Friday, April 29, 2016

Lembaran Baru

Assalamualaikum w.b.t.
 
Lama sungguh rasanya diri ini tidak berblogging..Hari ni tiba-tiba jari ini gatal untuk menari di atas papan kekunci meluahkan rasa hati yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata..HAHA..
 
Perkara pertama yang ingin aku sampaikan adalah aku dah habis diploma..Alhamdulillah..Cuma tunggu konvokesyen yang mungkin akan diadakan pada bulan September 2016 ini..Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar..Tapi, tapi dan tapi..Aku telah pun menyambung pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat..Alhamdulillah sekali lagi..Aku adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) tahun 1 semester 2 sekarang..HAHA..Bunyi macam well educated sangat, padahal baru je jejak kaki kat sini..HAHA..Pada awalnya aku tak yakin yang aku boleh dapat, tapi dengan izin Allah aku dapat juga ke sini..Senyum lebar kedua orang tua ku di saat mereka dapat tau anak bujang nya ini dapat melanjutkan pelajarannya di UTHM ni..Mereka pula yang lebih berkobar-kobar semangatnya daripada aku..HAHA..
 
Well, next is aku nak inform kepada para pembaca yang sudi baca blog aku ni yang aku dah pindah ke Muar, Johor..Yeay ! Tak payah nak yeay sangat laa..HAHA..Puas menetap di bandar, akhirnya pulang ke kampung halaman ayah..Pada mulanya memang agak kekok kerana suasana sangat di luar jangkaan..Imagine that selama ni kau kaki rayau ke sana ke mari shopping, wayang, karaoke bagai then suddenly semua benda tu kau tak dapat nak buat..HAHA..Time aku stay kat Kota Tinggi, still lagi aku bleh pegi shopping, jalan merayau ke sana ke mari..Tapi sekarang aku dah biasa..Since aku pindah Muar ni, aku lebih banyak spend time kat rumah je..HAHA..But for sure aku kat situ tak ada kawan langsung melainkan jemaah surau berdekatan situ yang kenal aku, tu pun sebab ayah aku je famous kat kampung tu..HAHA..
 
Saban hari ada sahaja rakan yang bertanya, "kau bila nak kawen mi?" HAHA..Well, bila jodoh sampai aku kawen lerr..Pffttt..HAHA..Tak ada, buat masa ni aku single lagi..Cuma setakat crush tu ada laa..Tu pun simpan dalam hati, doa dari jauh..HAHA..Nak fokus study la konon..Puihhh la kau mi..HAHA..Yang penting aku nak makan puas-puas kat kenduri kawen korang dulu..HAHA..Pada kengkawan dan kenalan yang mengenali diri ini yang nak langsungkan majlis perkahwinan tu jangan la lupa jemput aku..HAHA..Dasar tak malu kau ni mi ! HAHA..
 
Kawan..Kat UTHM ni aku jumpa manusia baru dengan ragam yang baru..Kematangan yang dipancarkan melalui perbuatan selaras dengan aliran pemikiran yang kompleks serta berada di luar kotak pemikiran manusia lain..Walaupun kami berlainan latarbelakang dan falsafah hidup, namun kami dapat bersama sepakat dalam apa jua perkara tatkala suka dan duka..Kawan lama, jujur aku rindu korang cuma masa selalu mencemburui untuk kita bersua muka..Percayalah, walaupun kita jauh di pandangan mata tapi dalam hati aku korang tetap selalu ada..Moga kalian semua Berjaya dunia dan akhirat..
 
Kepada sesiapa yang ada akaun SMULE, boleh la follow hamba _EmiAnarchy_ kalau nak ajak duet ke boleh la invite..HAHA..Aku tak pandai nak invite orang, so harap orang je la invite..Aku tukang join je boleh..HAHA..Cover baru masih tak ada lagi sebab busy dengan assignment tugasan dan sebagainya..Tapi kat SMULE aku agak aktif lately disebabkan WiFi hostel ni terlalu laju..HAHA..Well suara pun nampaknya dah tak selunak dulu..Faktor usia mungkin..HAHA..
 
Rasa nya ni je kot coretan untuk kali ni..Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.. :)
 
Wassalam..

0 ulasan: