain tak faham..So, tak sedap la nak angkut sekali BF/GF korang pegi lepak..Kalau nak angkut gak boleh, korang pegi DATING dua orang je la tak pun suruh diorang bawak geng2 diorang lepak sekali..Jangan la dalam kumpulan satu table tu semua pompuan ada selit pulak sorang laki dan begitu la sebalik nya..Tak elok tu..Nak tunjuk ke kat satu dunia yang hangpa dah couple, tu calon laki/bini hangpa..Tak perlu kot rasa nya..Ubah perkara ni..Nak DATING cakap nak dating, kalau nak LEPAK cakap nak lepak..Banyak beza dia..Lepas ni ubah okay.. :)

Macam ni punya orang pun ada kate ko..Hahaha..Yang ni paling tak boleh blah sekali..Orang lain dok syok menyembang gelak tawa korang bleh plak dok seronok ngadap telefon bimbit tu..Tau la smartphone macam macam ada..Nak layan wechat, whatsapp, fb, tweet ape bagai kan..But when it comes to LEPAK, boleh stop dulu kot..Cakap je nak LEPAK, dah habis cerita..Kena pandai bahagi masa la bro..Tak kan 24 Jam nak melayan benda benda tu semua..Get a life guys..Lepas ni ubah okay.. :)

Aku update pasal ni bukan nak aibkan sesiapa..Aku just nak bagi nasihat kepada kita semua dan juga diri aku sendiri..Kelak aku dah tua, dah nyanyuk, bleh la refer blog ni balik kan..Bila namanya LEPAK, bersosial la dengan orang di sekeliling..Ambil peluang untuk belajar sesuatu yang baru, ambil tahu isu isu terkini, bertukar tukar idea atau pun berkomunikasi sesama kita..Walaupun maklumat hanya di hujung jari, bersosial di alam realiti jangan sesekali kita abaikan..

Sekian saja dari aku..

~Wassalam

0 ulasan: