Tuesday, November 25, 2014

Impian

Assalamualaikum w.b.t.

Moga para pembaca blog tegar berada dalam keadaan sihat hendak nya..InsyaAllah..Lama dah tidak berkesempatan untuk mengemaskini hasil nukilan aku dalam blog ni..Al-Maklumlah sibuk dengan latihan industri dan perkara-perkara lain..Entah mood apa yang datang hari ni terajin pula nak update blog..Haha..


First of all nak bagitau, Alhamdulillah aku dah habis praktikal atau nama saintifiknya Latihan Industri dengan jayanya..Haha..Tempat aku praktikal pula ialah Intekma Resort & Convention Centre di Shah Alam..Bersesuaian lah dengan course yang aku ambil iaitu Diploma Pengurusan Hotel & Katering kan..Haha..Sejujurnya banyak perkara aku belajar kat sini dan berkenalan dengan pelbagai jenis orang dengan pelbagai jenis ragam..

Selepas ni ada lagi 2 semester aku berada di PSIS..Means that ada lagi 1 tahun setengah untuk aku mendapat segenggam Diploma..Baru Diploma belum Ijazah lagi..Hehe..Mungkin pada pandangan orang ia agak lambat, tapi pada aku biar lambat asal selamat..Haha..InsyaAllah aku cuba lakukan yang terbaik untuk buat mama dengan ayah aku bangga dan happy dengan kejayaan aku..Tiada apa yang penting lagi bagiku selain melihat mereka bahagia..

Couple? Haha..Tiada lagi istilah couple dalam hidup aku..Segala mimpi ngeri lalu telah aku buang jauh-jauh agar tidak membelenggu diri aku lagi..Kini aku sekadar berharap agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan sama-sama membina keluarga yang bahagia dunia dan akhirat..Apa pun aku perlu berusaha untuk memantapkan diri aku dari segala aspek kehidupan untuk bakal keluarga aku di hari mendatang kelak..

Alhamdulillah, sahabat juga semakin bertambah..Sahabat banyak membantu aku ketika susah dan sentiasa berada di sisi walau apa jua keadaan..Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian..Tanpa korang yang banyak bagi nasihat dan dorongan, entah ke mana la aku..Tak nak aku mengulas panjang mengenai sahabat ni sebab tiba-tiba aku rasa sebak..Tak tau kenapa..

Penglibatan dalam nyanyian pula dah jarang gila kat Youtube tapi masa praktikal boleh dikatakan tiap-tiap malam lah karaoke pada awalnya..Tapi lama-lama tu dah kurang sebab duit pun dah kering, bosan pun bosan juga..Haha..Ada orang tanya aku, "kau tak malu ke nyanyi sorang-sorang pastu letak kat Youtube bagi orang dengar?" then dia sambung lagi "suara bukan nya sedap mana pun"..Sambil tertawa aku menjawab "aku cuba belajar nak develop self confident dalam diri aku ni" dan "belajar melihat dan menerima respon daripada orang"..Haha..Memang aku bukan pandai nyanyi pun, suara pun takde la sedap mana, cuma aku minat menyanyi that's all..Secara tak langsung aku dapat juga lepas minat aku tu..Terpulang pada orang untuk mendengar atau tidak.Simple..Haha..

Kini apa yang aku harapkan adalah impian aku akan tercapai InsyaAllah..Sekian sahaja nukilan dari seorang hamba Allah yang gemar meluahkan isi hati nya dalam bentuk karya penulisan..Moga bertemu lagi di lain masa..

Wassalam.